CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Thursday, June 7, 2012

Mee Udang Restoran Aur Gading, Sg. Dua

 Seperti yg dijanjikan kelmarin, meh aku nak review plak tentang satu lagi tepat makan famous yg sempat kami singgah masa otw back from Penang hari tu...
Kami singgah di area Sg Dua untuk pekena mee udang plak ! Ermm,setahu aku la kan..kalau sebut Sg Dua mesti well known dgn Mee Udang..berderet2 gerai menjual Mee Udang di sepanjang jalan kat SG Dua tu...
Ala,,macam kat area Kg Losong, Terengganu tu laa kan? Kalau sebut nak pi Ganu nak cari keropok losong nanti bila dah sampai Kg Losong tu ko dah berpinar2 biji mata pastu migrain x tau mana satu kedai keropok losong yg korang nak pilih kan? Dah semuanya jual keropok LOSONG..nama pun KG LOSONG yer dak? Hahaha..
Okey, kembali ke pangkal jalan...
Nie pun hasil carian kat google search laa...keluar masuk blog orang sana sini then confident jer boleh jumpa tanpa set GPS..maybe sebab yakin dgn jalan kat sini yg x complicated dan mengelirukan mcm jalan2 kat Penang kot..SIGH!!
Okey, nak mudahkan cerita..if korang dari KL nak menghala ke Utara..sila masuk Exit yg menunjukkan Sg Dua tu yer..ikut bwh flyover pastu corner kanan...then korang akan jumpa deretan gerai mee udang tapi korang terus jer sampai laa jumpa macam pekan kecil then teruskan lagi sampai jumpa Kg Pengkalan Machang x silap aku..terus lagi then sampai korang jumpa jambatan....JANGAN naik jambatan itteww!! Tengok ada restorang di sebelah kiri jalan...sedikit tersorok ke dalam...ada signboard bertulis RESTORAN AUR GADING...warna kuning signboardnya...yer situlah destinasi yg kita cari2 yer...sila masuk dan parking kat situ..tempatnya agak luas dan menyediakan ruang utk datang secara berkumpulan/berkeluarga juga...
Kitorang order Mee Udang dan juga Kerang Bakar...
Gambar merembes saliva sila refer seperti di atas ! Sekian terima kasih..;-)



Sementara tunggu Mee Udang nie sampai kami sempat laa pekena kerang bakar cicah sos dulu..hmm..sedap dan well cooked kerangnya..x macam kerang bakar yg pernah kami cuba sebelum ni..ada yg teralu kering sampai naik kecut isi kerangnya dan ada jugak yg tak masak sampai siap nampak lagi darah kerang tu..haihhh..yg nie mmg well cooked laa mat salle kata..huhu...berebut2 pakat cungkil laki bini..mana tau sepinggan RM3 jer kalo x order sorang sepinggan..mueheheheh...
Pastu bila main dish akak mee udangnya sampai..kami tengok ianya dihidangkan dlm mangkuk besar macam mangkuk nasi tambah tu... Maknanya masa nak order tu sila mention untuk makan berapa org punya...kami nak makan 2 org so dia buat laa memang semangkuk ni utk 2 org makan dgn 6 ekor udang yg bosar2 godang saiznya! Dok terguling tergolek kelihatan sungguh menggiur dan mengghairahkan  menyelerakan !
Masing2 pandang mcm banyak n larat ke nak habiskan 2 org semangkuk besar lagu tuh? Hmmm...


Ni plak mangkuk aku...sedikit mee dan 3 ekor udang...
Abahnya makan 2 ekor udang sebab seekor daripadanya telah dimakan oleh Isyraff..;-)
Memang terasa laa sedap segala rencah2 yg dimasukkan kat dalam mee udang nie..cukup rasa manis,masam,masin,pedasnya...kuah pun pekat x cair..


See..??
Konon2 jer banyak x larat habiskan..dasar laki bini perut stokin Santa Claus! Haha..


Tuuu..muka kemain happy dapat habiskan semua makanan kat atas  meja tu..tapi dgn bantuan aku laa..hahaha
Pendek kata, memang berpuas hati laa kunjungan pertama ke sini nyata tidak mengecewakan..husband yg cerewet tu pun siap puji cakap lain kali boleh datang lagi...dekat jer tak jauh mana pun...hahaha..(padahal kalau kedai sebelah rumah jer kalau x sedap haram dia nak jejak ke situ lagi! ) Hmm..pada sesiapa yg nak mencuba korang google laa sendiri yer...taip : Mee Udang Restoran Aur Gading Sg, Dua...;-)

Restoran Kapitan, Lebuh Chulia Penang


Kelmarin, kami bertiga  beranak (without Tyea sebab dia ikut mak dgn ayah aku pi umah Uya > adik aku kat Cyberjaya ) pi JJCM ke Penang..
Kemain laa buat researh tentang interesting eateries around Penang tu...siap googles keluar masuk blog orang search for tempat2 makan yg best kat Penang tu...
So, hasil google..dah decide to hunting for Cheese Naan + Beriani Claypot with Tandoori Chicken...lepas tu nak mencuba jugak Laksa Janggus kat Balik Pulau then on the way back plan nak singgah pekena Mee Udang kat Restoran Aur Gading di Sg. Dua..
Okey, daripada 3 tempat makan tu..dua daripadanya berjaya ditemui..Alamdulillah...cuma Laksa Janggus yg terletak di Balik Pulau jer gagal ditemui...dh sampai area Balik Pulau pun x jugak jumpa! Sampai boleh dikatakan kami pusing2 kat tempat yg sama buang petrol jer satu Penang tu..hahaha
Okey, abaikan kisah sesat kami tu...
Kali ni nak review pasal Restoran Kapitan di Lebuh Chulia, Penang..
Menu special kat sini bak kata blogger2 lain of course la Naan Cheese + Tandoori Chicken dgn Beiani Claypot + Tandoori Chicken nya...even Kak Nani Rostam yg famous bab2 masak tu pun sempat lagi leave a comment about Naan Cheese yg special tu..katanya aku patut try yg tu kalau pi Penang..hehehe..tq for the idea Kak Nani...memang meletup sedapnya! Jom tengok gambar2 yg aku sempat snap kelmarin...
Kat atas tu mcm biasa laa encik asben aka mr driver for the day sedang asyik dgn beriani claypotnya..baru nak memulakan suapan..Bismillahirrahmanirrahimmm...;p


Bila waiter dtg nak ambik orer tu..laju jer order benda2 kat atas nie dengan lancarnya ..without FAILED okehh?? Iyo laa dah sepanjang malam dok hafal nama2 menu famous nie..hahaha...
Kitorg order menu kegemaran ramai laa..Naan Cheese + Tandoori Chicken dgn 2 set of Claypot Beriani + Tandoori Chicken..aku order Mango Lassi, hubby teh ais n Isyraff  milo ais...


Mula2 aku makan nie...
Hmmm...actually, aku jarang2 pekena Naan Cheese..so, bila pekena yg nie aku susah sikit nak compare kan dgn kat tempat2 lain...tapi kalau nk suruh aku explain naan cheese nie alone without comparison...yupp!! Me likeyyyy..!! Suka dgn naan yg lembut, gebu fluffy tu...makan panas2 bila siat2 siap keluar meleleh cheese dr dalam naan ni..hehehe...cicah dgn kuah2 segala mak nenek tu.pastu pekena plak dgn Tandoori Chicken memang sedap laa..cukup rempah ratusnya!  Must try laa kalau korang sesat ke Penang yer?
RM10 satu set mcm kat atas nie..


Lepas dh kenyang makan Naan Cheese tadi, baru egeh2 nak hadap Beriani Claypot nie..portion dia agak besar dn ayamnya yg besar tu mmg kenyang laa kalau korang kaki makan tegar! Even aku yg tegar ni pun x daya nak habiskan smpai kena tapau bwk balik..hahaha..pun sedap jugak nasi dia kan sebijik2 guna beras Basmathi yg iklan panjanggggggggggggggggg  tu,...memang sebijik2 x melekat butir2 nasinya...pastu ayam pun sedap cukup rempah ratusnya..besar plak tuh..aku share dgn Isyraff pun x larat habiskan..hehe..satu set mcm nie cuma RM8.60..sangat laa berbaloi2x..;-)
Okey, tu saja review tempat makan menarik untuk hari nie..
Aku malas plak nak bagi alamat since xde alamatnya..nak senang korang gogle jer taip " Restoran Kapitan Lebuh Chulia, Penang "..nanti keluar laa results berderet2..hihihi..
PS : Nanti next n3 aku review pasal  Mee Udang Famous kat SG Dua pulak yer..;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...