Ramai orang kata...malah doktor sendiri pun kata..demam denggi nie takde ubat spesifik yang boleh menyembuhkannya..kalau gi klinik atau hospital pun takde ubat khas yg boleh diberikan utk menyembuhkan penyakit neh..balik2 pun doktor advice suruh patient minum air banyak2 dan minum air 100 Plus berbotol2 untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan menaikkan platlet darah..
Bagi keluarga aku yg masing2 pernah ada sejarah penyakit nih, kami dah boleh detect seandainya kami diserang demam yang agak 'semacam' berbanding demam2 biasa..
Bagi aku sendiri, dah 2 kali seumur hidup diserang demam denggi nie..tapi mujur dapat detect masa early stage so takde laa warded kat hospital...1st time kena masa tahun 2004...masa tuh tengah sarat preggykan si Tyea nie..tak silap aku masa tu mengandung 6 bulan..jenuh gak laa miang2 satu badan dok tergaru2 operut yang tengah memboyot tuh! Simptom2 lain memang ada mcm sakit kepala, lenguh sendi n berat kat biji mata..kali kedua masa tahun lepas..
Hubby pun dah pernah kena sekali..ngam2 pagi raya warded kat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar..then x pasal2 pada hari yg sama jugak Tyea kene warded sebab penyakit yg sama..bayangkanlah, pagi raya okey! Orang lain syok pi makan ketupat ziarah sanak sedara, kami beraya kat dlm hospital!! Dah laa time tu aku tengah sarat mengandungkan si Isyraff!! Macam nak patah pinggang tidur kat sofa spital sebab jaga si Tyea nie..
Pendek kata, semua dah pernah kene except si Isyraff jer..maybe sebab area tempat tinggal aku nie familiar sgt dengan kes demam denggi agaknya!
Sekarang nie dah seminggu aku x sedap badan, panas on-off jer..then berjangkit2 plak dgn mr hubby, Tyea then sekarang nie si Isyraff plak demam panas! Tadi bawak dai pi klinik doktor cakap kalau x okey jugak, Rabu nie kene gi ambik darah wat blood test..
For us, dah berbotol2 gak laa menelan air 100 Plus tuh...tapi dengar org kata, sup ketam pun elok untuk menyembuhkan demam denggi atau simptom2 demam denggi nie...terus semalam gi beli ketam then sekarang baru sempat wat sup nie...org kata ikhtiar laa ape2 yg patut,kan? Harap2 lepas nie demam semua org kat umah nie makin kebah laa...Aminn...
Pernah dengar, ada patient tu yg pada mulanya ditahan di hospital akibat denggi dgn platlet darahnya 19 sahaja! Dengan izin Allah, lepas minum sup ketam, platlet darahnya meningkat kepada 40 sehingga menyebabkan doktor n nurse pun terperanjat! Dengan happynya dia discharged dr hospital pd hari yg sama..Alhamdulillah...
6 ekor ketam
Kentang
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sup bunjut Adabi
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Garam,serbuk perasa
Cara2membuatnya :
Tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang ditumbuk sampai garing dan naik bau. Masuk ketam n kacau perlahan2 biar sampai bau ketam agak wangi. Masukkan air secukupnya. Masuk sup bunjut,kentang, garam dan serbuk perasa. Tunggu sampai kentang empuk. Tutup api n ready to serve!
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment