Assalamualaikum..
Sedar tak sedar dah setahun lebih aku x menjengah blog ni..hmmm nak kata bz tak jugak...maybe sbb lately aku banyak spend time kat fb. Plus laptop pun buat hal nak update blog guna tab adalah sgt x cool.
So, since dah masuk semula ni..aku berazam nk hidupkan kembali blog ni. Biarlah xde org nak baca pun at least aku boleh jadikan blog ni sbb diari online utk rakamkan perjalanan kehidupan kami sekeluarga..
dah setahun ni mcm2 yg berubah.mahupun bertambah..contohnya dlm tempoh setahun tu...ini yg bertambah dlm keluarga kami
~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~
Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.
0176776001
0176776001
Wednesday, October 15, 2014
Sunday, September 29, 2013
Hatyai Trip Part 1 (Nora Plaza)
Dua hari yang lepas iaitu pada 27 September 2013, aku telah join rombongan Geng Bas Sekolah dengan member2 sekerja...kiranya ni 1st trip laa aku ke sana..considered as my 1st trip ke oversea juga...oversea laa sangat! Kui3..pi kali ni bawak anak daraku yang sorang tu..saja bawak dia buat teman sembang2 dalam bas hehe...jenuh jugak laa dok cover xnak bagi adik dia tau..hehe..
Gambar ni snap sejurus lepas berjaya menukarkan wang RM kepada Baht....possing dulu laa sebelum perabiskan iye dak ?
Ermm...aku tukar sikit jer...RM350 jer..kononnya nak warm up jer mcm segmen jalan2 tengok tempat, cuci mata, released tension, makan2 n possing2 gittew...memang xde niat nak shopping kaw2 mcm sesetengah kengkawan yang lain..lagipun xnak budget lari...kang jenuh nak kejor ekeke...( depa tu takpe laa dh DG48 dgn DG52..aku yg DG44 ni belanja ala kadar padan dgn gaji jer laa hew3)
So , RM350 = 3,445.40 kot aku dapat on that day...
Hmm member2 aku kata kalau ikutkan kadar pertukaran wang asing, jadi duit kita murah sikit...RM100 = 96.40 Baht...
Aku x phm sangat bab2 nilai wang ni..hehe
Ni masa dah sampai kat border Danok...sementara tunggu member2 yang lain abes cop border pass diorg, sempat lagi laa aku keluarkan kamera n snap2 kat sini hehe...
Part paling menarik, kalau korang sampai ke Thailand jangan lupa langut tengok keadaan wiring electric diorg! Fehhhh...beginilah keadaannya! Berselirat + berserabut mcm ni haa...terfikir gak, x bahaya ke diorg biar mcmni ? Meter bacaan pulak kebanyakkannya terletak kat tiang2 kat tepi jalan ni jer..contohnya kalau ada deretan kedai sebanyak 5 buah, maka sebanyak 5 buah laa meter bacaan akakn bertepek kat tiang elektrik tuh hehehe
Destinasi pertama, kami dibawa ke NORA PLAZA. Ada tourist guide yg explained tentang tempat2 yg bakal kami lawati hari ni...mak dengan ayah aku cakap, kat sini laa ada photographer tukang snap gambar tourist pastu jual gambar-gambar tu kat kita...hmm..memang boleh buat duit la...aku x beli pun hehe save budget kekdahnya! Maklumlah berada jauh di perantauan dan mesin ATM ! Kui3
Member2 yg bawak duit lebih tu ada gak laa shopping wallet kulit pari, beg kulit lembu, batu cincin dan kat sini juga ada jual dessert sarang burung tu...sesiapa yg nak feeling dan jadi awet muda boleh laa pekena bird nest dessert tu hehe. Aku x pekena pun sebab aku memang awet muda! Pengsannnnnnnnnnnn....:)
Kat sini aku shopping t-shirt untuk aku sehelai, untuk anak terunaku sehelai dan untuk mr hubby 2 helai.
Pastu beli souvenirs kecik2 mcm dompet dgn key chain...
Nak bagi kengkawan, family members n students :)
Yang tudung biru dengan purple tu laa mastermind untuk lawatan kami kali ni...kali jalan punye olang! Hew3..merangkap banker kami jugak hehehe...if sesiapa x cukup duit, boleh tukar jer dgn diorg ni..:P
Anak-anak yang excited sama macam mak2 nye hehe...
Okey, last but not least, inilah satu-satunya t-shirt yang kubeli untuk diriku sendiri kat sini..saja x nak shopping banyak2 kat sini..kan banyak lagi destinasi nak dituju..takut kang ada tempat lain yg lebih murah daripada ni jer...
Okey, till the next part...tq for viewing my blog... :)
Saturday, September 7, 2013
Aidijuma Bawal Scarft ( AJ Bawal )
Alloooo...ada sesiapa kat sini peminat tudng Aidijuma Bawal Scarft aka AJ Bawal inspired by Datin Norjuma Habib tu tak ?
Actually, brand AJ Bawal ni dah lama bertapak kat Malaysia ni..aku pun dah sedia maklum pasal kewujudan brand tdg bawal ni..cuma x berapa nak kisah sebab dulu2 asyik pakai shawl dgn inner, tdg ekspress n tudung layer tu jer..
Pastu dah dengar nama tudung yg diinspirasikan oleh Datin Juma tu, terus assumed..ouhhh mesti mahal tudung tuu..pastu terus x terniat nak beli or pi booth dia untuk ushar harga..
Sampai laa satu ketika, aku rasa dah boring sgt2 dgn style tudung yg aku selalu pakai sekarang ni...ahha! Sampai gitu sekali laa tahap boringnya dgn imej aku skrg ni...
Terus datang idea untuk nak kembali berbawal...lagipun mmg banyak2 jenis tdg, aku paling suka tengok orang bertudung bawal! Nampak sweet, cute dan ayu gitu..ala2 remaja n awet muda gitu..maklumlah kan remaja suka dgn tudung bawal..so, mak2 ni pun feeling nak jadi remaja jugak laa... bhahahha (gelakkan diri sendiri!)
Then, nak dijadikan cerita...pertemuan pertamaku dgn AJ BAwal ni bermula pada tanggal 31 Ogos 2013..ececeyyy...masa tu dok pusing2 kat Star Parade nak buang masa sementara tunggu masa nak masuk panggung tengok citer KL Zombie...
Pusing punya pusing terrrrnampak laa AJ BAwal concept store kat level yang sama dgn Big Cinema tu..
Mula2 buat2 lalu ikut jauh jer...xde langsung datang dekat2...sambil2 mata ni dok menjelig nak ushar regenye...tup2 ternampak ada signboard promosi sempena merdeka sale! Start 30 Ogos until 1 September...semua siap dapat diskaun dari range bawal plain, tone, lace, garden, butterfly, stripes n mcm2 lagi laa yg aku tak hafal lagi jenisnya...
Terus datang dekat belek2 material kainnya dan OMG!!! Aku jatuh chenta pandang pertama dgn materialnya...tak lembut tak keras! Pendek kata senang nak bentuk laa...
Terus try beli dua colour iaitu hijau pucuk pisang dengan biru turqouise macam gambar kat atas tu...
Sehelai berharga RM5.60...so dapat laa beli dgn harga RM11.20! Murah kot sbb time offer kan? Kalau nirmal, sehelai berharga RM7 gituuu...lucky me...
Bali rumah tak sabar terus iron n pakai...memang tangkap cintan sekali lagi....
OMG!! Tak lena tidur malam tu dok terkenang2...
Sudahnya nak tau ape jadi ????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
Malam esoknya berjaya psiko dan pujuk rayu hubby untuk sekali lagi ke tempat yang sama...semata-mata nak borong AJ BAwal Plain ni...maklum laa last day offer kan? Lepas ni sure rege naik RM7 balik..rugi laa x borong bnyak2...
Terus beli 6 helai ni yg kebanyakannya boleh wat matching dgn baju2 kerja aku...
Puashati giler sebab total untuk 6 helai ni baru RM33.60 !!!
Fehhh tak pernah aku rasa bahagia shopping kaw2 macam ni ...
Rasa nyesal plak dulu dok tergiler2 beli tudung layer2 yg regenye paling murah RM65 sehelai tu...boleh dpt yg ni berhelai2 kot...
Esoknya terus pakai gi sekolah..kebetulan ada event kat sekolah kitog kene pakai baju sedondon uniform sekolah ni...so aku pun pakai laa colour hijau pucuk pisang yg mula2 beli tu...
Alhamdulillah, dpt feedback yg sangat menyenangkan hati dripada students dgn kengkawan...anak murid ckp ckgu nampak muda 10 tahun! LOL...mujur aku x pengsan kat depan kelas! Hahaha..
Me wearing AJ Bawal Plain (Hijau Pucuk Pisang)
Me wearing AJ Bawal Plain ( Striking Yellow)
Jamuan Aidilfitri & Farewell Party untuk Form 5 ..
Me wearing AJ Bawal Plain ( Olive Green )
Masa pi kenduri tunang member...
Pendek kata..I LOVE AJ Bawal..tak sabar nak gaji boleh borong banyak2 lagi..kalau ada offer lagis yok memborong! Hehe
Nak tau lebih lanjut pasal tudung AJ BAwal ni boleh search kat Facebook Aidijuma Bawal or tengok kat website dia...i tak reti nak letak link kats ini..so pandai2 laa uols gooogle yer...hehe
Sunday, August 11, 2013
yELLOwisH eiD 2013 ( Part 1 )
Assalamualaikum semuaaa...kembaali bersiarannn....alang2 dah bersiaran ni aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca blog ni...
Seperti yang korang nampak kat atas tu, tahun ni warna kuning telah dipilih sebagai warna tema kami sekeluarga...biasalah kuasa veto mem yang menentukan warna tema kami sekeluarga...
Kebetulanlah pulak tahun ni aku menggalas tugasa sebagai ketua rumah sukan Satria (Kuning) maka semangat dan aura rumag Satria masih diteruskan sehingga menyambut hari raya! :P
Nasiblah hubby dgn anak2 jenis x cerewet dan mengikut jer kehendak dan pilihanku..sonang laa koje den ni haaa hehe...rasanya tahun ni laa kami serba sedondon tetapi paling sederhana...sederhana dalam erti kata tahun ni aku melaram dgn kurung pesak gantung mcm gi kerja jer..xde baju kurung moden aatau mini kurung mcm tahun2 lepas...hmmm...sebabnya sebab susah nak cari baju yang betul2 sedondon dari segi corak dan warna dgn anak daraku si Tyea...then satu lagi sebab badan dah makin debab rasamcm kurang selesa nak berfesyen2...padahal kemain laa teringin tengok orang berpeplum dan dress yg lace cantik2 tu...insha Allah dlm proses untuk menurunkan berat badan..:-)
Oh, ye..kalau nak tahu possing gambar studio tu lebih kurang sama jer dgn possing last year...bezanya pakaian dan background tu jer yang berbeza! Ntah laa...Cina kedai gambar tu pandai2 jer nak suruh pose cengginih padahal kitorg dh decided nak pose mcm lain! Tkper thn depan nak pose mcm lain plak..skema yaa ampunn haha
Sementara tggu mr hubby balik dari masjid tu, sempat laa aku ajak anak2 possing syok snap sendiri dgn pakaian sedondon kami...nasib2 baik mood anak2 elok lagi pagi2 buta nih hehe....
Then bila mr hubby dah balik dari masjid, ajak dia pulak possing together gether...anak2 kasi chance kat mama dgn abah since diorg pun dah penat kena paksa bergambar! EKekeke...
Okey, sekian n3 snap syok sendiri pada pagi raya kat rumah kami..ada banyak part sebenarnya..nanti2 laa bila2 rajin aku update story kat sini..xde org nak baca pun x kisah laa...sebab blog ni dah jadi macam online diary kami sekeluarga..bosan2 boleh gak bukak balik dan baca smbil tengok2 gambar...:-)
Tuesday, August 6, 2013
Biskut Mazola aka Biskut Kacang
Hai semua...redup jer cuaca kat bumi Pendang ni...projek "mengkukis" diteruskan lagi dgn biskut ke 5 utk tahun ni iaitu biskut wajib Biskut Mazola aka Biskut Kacang...
Aku ni, mana yang mak aku biasa buat dan sajikan untuk Hari Raya, yg tu laa aku teruskan...lagipun biskut oldskool macam ni mudah dan tak rumit cara pembuatannya..bahan2 pun boleh kata senangnak dapat...so, marilah kita membuat biskut ni yer adik2 sekalian...aku ambik resipi mak aku
BISKUT MAZOLA A.K.A BISKUT KACANG
1 kg kacang tanah ( disangai, buang kulit dan mesin halus)
1 kg tepung gandum ( ayak )
1ct baking powder
500 gram gula icing
Secubit garam
700ml minyak jagung ( aku guna minyak Mazola )
Hiasan :
Kacang tanah
3 biji kuning telur + sedikit pewarna kuning telur
Cara membuatnya : Masukkan tepung gandum, baking powder dan gula icing ke dalam mangkuk. Gaul rata. kemudian masukkan kacang tanah yang telah dimesin halus. Masukkan garam. Gaul rata2 lagi. Then masukkan pula minyak jagung. Agak2 yer jangan terlembik or terkeras pulak. Agak2 dah boleh kepal dan bulatkan kira ngam ho laa tuh..
Bentukkan sesuka hati. Macam aku, aku prefer gentel bulat2 then letak kacang tanah sebagai hiasan. Then sapukan kuning telur kat atas biskut ni. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit ( depends pada oven masing2 yer )
Selamat mencuba ! :-)
Monday, August 5, 2013
Biskut Sarang Semut
Hmmmm...sejak cuti sekolah yang panjang untuk menyambut lebaran yang bakal menjelang ni...jenuh jugak laa dok godek2 resipi ushar resipi biskut yg mudah dan boleh dicuba untuk disajikan kepada para tetamu tahun ni..tup2 terpandang member sekolah lamaku upload gambar Biskut Sarang Semutnya kat wall FB dia...terus macam..tingggggg !! (Keluar metol yg menyala kat ats kepala!) timbul idea nak mencuba biskut ni...kiranya first trial laa...pilih punya pilih..berkenan dgn resipi Chef Hanieliza...dah la bahan2nya mudah, tak banyak dan tak renyah pulak tu..cuma kena gigih bab nak memarut doh tu jer laa...tapi kejap jer kukuerjakan sorang2...Satu adunan yg kat bawah ni dapat dlm lebih kurang 80 biji! Agak sedikit bagiku sebab nak kena bahagikan kepada 3 buah rumah..takpe..nanti esok2 kita tambah lagi satu adunan yer...aku suruh anak2 rasa, diorg cakap memang bestt!! Maybe sebab taburan choc rice kat atas tu dan biskutnya sangat comel..kiranya menarik hati kanak-kanak laa...jom semak resipinya kat bawah ni :
BISKUT
SARANG SEMUT
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil
Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil
Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut Choc Chips Ala Famous Amos
Ecececeyyyyyy...tajuk tak boley blahhh...mau bikin gempak aja kamu ya?? Hihihi lantak laa...nak perasan sekali sekala..lagipun dah memang aku copy paste dari ownernya diberi nama sedemikian! Takkan aku nak memandai2 ubah plak tajuknya! Kang x pasal2 kena sama..hehehe..
Okey, x nak celoteh panjang...meh nak share satu resipi yang kuambil dari blog kak YatieMemories Sinar Kehidupanku...dah 2 tahun berturut-turut guna resipi ni...disebabkan rasa dan teksturnya menepati piawaian tekak kami sekeluarga specially anak2..maka tahun ni pun aku gunakan resipi yg sama lagi! Memang sedap dan rangup krup krappp kruppp krappp...anak2 aku kemain mengangkut..kejap jer dh tinggal separuh balang! Kena sorok kalau tak mmg x sempat raya dah licin! Huhuhu...jom skodeng resipi...mintak halalkan resipinya yer kak Yatie..:-)
Bahan²
·
1 cawan gula kastor/halus-Yatie guna 1/2 cwn je
·
1 cawan gula perang
·
1 cawan mentega
·
1 cawan minyak
·
1 biji telur
·
1 sudu besar susu segar
·
4 cawan tepung gandum
·
secubit garam
·
1 sudu kecil cream of tatar
·
1 sudu kecil baking soda
·
1/2 cawan walnut cincang
·
2 cawan semisweet chocolate chip
·
1 sudu kecil esen vanila
Cara²
1.
Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Yatie
gaul guna whisk je.
2.
Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
3.
Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang
pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak
perlu gris..
4.
Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak
bergantung pada jenis oven..
5.
Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum
dimasukkan dalam bekas kedap udara.
Biskut Samperit Susu
Assalamualaikum...lama x menjengah kat blog ni..kali ni, sempena mengambil mood lebaran yang bakal tiba tak lama lagi maka eloklah kita buat n3 yg berkaitan dgn Aidilfitri. Sana sini blogger masakan dok tayang biskut raya masing-masing. Aku pun nak tumpang sekaki laa...walaupun amatur dalam bidang "mengkukis" ni...tak kisah laa kan? Janji aku mencuba jugak...tapi biskut yg simple2 dan tak bahanyak bahan laa..yg complicated tu order yg dah siap sudahhh...kang kesian pulak org yang jual biskut tu tak laku, ye dak ?? Hehehe...
Okey, nak share satu resipi biskut iaitu Biskut Samperit Susu...every year mmg biskut samperit masuk dlm lisst biskut raya yg aku akan buat...sebab mudah, simple dan sedap...selalunya aku buat samperit biasa..ala yg guna tepung kastard tu...tapi tahun ni saja nak tukar selera sikit..guna resipi Samperit Susu..masa mula2 dgr pasal Samperit Susu ni...dalam kepala otak terbayang ~ SUSU TEPUNG ! Rupa-rupanya sangkaanku meleset sama sekali...guna susu pekat rupanya wehhh...hmmm lagi mudah! So, aku pun try laa buat...guna resipi yg aku ambil dari blog ReenKhan. Tq yer akak..mintak halalkan resipinya yer..Alhmdulillah, gebu gebas n it's melt in my mouth uols!!! Ekeke...Cer tengok gambar kat atas...gebu tak? Gebu tak?? Ehehehe...ni resipinya yer puan-puan :
BAHAN BAHAN
250GM BUTTERCUP
1/2 TIN SUSU PEKAT
100GM TEPUNG UBI
450 GM TEPUNG JAGUNG
1 SUDU TEH ESEN VANILA
UNTUK HIASAN
COKLAT CHIPS
COKLAT RICE
CARA CARA
1.BUTTER DAN SUSU PEKAT DIPUKUL SEHINGGA SEBATI TETAPI TIDAK PERLU PUKUL LAMA
SANGAT..JIKA PUKUL LAMA BILA DI BAKAR KUIH AGAK KEMBANG
2.MASUKKAN TEPUNG UBI DAN TEPUNG JAGUNG DAN TELAH DI AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
3.REEN GUNA ACUAN SEMPERIT PECAH 15.JIKA TIADA BOLEH TERAP BENTUK YANG DISUKAI
4.BAKAR PADA SUHU 150C 15MINIT-20 MINIT REEN GUNA API BAWAH SAHAJA.
SUHU KENALAH FOLLOW OVEN MASING2 YE ..
Saturday, June 15, 2013
Felda Residence Hot Spring Sg Klah , Sungkai Perak
Berkunjung ke sini pada cuti sekolah baru-baru ni...last minute plan jugak ni...dah jenuh cari info dalam internet pasal tempat ni barulah ajak suami ke sini...hmm..yg kelakornya, hubby anak jati Tg Malim yg letaknya x jauh dari tempat ni pun x familiar dgn Hot Spring ni...aku lagi la...walaupun 3 tahun study kat UPSI dulu..ngeh3..
Buat yang pertama kali nak ke sini, pastikan anda tengok signboard betul2...kitorg bertolak dari Tg. Malim dan perjalanan mengambil masa kira2 45 minit untuk sampai ke sini...
Jangan cuak jika melihat di kiri dan kanan anda adalah hutan kelapa sawit yer...dah memang kawasan felda kelapa sawit so pemandangan di sekelilingnya adahal kelapa sawit...turun naik bukit dalam kawasan felda laa senang citer... hehe
Pi kali ni bawak mak mertua aku....x pernah pun dia nak mengikut kiroang..tapi memandangkan dah setahun arwah abah xde so kitorg bawak jugak laa dia keluar2 ambik angin luar...xde laa terperap jer kat rumah tu...
Tengok laa uka kami 3 beranak! Muka x mandi...ekekeke..maklum laa semangat nak datang mandi kat sini hehe
Oh ye, tiket utk kanak2 RM10 dan dewasa RM12...warga emas mcm mak mertua aku RM8 tak silap...
Satu lagi, jangan harap laaa nak bawak masuk bekal bagai! Aku ni kemain laa gigih masak ayam masak kicap dgn sayur buncis! Siap bawak tembikai gituuu...nugget pun ada! Maklum laa dok berendam dlm air kembang kuncup tu konpem perut asyik laporrrr jer semedang! Hmmm...nan hado! Siap warning lagik kat signboard masa nak beli tiket : TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA MAKANAN DARI LUAR!
Aigoooooo...sudahnya kitorg bentang tikar kat bwh pokok dekat dgn tempat parking then berkelah laa kat situ dulu..jamu perut kenyang2 dgn harapan masuk kat dalam tu x perlu laa nak makan nasi bagai kat restoran diorg (yg sure cekik darah!)
Dah kenyang makan semua, hubby pun beratur laa beli tiket entrace....then naik laa kitorg bende alah ni...tram namanya....saja pilih seat yg belakang sikit supaya senang nak berfotogediks!!
Muka teruja anak2 kuuuu....
Ececeyyy...malu2 kucen agik nihhh....
takper2...see you soon...
Haaaa...ambek ko! dah tenggelam dah agaknya kucen yg malu2 tadi ! Ehehehe
Ohh... kasi letak sekeping gambaq tuan tanah....ni dah salin baju lepas berendam dgn anak2 n hubby :-)
Specialnya dalam ni..selain ada water park yg secoet utk bagi anak2 berendam sepuas2 hati ialah ada jugak hot springa tau kolam mata air panas...boleh laa wat rendam2 kaki....fehhh...tak tahan laa aku nak merendam kaki dalam ni lama2...ma melecur kulit aku ni...tapi selamba jer aku tgk mr hubby dgn abg ipar aku syok jer merendam kaki depa tu....
Gambar kat atas ialah tempat merebus telur..... kena tunggu laa kan... kitorg tak beli pun telur...tengok jer hehe...hanyir kot kawasan ni bau telur rebus hehehe
Ni panduan masa merebus telur...kat rumah main belasah jer selagi x retak pecah2 kulit telru tu..selagi tu laa aku biarkan api terpasang haha
Kaunter pembelian telur ...ada telur biasa n telur Omega 3 juga...kicap, mangkuk n sudu dicaj dgn harga yg berbeza pulak yer...
Ada jual air minuman dan nasi lemak juga
Makhluk2 ni rileksssss ajer dok rendam kaki depa! Jenis tapak kaki kematu gamaknya! I lainlah tapak kaki i sehalus kulit bayi...auwwwwwww ( muntah ijo!)
Sempat lagi suruh anak daraku si Tyea snap gambar kenang2 an nie...
Ohhooohoiii..panas siottt !!
Ni harga telur kat kaunter jualan tadi yer...
Okey, gambar memang berterabur dan tak tersusun.. gasak laa...janji ada gak laa info pasal tempat ni...kepada sesiapa yang nak gi tu bolehlah jadikan post ni sebagai panduan....cau cin cau!!!
Tuesday, May 28, 2013
MEE UDANG PULAU SAYAK
Assalamualaikum.....lamanya x update story kat blog ni...gambar2 dan cerita terkini banyak jer...tapi malas nak menaip kekdahnya! Huhu...
Memandangkan cuti sekolah ni, curi2 masa jugak laa kejap utk update blog kesayangan ni..x kisah laa ada yg sudi baca e tak..yg penting boleh juga jadikan kenangan time boring2 hehe..
Okey, kembali ke pangkal jalan...dah lama dok google pasal Mee Udang Pulau Sayak ni...tengok pengunjung yg datang pun bukan yg dekat2...malaha da yg datang dari luar negeri Kedah...so, sebagai anak jati Kedah..adalah rasa sangat x cool sebab sekalipun x pernah sampai ke sini....
Sebelum ni tau pergi ke Tg Dawai beli ikan bilis, belacan, keropok....then dari jeti Tg Dawai kami ambik bot ke Pantai Merdeka yg terletak di seberang sana...nak ke Pantai Merdeka secara direct x tau hehe..
Kali ni pergi bawak mak dgn ayah sosenang laa sebab ayah aku mmg terror bab2 jalan kat Kedah ni...dia selamba jer naik motor lone ranger pi memancing smpai ke Pantai Merdeka ni..huhuhu
Perjalanan mengambil masa 2 jam jugak ler memandangkan ayah nak lalu jalan biasa x nak ikut highway..nak tgk pemandangan katanya! Padahal kitorg gerak dari rumah dah pukul 6.15 petang...mendung jer nak hujan! Sampai dlm kul 8 lebih kat sini...
Oh, ya! Ada banyak gerai Mee Udang kat sini tapi kami pilih Usof Mee Udang kat atas tu ada signboard..aku ambik kat Google ada link empunya blognya..tq!
I have no idea bagaimana rupa sebenarnya Pulau Sayak ni sebab sampai2 jer dah malam! Gelap gelita cuma diterangi dengan lampu2 kat warung ni ajer laa..frust jugak sbb teringin nak menjamu selera di tepi pantai sambil menyaksikan keindahan sunset ececeyyy...takpe laa lain kali boleh datang lagi n nak pastikan lain kali kami datang siang hari ...
Cer tengok tokwan dgn teh one n only cucu lelakinya tu...dah sepesen jerrr hehe
Konon2 nak tgk ombak ler teww tapi hampeh nampak samar2 jer...
Driver for the night! Tq lalinggg balik kerja penat2 terus drive ke sini :-)
Muka empunya blog yang teruja menunggu order sampai !
Tuuudiaaaa...dah sampai....kemain teruja!!!
Ni Mee Udang Biasa punya ..harga RM8 tak silap aku...yg special udang lebih hrganya RM11...
Kuah nampak ceroiii org Kedah kata...taste?? Hmm...not bad...xde apa2 yg special sgt kecuali udangnya yg segar....dlm ni ada mee dgn hirisan telur rebus..sayur ada laa carrot sikit2...sedap tang udang laut yg besaq n fresh tu laa...maaf cakap...Mee Udang Aur Gading kat Sg Dua lagi menepati my tastebud...lain org lain pendapat kan...terpulanglah...tapi ingat next time nk try Mee Udang Banjir Mak JAh kat Kuala Sepetang tu plak..hehe
Ni Udang Goreng Kunyit untuk anak aku yg x makan mee...order ni makan dgn nasi putih panas2...habis sepinggan! Hehehe
Ni laa 4 pinggan Mee Udang Biasa yg kami order semalam...+ udang kunyit, teh O ais, teh O ais limau, sirap limau, carrot susu dgn air kosong totalnya RM44++ x silap aku...worth it laa kata orang ...
Mujur bawak tokwan, boleh layankan anak aku yg sorang ni...senang mama nak snap gambar! Ekekekek
Berseleranyaaa dia makan...
Insha Allah next time boleh dtg lagi...for sure nak dtg siang hari...baru boleh snap keindahan pantainya....:-)
Subscribe to:
Posts (Atom)