CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Sunday, July 31, 2011

faDhilaT-faDhiLaT soLat teRawiH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :



Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru

dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.



Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua

ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)



Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih

terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.



Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca

kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.



Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,

Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.



Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di

Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah

mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang

terawih poda malam ini.



Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi

‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.



Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah

dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.



Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi

Muhammad S.A.W.



Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di

akhirat.



Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu

dilahirkan.



Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).



Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan

dan keburukan.



Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada

menyesatkannya pada hari Qiamat.



Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya

supaya Allah mengampunkannya.



Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan

dimasukkan ke dalam Syurga.



Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak

pahala Nabi-Nabi.



Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada

engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)



Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.



Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan

orang-orang solihin.



Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.



Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan

(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).



Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga

daripada nur.



Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,

(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)



Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.



Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40

tahun ibadat.



Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas

titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.



Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.



Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang

mabrur.



Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam

terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:



“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di

dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta

munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama

Al-Kauthar.”


PS : Dah lama x berpeluang solat Terawih sejak ada anak2 yang sedang membesar nie..nak bawak pergi surau, x digalakkan sebab ramai lagi jemaah dewasa yang nak merebut fadhilat Solat Terawih nie...kasi chance kat hubby jer laa gi surau sementara anak2 nak besar nie..takkanlah nak tinggal budak2 nie berdua tunggang langgang kat umah lepas tu pergi solat dlm keadaan x tenteram sebab teringatkan diorang..Insyaa Allah, harap2 masih berpeluang di masa2 akan datang untuk menunaikan solat terawih nie..Aminn..

seLAMaT meNYamBuT raMaDhaN aL muBaraK



Assalamualaikum w.b.t...
Di kesempatan ini, Cikgu Ieda dan family ingin mengucapkan Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan...
Selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak buat semua umat Islam di seluruh dunia yang tersesat masuk ke blog Cikgu Ieda nie..semoga bulan mulia ini membawa 1001 keberkatan dan kebahagiaan buat semua...Aminnnn...

From :
Suhaimi
Syahida
Nur Atilyea Umaira
Muhd. Adzfar Isyraff

Saturday, July 30, 2011

SOGO : haSiL shoPPinG faSa peRtaMa..hihi..


Lepas wat n3 luahan hati pasal journey kami laki-bini ke SOGO ritu, meh laa nak tempek gambar2 bukti 'kegigihan' kami Jumaat lepas...takde laa banyak mana, shopping ala kadar ikut kemampuan diri sajer..ikutkan belum semuanya sempat dibeli...contohnya kasut anak2 tak sempat nak cari sebab nak kejar komuter last malam tu..takper laa nanti senang2 datang lagi..tak pun beli kat Selayang sudahh..
Gambar kat atas tu masa kami kat dalam kete...snap sebab boring stuck dlm jammed! Dah nak dekat sampai SOGO dah nie..tau2 kene pusing balik! Letihhhh makkkkk..!!
Okey, malas nak story panjang lebar pasal journey kami hari tu..sape2 yg dah baca n3 terdahulu msti tau betapa 'gigih+kental'nya kami hari tu...
Tapi takper laa..at least, dapat jugak laa barang2 yg dihajati..;p
Alhamdulillahhh..

Oghe Klate panggil SUPET GHOKGHAK...hihihi..
Official plastic bag from SOGO..
Xde paper bag..plastic bag pun okey laa..
Dalam plastik nie ada laa sikit baju baru untuk anak2..
Dapat laa berbaju baru anak2 aku nanti..;p


Nie Isyraff punya...
Dapat laa 3 helai seluar, sehelai jeans n 2 helai khakis..
T-shirt berkolar 4 helai, tak berkolar 2 helai..
Semuanya sale 50% - 70% !! Memang terbaik laa..;p

 

Yang nie brand POLO...before less RM89.90..after less RM29.90 sehelai...
Berkenan giler kalo budak2 lelaki pakai brand nie..nampak smart jer!..;p


Macam biasa, tiap2 tahu kalo gi SOGO mesti nak tinjau kat brand MIKI...design dia lawa2 n kena laa dgn taste mama dgn abahnya! Yg nie murah jer..RM13.90 sehelai after less..

 

Cari gak sehelai yang murah2 brand Garfields nie..boleh wat pakai ganti2..pun murah gak RM13.90 sehelai..

 

Sambar seluar 3 helai untuk anak teruna aku..semuanya brand MIKI..brand lain macam xde saiz jer untuk Isyraff..lagipun nak cepat so ambik jer laa...yang jeans tu RM23.90..lagi dua jenis khakis tu RM19.90 sehelai..murah kan?? I loikee!!


Settle bab anak teruna, nie anak2 dara aku punya plak!!
Semuanya nampak pink jer kan? Maybe baju girls memang banyak kaler pink kot! Nak2 lagi brand Barbie mmg banyak kaler pink...ke mama dia yg fanatik pink? Muahahaha...

 

Brand Barbie jer laa kalo untuk anak dara pun, kan? Lagipun anak dara aku yg sorang tu memang HANTU BARBIE! Memang best shopping time member card sale tu sebab kalau takde less memang harganya aku takkan beli laa...sebab less bolehlah beli...;p

 

Disney's : After less RM33.90
Kebanyakan aku sengaja ambik yg saiz besar2..biar boleh pakai lama sikit! Tapi nanti raya pakai konpem laa menggelebeh..dah laa anak dara aku tu kurus cikeding mcm aku zmn2 dulu! Hehehe..

 

Alhamdulillahhh... cukuplah pembelian untuk anak2 bulan nie.. Insya Allah, bulan depan beli kasut/ sandal dengan baju n jeans sorang sehelai dua lagi...cari kat Selayang Mall sudahh..x koser nak gi KL lagi kot bulan2 posa nie..huhu..
Then, sempat laa jugak sambar kain sedondon kaler biru untuk 3 orang iaitu untuk aku, mak aku dgn Tyea...nak belikan untuk Uya sekali pun sebab dia raya ketiga baru balik..dah tu, dia konpem xleh nak pakai baju kurung tahun nie..ngeh3x..
Kain murah jer..sambar kat Kamdar...RM7.02 semeter! Biasak laa..standard kain aku semuanya yg bawah RM50 sepasang! Paling mahal pun RM50 jer kott...hehe..
Nak tengok mcmane rupa kain tu??
Jom scroll..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
Ha....nie jer punnnnn...
Ada rupa sarung kusyen tak corak dia?? Ke kain langsir?? hahaha..
Ade aku kesah?? yang penting kaler biru..sebab kain2 lain xde yg kaler biru mcm nie..pastu yg nie murah n berbaloi2 kalo beli..then satu lagi paling best sebab corak dia abstrak !Takde serabut dgn bunga n daun segala! Aku nie kalau boleh lagi simple lagi best!
Dah terbayang nak tempah mcm biasa laa kurung moden then nanti nak suruh tailor siapkan awal sebab nak jahit manik kat tangan dgn leher baju nie..kalu rajin lagi nak jahit kat bawah baju jugak! Insya Allahhh...;p
Nie jer laa kot sehelai baju raya aku..raya yang lain2 tu pakai jer laa baju2 yg dah sedia ada...
Sekian, n3 pasal hasil shopping kami yg tak seberapa hari tu...
PS: Baju dah dapat, nanti nak cari tudung+brooch+kasut plak...hihihi..

gaRa-gaRa SOGO Sale...

Assalamualaikum w.b.t....

PERINGATAN : INI ADALAH N3 LUAHAN RASA YG PANJANG LEBAR! KALAU RASA TAK NAK BACA, ANDA DIGALAKKAN KLIK  " X " KAT SEBELAH KANAN ATAS TUH!!
(Ala2 karangan budak2 STPM! Gian kot nak tulis esei panjang2 macam sekolah dulu2..)
.
.
.
.
.
.
.
.
Kali nie Cikgu Ieda nak wat n3 tanpa gambar yer, para pembaca sekalian!
Isunya pasal Sogo Sale...huhuhu..
Errr..sebut pasal shopping laa kan..Cikgu Ieda rasa semua manusia yang NORMAL mesti suka shopping! Ke memang ada spesies yg tak suka shopping? Cer angkat tangan..hihihi..
Bagi Cikgu Ieda personally, memang laa tersangat2 suka akan shopping! Even fulusnya x seberapa, dan selalunya  lebih kepada window shopping sahaja..tapi tetapppp suka shopping! Even kalau xde fulus sgt2 pun,dapat beli lipgloss sebatang pun dah kira orait sangat2 dah wat melepaskan gian! Huhuhu..begitulah fanatiknya Cikgu Ieda dgn perkataan SHOPPING!
Semenjak berkhidmat di kawasan bandar besar nie..memang Cikgu Ieda akui , cabaran sebagai warga kota dlm menangani isu 'berhantu' nie sangatlah besar..nak2 lagi kalau jenis yg tak kuat iman, tak tahan godaan mcm Cikgu Ieda nie...sebut jer apa jenis membership card yg ada?? Mesti kalau org lain ada, aku pun nak bagi ada jugak! Berderet2 dalam purse..haha..
Tapi Cikgu Ieda xde laa suka shopping kat tempat2 eksklusif macam kat Pavillion ke..KLCC ke...setakat nie hanya mampun bershopping di tempat2 golongan kebanyakan sahaja mcm kat OU, Sunway Pyramid, Jusco,Tesco,Giant,Mydin and yang paling suka tempat favourite ialah SOGO!!!
Okey, sebut pasal SOGO nie..dah lama kot jejak ke tempat nie...dari zaman2 anak dari..masih bergelar siswi UPSI dulu2 lagi dah jadikan SOGO nie sebagai port shopping..tapi waktu itu idok lerr shopping kaw2 sebab x bergaji lagi pun...harapkan ihsan mak ayah dgn duit PTPTN jer laa...itu pun time sale shopping kasut dgn beg jer yg mampu pun..selebihnya banyak merewang ke Jalan TAR ushar2 tudung dgn brooch!

Tapi kini, semenjak ditempatkan untuk berkhidmat di bumi Selayang 7 tahun yang lalu, memang kat SOGO nie laa tempat port yang wajib dikunjungi untuk shopping baju2 raya anak2 dan barang2 keperluan raya kami sekeluarga...boleh kata, memang setahun sekali memang akan berbelanja kat sini utk keperluan menyambut Aidilfitri...time nie laa SOGO akan wat sale giler2 sampai 80% pun ada...memang berbaloi laa kalau membeli-belah time nie..

Nak dipendekkan citer...kelmarin hari Jumaat hubby ambik leave semata2 nak ke SOGO shopping baju raya anak2...so,lepas sekolah kitorang dah berdesup ke SOGO dgn kereta..masa belum masuk pusat bandar, traffik smooth jer...so, konpiden laa kitorang bahawa jalan x jem hari tu...lepas jer Jalan Ipoh...masuk pusat bandar, traffik dh mula sesak..memang sesak giler laa smpai hampir 2 jam kami stuck in traffic jam! Lepas tu ngam2 kat simpang 4 Maju Junction tu..kat traffic light kami nampak ada abg polis traffik tgh kawal lau lintas..lega sikit hati ingatkan traffic light rosak so that's why laa jalan jammed teruk!Rupa-rupanya dia datang sebab nak tutup jalan menghala ke SOGO untuk kenderaan2 besar..hanya motosikal jer boleh lalu depan SOGO! Haihhhh..korang banyangkanlah di saat sinar2 harapan mula tiba (ececec!)..mana tak nye..dah nampak pun bangunan SOGO tu...tak pasal2 kami ke cari jalan alternatif lain! Hubby plak memang menggelabah sikit kalo bab2 cari jalan yg tak biasa lalu nie..silap masuk lorong...guess what?? Kami dah patah balik hala ke Kepong!

Iskkkk!! Memang berbulu giler laaa...dah laa terperangkap kat dlm kete..buang masa atas jalan jer selama 2 jam! Lepas tu dh sikit lagi nak smpai destinasi tujuan, kene cari jalan lain plak...cari punye cari, silap masuk jalan dh kene patah balik!! PATAH BALIKKKKKK OKEYYYYY!!!...macam orang b*****g jer kitorang laki bini kelmarin..
Bila dh jadi gitu, ligat gak laa otak ni pikir...nak wat U- Turn rasanya tak kott sebab memang fobia tengok traffik nak hala ke pusat bandar tak bergerak2..huh! Terus dtg idea nak gunakan komuter! Tala plak dengan pantasnya ke Stesen KTM Kepong...dengan niat nak jugak ke SOGO dgn komuter! Iyer laa..kalo tak sesia jer laa hubby ambik cuti on that day kan?
FYI, banyak kali jugak laa kami ke SOGO dgn komuter sebelum2 nie..tapi rasanya dh hampir 3 tahun kot tak naik komuter! So, rasanya agak berbeza berbanding sebelum2 nie..heran+jakun tgk komuter sekarang dah ada Ladies Coach...siap kaler pink gittew!! Hahaha...x merasa laa naik coach tu sebab datang pun dgn laki kan?? Hihihi..

So far, masa nak pergi tu, org dlm train xde laa ramai..tapi kami terpaksa berdiri sebab xde kerusi..x kisah sebab kene tempuh 2 stesen sajer iaitu Stesen Segambut dgn Stesen Putra sebelum tiba ke disetinasi kami di Stesen Bank Negara....berdiri pun dlm keadaan sangat selesa sebab x kene berhimpit2 dgn org lain..;p

Sampai2 kat SOGO dh pukul 4 lebih..terus laa masuk tala ke tingkat kanak2...umat manusia usah cakap laa...kata pun Member Card Sale kan?? Yang beratur kat kaunter nak apply kad pun panjang sampai ke jalan raya! Huhuhu..For me, walaupun orang tersangatlah ramai dan terpaksa berebut2...tapi kepuasan membeli belah bila tgk barang2 yang sempaty dibeli tu adalah sangat MAKSIMUM! Puas hati sebab barangan2 yang SANGAT BERKUALITI  adalah ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki dan reasonable!  Next n3 aku story laa barang2 yang sempat dibeli..MISI  kami adalah sangat berhemah + berjimat semasa membeli belah..sebab org kata biarlah berbelanja ikut kemampuan! Taknak laa pulak hujung2 bulan dah terpaksa ikat perut anak beranak! Huhu..
Dah plan utk baju anak2 yang berdua tu..bajetnya adalah di bawah RM400 sahaja...so, Alhamdulillah, kami menepati target kami iaitu semua pembelian dibuat pd harga RM324 sahaja!..;p
Happy selepas hampir sejam hubby beratur panjang di kaunter untuk membuat pembayaran! Korang bayangkan, masa hubby beratur tu, sempat lagik laa aku tawaf tingkat tu pusing2 cari lagi seluar dgn spender untuk anak2 kami tu...ngam2 aku jumpa barang2 tu tiba turn hubby bayar! Hehehe..len kali korang pun jgn betul bendul sgt time betul2 nak bayar baru nak gi beratur! Kalo tak..sakettt laa jwabnya! Huuhuhuhu...

Lepas isi perut kat food court Sogo dgn Jus Tembikai gelas besar + Sizzling Yee Mee ( terbaekkk wokkk!! ) first time try patutlah org ramai semedang! Lain kali leh gi lagi...> , <...kami tapau plak 4 rolls Crispy Popia yang femes kat foodcourt tuh..lagi skali beratur panjang ! Tapi berbaloi sebab memang all time favourite kami berdua! Tapau wat balik makan kat umah...;p...
Lepas kenyang tu, menapak plak ke seberang jalan..hajat hati nak cari kain pasang untuk disedondonkan dgn anak dara aku dgn mak aku di pagi raya nanti..tema kali nie kaler biru laut...pilih kaler nie sebab nak matchingkan dgn baju Melayu kaum2 lelaki yg aku tempah masa wedding Uya ritu...ala, aku nie kalo pilih kain senang jer..takde laa demand nak yg mahal2..selalunya jarang laa gi tempat2 xclusive sebab selalu terkena pergi tempat terkemuka tapi kainnya tak berapa menepati taste dan juga x banyak choice! Memang hajat nak tala ke Nagoya or Kamdar sajer...

Tup2 tgk Nagoya dah tutup! Aikkk?? seawal kul 6.30 petang dh tutp  ke Nagoya? Ke diorang tengah renovate aku tak sure plak..frust jugak laa sebab choice dh makin kurang..nak tak nak tala ke Kamdar jer laa...tempat aku borong kain2 sedondon utk AJK APC ritu...ushar punya ushar, payah jugak nak cari kain yang ala2 baju Melayu diorang ritu...sudahnya beli laa kain berwarna biru laut! Dengan harga RM7.02 semeter!! Wakakaka...biasa laa Cikgu Ieda mana pernah pakai kain harga mahal2...sayang duit kott!! Yang penting kene dengan selera aku then murah! Bagi aku, bukan mahal ke murah jadi ukuran, kalo kena gayanya, nampak macam mahal gak,kan?? Hehehe...beli laa kain biru tu sebanyak 10 meter setengah utk 2 org dewasa dan untuk Tyea..pastu alang2 tengok kain murah cantik2 tu, beli la sepasang kain utk babysitter budak2 nie kaler hijau lumut + kuning air...;p

Okey, kisah happy shopping tadi sudah berlalu...kita beralih pula kepada kisah x berapa nak happy! Telahan kami, bila dah malam nie xde laa ramai manusia nak gunakan komuter! Rupa2nya telahan kami meleset! Punya laa ramai umat manusia...sikit lagi dah rupa ulat taik kat stesen Bank Negara tu nak menghala ke Rawang! Sampai terlepas 3 train sebab orang penuh...lagi satu jam setengah menunggu di situ dgn org yang bersesak2...ada yg bersila,berlunjur, yg baring pun ada kat stesen tu..dah penat tak peduli org kot..aku pun dgn badan penat+ muka berminyak2 stok boleh goreng ikan..dh lembik satu badan! datang train keempat, terus menyelir di tengah2 manusia smbil berdiri tanpa boleh bergerak langsung! Sebijik rupa sardin dlm tin tu..err...macam udang cincalok dlm botol kott...huhuhu...

Dah sampai kat KTM Kepong, meroyan cari peti minuman beli air cincau sejuk! Telan tanpa ragu2 rasa nikmatnya mcm baru balik dr Gurun Sahara! Dpt naik kete dok dlm aircond lagi laa nikmat!

Moral of the story :
Serik gak nak lalui pengalaman yg serupa next time..tapi xkanlah sebab kesesakan di jalan raya dan dalam komuter kami jadikan alasan xleh kuar shopping kan? Ohh..no-no-no..itu tak mungkin terjadi!
For sure, memang dh capai kata sepakat laki bini..lain kali tak usah nak sibuk pulas stereng kete sendiri + buang duit isi minyak kete sbb takut jem...tak usah jugak sibuk2 na kjadi cincalok dlm botol kat dlm komuter! Tak usah jugak gunakan bas awam sebab risikonya sama mcm naik kete...so, jalan terbaik..ape lagi?? MEREMPIT laa....ape guna ada motor kat tengah2 KL nie kan?? Kata GILA2 REMAJA!! Hahahaha....

taHniah buaT peneRiMa2 APC 2010


Lagi n3 pasal Majlis APC ritu...jgn muak yer? Kata blog personal..so haruslah serve as my online diary kan? Sajer nak cool kan hati dan perasaan yg tengah bengang sekarang nie..membuak2 rasa BENGANG sekarang nie...dua sebab utama iaitu pasal xleh nak key in markah budak2 kat SAPS...err,bukan setakat xleh nak key in..malah yg aku key in kat skolah tadi pun turut hilang..lenyap ntah hantu mana makan agaknya! Sia2 jer masa free aku kat skolah dok ngadap satu2 buat benda tu tadi...tu satu hal..
Satu hal lagi, bengang pasal bola geng HARIMAU MALAYA yang x berapa nak menjadi...ermmm...malas laa nak komen banyak2..bola kan BULAT! hihihi..


Hai-O..Choice For Life...
Hahahaha...




Wajah2 orang2 kaya nie...hehehe...







 Hehehe..begitulah kisahnya pada 25hb ritu..tak sabar nak tunggu habis tugas jadi usherer Pegawai PPD dgn Timbalan Ketua JPNS..x sabar nak jadi jurugambar tak bertauliah kepada member2 nie! Sanggup buat kali pertamanya aku angkut NIKON DSLR hubby ke majlis nie...ape lagi..tanpa mempedulikan org lain. aku snap jer gambar2 diorg nie tanpa henti! Wakakak..mujur kebanyakan depa nie dah paham bebenor dgn habit aku!
Lepas tu...
Tak nak lepaskan peluang 'ambik berkat' bergambar dgn member2 yang bertuah nie..

Mula2 dgn Pn Malar..
Cikgu Sains & Kimia (betul ker? Ke Biologi??) Ntah..hentam jer laa labu! Aku pun bukan reti sgt ape beza subjek2 tu.,.maklumlah...budak budak Science stream masa sekolah dolu2..;-)

Aku & Kak Fedya :
Hoiihhhh...terasa betapa 'giant'nya aku bila bergambar dgn ibu beranak 4 yang cinonet nie...huhuhu..

Aku & Kak Ton :
Haaa..dgn Kak Ton baru rasa balance! Hihihi..


Kak Aida Harliza :
 Cikgu BI..dah terpaksa membongkok plak bila dgn Kak AIda! Hihi..



Kak Jue :
Ustazah yang comel lote! Awet muda jer dia nie...;p



Dengan yang lain2 x sempat plak nak bergambar...sudahnya, mula laa sawan aku datang balik!
Xde props nak berpossing, fail nie yg jadi mangsanya! Bajet2 laa dapat APC! Wakaka...

Last sekali...
Kasi chance laa kat tuan punya blog possing sorang2..;p

Wednesday, July 27, 2011

AJK Sambutan & Protokol Majlis APC Gombak 2010


Assalamualaikum...
N3 kali nie nak cerit pasal kami berempat yang bertugas sebagai "dayang-dayang" di Majlis APC Gombak 2010...bertempat kat PGTC ( Perangsang Templer Golf Club) pada 25 Julai yang lalu iaitu 2 hari yang lepas...tak sempat nak wat n3 fresh on that day sebab telalu penat+ x sempat nak update ape2 kat blog...ini pun kena buat banyak episod pasal n3 kali  nie sebab gambar2 kenangan terlalu banyak untuk dikongsikan..
Untuk n3 pertama pasal majlis nie..haruslah tayang gambar2 geng2 dayang yang bertugas on that day!
Layan sajer laa kami yang bersedondon serba hijau sebagai memenuhi warna tema PPD...bangga jer tengok kami berlima (termasuk Pengetua) bersedondon dgn kain yang aku pilih...hehehe..


Buat kali pertama nama tercatat sebagai AJK kat dlm buku program peringkat daerah...selalunya kat sekolah jer...macam x percaya pulak sebab jarang berpeluang terlibat dlm aktiviti2 di luar sekolah..( maybe pentadbir tak bagi sebab diorang tau aku x boleh drive agaknya!Sedih...)


Dua orang lagi dayang yang terlibat...
Kak Yati selaku 2nd boss n Kak Ton ...


Dayang seterusnya....hahaha..


Dayang double SY!
Pantang jumpa dan berjumpa kamera! Lu pikirr laa sendiri...;p






Bergambar sebelum memulakan tugas...

 Breakfast time...;-)



Budak2 bunga manggar yang comel2x..


Budak2 kompang yang x berapa nak comel dah...sebab dah tua! Wakaka..




Kami berlima :
AJK SAMBUTAN & PROTOKOL
MAJLIS APC GOMBAK 2010


Bergambar kenangan sebelum bertolak pulang ke rumah masing2..





Sekian, terima kasih...

Saturday, July 23, 2011

1 Murid 1 Sukan

 Selamat malam minggu buat semua pengunjung blog Cikgu Ieda...amacam, korang? Ada tengok perlawanan bolasepak Malaysia VS Singapura tadi tak?? For us laki bini, awal2 lagi dah sound anak2 malam nie takleh tangok Astro Ceria or Disney Channel..kasi chance kat mama dengan abah nak tengok bola sepak! Hahaha..Mujur anak2 paham hobi mama dgn abahnya nie..;p
Adatlah permainan ada kalah ada menang..malas nak ulas panjang2 sebab sesi luahan hati dn melepaskan geram dah buat kat wall FB tadi.. ape2 pun harap2 28hb nanti Harimau Malaya boleh mengaum garang depan penyokong2 sendiri...tebus balik kekalahan malam nie..
Owh, ya..bercakap pasal sukan bola sepak nie...molek sangatlah kiranya aku insertkan sekali n3 pasal aktiviti hari minggu kami kat sekolah pagi tadi...
Aktiviti yang dinamakan Program "1 Murid 1 Sukan" anjran KPM nie diadakan bertujuan untuk melahirkan golongan pelajar yg sihat dan bebas daripada masalah OBESITI..huhuhu..sudahnya, cikgu2 kena datang sekolah hari Sabtu semata2 nak merealisasikan dasar nie..
Bagi aku, setia dengan term "SAYA YANG MENURUT PERINTAH" jer...walaupun agak penat dengan rehearsal kat PTGC petang semalam..;-)
Untuk hari nie, sebanyak 10 stesyen permainan telah disediakan oleh Ketua Unit Sukan dan facie2 yang terlibat..antaranya badminton, bola sepak, hoki, olahraga, bola jaring, bola baling, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang n pingpong.....aspek2 teknikal dalam setiap games diterangkan oleh facie2 yang bertugas n sempat laa kami2 merasa serba sedikit bermain dlm tempoh masa yg sangat terhad..
For me, aku paling teruja main hoki, bola jaring, sepak takraw dgn bola tampar..rasa mcm nak main lama2 jer..huhuhu...paling suka sebab boleh keluar peluh n exercise..bukan senang nak ambik peluang macam nie...susahnya nak dapat peluang berjogging ke ape sejak dah ada anak2 n bz dgn kerja nie...huhu..
Jom layan gambar2 yg stok kombo kat bawah nie..dah hobi Cikgu Ieda upload gambar banyak2 so pasrah jer laa yer...huhu

  Stesen 1 : Badminton...
Kat sini x main pun..just belajar teknik nak pegang reket n pukul shuttle jer...selebihnya dok baling2 shuttle ke dinding mcm main dart! -)
Penambah baikan : Rasanya better buat kat ruang legar blok A & B lebih luas n kasi peluang cikgu2 lepas gian pukul shuttle dgn raket...main ala2 pemain Malaysia...hehehe


Main badminton ke dart nie?? Hahaha..

 Stesen 2 : Bola Sepak
Teruja gak sebab x pernah main bola sepak yg betul2 teknikal mcm nie..selalu main sepak bodo2 gitu jer..hari nie baru aku tau sepak bukan pakai depan kaki tapi pakai sisi kaki...hehehe..
Bab komplen2 pasal football match pandai ajer...dah main sendiri baru tau susah ke senang!


  Cubaan pertama pemain2 bola sepak yang ayu ?


Fokus masa coach bagi penerangan..kata nak joint HARIMAU MALAYA lawan Singapura malam nie kan?? Hehehe..

  Cubaan menggelecek bola yang lebih kepada menterpelecokkan kaki sendiri! Nampak senang, tapi......lu pikir laa sendiri!
Terkedek2 aku nak control bola sambil nak elak kon2 ittew!!
Feeling mcm main sukanria sekolah tadika plak!

 
Gigih owh pemain bolasepak wanita kumpulan kami wat latihan...


Stesen 3 : Hoki
Kat sini pun enjoy gak..sebab boleh main betul2 n berebut2 bola..sempat gak laa aku score 1 gol..hehehe..





  Stesen 4 : Olahraga



  Stesen 5 : Bola Jaring
Teringat nostalgia masa sekolah menengah dulu2..walaupun aku bukanlah salah seorang dr school players,tapi selalu gak laa main bola jaring nie...paling tension main nie sebab nak jaga kaki tu laa paling leceh!






Stesen 6 : Bola Tampar..
Kat sini pun best jugak..mula2 gerun nak main sebab aku fobia nak pukul bola tampar nie..dulu2 zmn kurus kering mmg merah2 laa tangan sbb main bola tampar..tapi main kalinie ok plak..maybe ikut teknik yg betul kot...ker sebab tangan aku dah BERISI berbanding zmn2 dulu yg kurus kering itu/??

  Stesen 7 : Sepak Takraw
Yg nie pun enjoy giler gak..mula2 mcm tak yakin jer sebab mcm ganas sangat nak kene angkat2 kaki tinggi2 main nie..tapi lama2 okey jer..lagipun sbb semua perempuan agaknya..;p



Diorang suruh aku tanduk sangat yer?? Nah ambek aku buat tanduk dua2 lagi tuh..hahaha


Stesen 8 : Bola Keranjang
Best gak 1st time main nie..tapi punya laa susah nak shoot bola...maybe sebab jaring tinggi kot..tengok laa pulak ketinggian pemain2 bola keranjang yg biasa2 pun kan?








  Stesen 10 : Ping Pong
Owh..stesen 9 x banyak snap gambar kat stesen bola baling..;p


Lepas berpenat lelah berpanas segala...
Pergi kantin menjamu selera dengan bihun sup ni..
Sodap ajer makan time2 lapar gini..


Ada sandwich sardin dengan agar2 pandan nie pun sodap gakkk..


Lepas tu masuk dewan sebab ada LADAP..
Tengok jer laa gambar..malas nak wat caption..huhu..



Sekian n3 utk hari ini..;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...