CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Friday, February 18, 2011

iNikaH niLai seOranG guRu..??

Haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…………….;-(
Satu keluhan panjang bagi menggambarkan perasaan aku ketika nie…perasaan yang tak sama sewaktu aku menapak ke sekolah seawal pagi tadi..kalau pagi tadi mood aku biasa2 saja..tidak sedih, dan tidak juga ceria tapi bolehlah untuk meneruskan pengajaran sepanjang hari nie…namun, di penghujung hari di sekolah tadi, lain pula perasaan yg ku alami…perasaan geram bercampur baur dengan sedih, terkilan+kecewa…
Terlebih dahulu, ingin ditegaskan di sini, n3 nie bukan berbau ketidak puasan hati atau sebaliknya..jauh sekali nak wat mogok ke ape..tapi hanya luahan rasa semata2..dah tak tahu mcmana cara utk meluahkan segala2nya yg terbuku sejuk-beku-dan-kaku kat dalam hati kecil nie..lalu kat blog kesayangan nie laa tempat aku meludaskan segala lara di hati ini..semoga luahan ini bisa meringankan beban di hati ini..
Hari nie aku begitu ‘terkesan’ dan terbungkam dengan sikap pelajar2 kat sebuah kelas tu…sebelum2 nie pun bukannya takde aku berperasaan sedemikian, tapi cepat2 kubuangkan perasaan marah tu dan cuba sabarkan diri sendiri dgn beranggapan bahawa siapalah mereka kalau nak dibandingkan dengan aku?? Insan yang terlebih dahulu mengenal dunia, terlebih dahulu terjebak dengan asam garam dan pahit manis erti sebuah kehidupan…
Siapalah mereka untuk menjadi lawanku?? Hanya pelajar-pelajar yang cetek ilmu pengetahuannya, pendek akalnya atau lebih tepat lagi masih mentah dalam mengirai dan membuat percaturan tentang masa depan mereka sendiri!
Namun, sebagai manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan…insan biasa yang dikurniakan nafsu amarah, makhluk yang punya hati dan perasaan, punya harga diri dan tahap keegoan…hatiku betul-betul terguris dan tercalar dengan sikap mereka hari nie…
Terkadang…terdetik di hati kecil ini… rasa macam give up jer bergelar seorang ‘pendidik’ pada zaman sekarang…tak usahlah aku dipersalahkan sekiranya berperasaan sedemikian kerana pada pendapatku..hanya jauhari yang mengenal manikam, lebih tepat lagi..hanya insan yang bergelar pendidik jualah yang turut merasa apa yang ku rasa ketika ini..bagai langit dengan bumi perbandingannya tugas guru zaman dahulu dan zaman sekarang….begitu jugalah sikap murid2 zaman dahulu dengan zaman sekarang..tak terkecuali juga penerimaan ibubapa zaman dahulu dan zaman sekarang terhadap tindakan atau teguran dari seorang guru kepada anak2 mereka demi menjadikan anak2 mereka insan yang berguna kepada nusa dan bangsa!
Apa bezanya zaman dahulu dan sekarang? Ermm..zaman dahulu, murid2 sangat menghormati guru-guru yang mencurahkan ilmu kepada mereka..jauh sekali nak melawan guru atau menyakitkan hati seorang guru..nak bergurau senda dan meninggikan suara ketika bercakap dengan guru pun perkara yang takkan dilakukan..bercakap dengan guru hanya dengan bahasa yang lemah lembut dan bersopan santun..tidak seperti pelajar2 zaman sekarang yang sudah berani melawan guru malah ada yang berani bersikap kurang ajar dengan individu yg bertanggungjawab mencurahkan ilmu kepada mereka? Fikirlah sendiri..dari mana datangnya keberkatan ilmu tu kalau hati guru sentiasa tercalar dgn sikap2 pelajar yg makin tak masuk dek akal!
Ibu bapa pun satu lagi kisahnya..zaman dahulu, ibu bapa takkan menyalahkan guru malah jauh sekali nak datang menyerang guru di sekolah sekiranya anak mereka didenda atau dikenakan tindakan disiplin..tanya kembali kepada anak masing2..apa kesalahan yg mereka lakukan sampai guru bertindak sedemikian? Adalah tidak wajar sekiranya anak mereka dihukum tanpa sebab yang munasabah! Kalau dulu, ibu bapa akan sentiasa menyokong dan berada di belakang para pendidik semua demi merealisasikan tugas guru untuk mendidik anak2 mereka…lain pula keadaanya zaman sekarang..sikit sahaja anak mereka dimarah atau disentuh..maka ibu bapa akan datang ke sekolah dengan muka bengis menyinga utk menyerang guru…siap bawak kamera nak rakam pengakuan cikgu dan buat report polis segala sampai ada yang nak dipanjangkan ke mahkamah pula! Ishhh…begitulah nasib kami pendidik2 zaman sekarang! Maka tak hairanlah ‘produk’ yang dihasilkan adalah ‘berlemak’ belaka lantaran mereka sentiasa ‘dilemak-lemakkan ‘oleh ibu bapa sehingga mereka sendiri naik lemak!
Jujurnya, bohonglah kalau dikatakan tidak pernah terdetik niat untuk mengalah dalam profesion nie bila mengenangkan cabaran yang maha hebat yang berlaku dlm zaman sekarang nie..tanyalah mana2 pendidik hatta Guru Cemerlang sekalipun…adakah mereka tega bila berdepan dgn gelagat pelajar-pelajar yang kurang ‘mengkal’ yang hanya tahu menaikkan darah dan juga tahap adrenalin dalam darah para guru seperti ini?? Tak hairanlah para pendidik zaman sekarang banyak didiagnosis di hospital-hospital kerajaan mahupun swasta berikutan penyakit hipertensi , stroke mahupun menghuni hospital2 bahagia bila didiagnosis memiliki masalah kesihatan mental yang tidak memungkinkan seseorang pendidik itu meneruskan kariernya !(Nauzubillahimin zaaalik!)..Manakan nak menyediakan bahan-bahan untuk sesi P&P sepanjang minggu, menyemak dan menilai buku-buku nota dan latihan pelajar-pelajar…malah, guru-guru zaman sekarang jugak terkejar dan saling mengejar dateline utk melangsaikan kerja-kerja perkeranian yang tak berkesudahan!..Betapa beratnya tanggungjawab pendidik zaman sekarang!
Kisah gelagat2 pelajar kurang mengkal tadi sebenarnya bermula dan berakhir sepanjang tempoh 2 masa iaitu hanya selama 70 minit tapi sepanjang berada dalam kelas tu, aku rasakan seperti dah 70 tahun lamanya aku terpacak dan bagai bercakap dengan dinding, white board, kipas2,lampu2 dan kerusi meja semata2!Sepanjang jalan nak menapak ke kelas dah berselisih dgn 4 orang pelajar berbangsa tuttttt yang sepanjang masa kerjanya hanya tahu merayau-rayau dan hanya menunggu kesempatan guru keluar dari kelas untuk meneruskan misi meronda sekolah mereka! Kutegur mereka dan mengarahkan mereka masuk ke kelas tapi mereka hanya tersengih sambil berkata “Ok! cikgu,sekejap ya!”..
Sampai di muka pintu, kelihatan 2 orang lagi pelajar berbangsa tuttttt pula yang konon2 nak main aci sembunyi dgn aku…terhegeh2 dengan gigihnya menyorokkan diri di sebalik daun pintu yang x mampu nak menyembunyikan kelebaran tubuh badan mereka pun sebenarnya!Aku buat2 tak tahu walaupun diorang sendiri tahu dan sedar yang aku dah nampak diorang kat belakang pintu tu sejak awal2 aku naik tangga lagi…x kuasa nak tegur dan membenarkan sebarang cubaan lawak bodoh yang bisa membuatkan mood mengajar pelajar2 lain yang nak belajar hilang entah ke mana2…
Masuk jer berdiri kat depan di tengah2 kelas..seperti biasa aku tak mengharapkan yang mereka akan tersenyum gembira sambil berdiri terpacak menyambut kedatanganku dengan penuh teruja sebab nak belajar BM!! Masa tu ku perhatikan ,macam2 reaksi..ada yang buat2 tak sedar dgn kehadiranku, ada yang tadinya tak sibuk tiba2 terus buat2 sibuk dgn kerja2 lain malah ada pula yang tadinya segar bugar bergelak ketawa yang tiba2nya terus buat2 tidur kat meja! Ku abaikan sahaja rasa terkilan terhadap sikap mereka..dan seperti biasa kalau bukan aku yang terjerit2 mengarahkan mereka berdiri dan memberi ucap selamat buatku, adalah seorang pengawas berbangsa tuttt yang akan mengarahkan kawan-kawannya berdiri utk mengucapkan salam buatku…betapa kurasakan diriku ini terlalu kerdil dan langsung tidak bererti buat mereka....
Seterusnya,sesi membaca karya komsas yang terdapat dalam buku teks..macam biasa sebelum mengajar aku akan check dulu siapa yg bawak dan siapa yang tak bawak buku teks..walaupun dah berkali2 ku tegaskan, buku teks adalah WAJIB dibawa sewaktu ke sekolah..tapi nampaknya pesanan hanya tinggal pesanan semata2…nampaknya hukuman berdiri sampai habis 1 masa pada minggu lepas sedikit pun tidak meninggalkan kesan di hati mereka…;-(
Oh!YA, untuk tahun nie aku rasa sangat bertuah dan bersyukur sangat2 sebab dah ada buku Modul Komsas untuk dijadikan bahan bimbingan masa mengajar di dalam kelas..Hasil penat memerah otak dan keringat, memperuntukkan sepertiga masa cuti sekolah kami semua guru2 BM Tingkatan 4 demi menyiapkan modul tersebut yang konon2nya akan member manfaat kepada pelajar danjuga guru..Telahanku…pastinya modul ini akan lebih memudahkan kedua2 belah pihak kerana semuanya telah tersedia di dalam buku tersebut, tinggal nak buat dan lengkapkan latihan berdasarkan buku teks sahaja!TApi, harapan tinggal harapan….nampaknya, selepas puas dipaksa berkali2 untik membeli buku tersebut, aku dapati bahawa mereka hanya membeli untuk mencukupkan syarat membeli dan memiliki buku itu sahaja.aku sedar, apalah sangat nilai buku tersebut..hanya RM3.80! Terlalu murah buat mereka yg rata2nya memiliki telefon bimbit berjenama Blackberry dan bukannya golongan marhaen seperti aku yang hanya mampu menggunakan telefon bimbit N*kia..itupun design zaman kuno! .Jauh sekali diorang nak gunakan buku tu untuk tujuan yang sepatutnya…
Tanyalah apa jenis kaedah yang aku tak pernah aplikasikan dengan pelajar-pelajar kelas yang satu nie? Mula2 dulu aku gunakan kaedah bertegas dan tak beri muka kat diorang…then bila dah nampak macam serasi, aku ubah pendekatan tersebut kepada pendekatan yang lebih mesra pelajar dan juga kaedah pujuk dan bimbing seorang demi seorang…akhirnya, beginikah selayaknya aku diperlakukan??
Kalau nak dikupas satu persatu kategori pelajar2 kat kelas nie..mahu banyak chapter n3 kali nie…cukuplah aku rumuskan, dalam kelas nie “MACAM2 ADA!”…xdinafikan ada segelintir yg menyejukkan hati…tapi selebihnya hanya menyakitkan hati dan selalu membuatkan darahku mendidih dan naik ke kepala! Nasihat doktor untuk aku mengelakkan faktor penyebab stress yang menjuruskan aku kepada masalah migraine nampaknya begitu sukar utk ku elakkan..nak tak nak selagi bergelumang dengan fenomena nie, sampai bila2 laa x cure migraine aku nih..
Yang lelaki tuttttt nya suka bercakap kuat2..malah duduk x sampai 30cm pun suara terpekik terlolong macam kat pasar borong! Maybe dah jadi budaya diorang agaknya! Then sekumpulan lelali tutttt yang lain pulak dengan habit diorang yang suka bergurau senda tak tentu fasal dan x kena tempatnya..bayangkanlah..umur dah nak masuk 16 tahun, tapi perangai mengalahkan kanak2 6 tahun! Berkejar2an ke sana-sini..sorok beg kawan, baling pen kawan..then datang ke depan mengadu pasal benda2 yang boleh bikin kepala otak menggelegak tahap 100 darjah celcius!! Ape korang fikir cikgu korang nie xde bende sangat ke nak buat selain dari mendengar “Aduan Rakyat” dari korang yang tak berapa nak mengkal tu? Yg perempuan pun tak kurang hebatnya! Kebanyakan perempuan kelas nie terdiri dari bangsa tuttt..so far kalau suruh buat kerja, Insya Allah diorg akan siapkan, tapi kene guide then bagi jawapan barulah akan lengkap kerjanya..kalau suruh jawab sendiri alamatnya..kirim salam sajer laa…then diorg nie spesies yg lupa nak bawak buku laa..tak ingat jadual waktu laa..then tanpa rasa bersalah dan muka seposen diorg akan bagi alasan tak tau jadual! Grrrrrrrrr…menyirap darah sekali lagi!Lepas tu ada pulak yg spesies tetiba jer gelak kuat2..sekali sekala seram2 sejuk pun ada..dalam hati terfikir..kesian budak2 nie..muda2 lagi dah mereng! Then perempuan bangsa tutttt satu lagi plak tak ramai dlm kelas nie…budak2 nie dah lama aku kenal dari diorg sesi petang lagi sebab budak2 Pandu Puteri aku…masa sesi petang n form 3 muka punya laa innocent giler-babun! Jumpa kita kat jalan macam nak sembah2 kita tunduk bagi salam! Tapi maybe hormon remaja dah berubah agaknya..bile form 4 nie.aku tengok kebanyakan yg ‘jinak2’ dulu dah mula ‘liar’ sikit…errr,bukan sikit actually…banyak liar wokeh!! Kemain tunjuk berlagak x boleh blahh dah rasanya diorang nie dengan aku sekarang! Menjadi2 sampai tahap rasa nak bagi tutttttttt jer! Huhuhuhu..(emo giler babun nehhhhhhh!!)…yg paling tak tahan,time aku dok explain kat depan depa boleh selamba badak tido laa..meleser2kan muka kat meja laa..then bila aku tegur mula tarik muka..haihh..aku nie dah laa pantang tok nenek kau kalo budak perempuan tuttttttttt buat hal! Kalau lelaki aku boleh tolerate lagi sbb tau ego lelaki tinggi melangit…

So, buat yang tersesat dan menjadi mangsa utk mendengar masalah aku hari nie,aku ucapkan banyak2 terima kasih sebab sudi membaca luahan hati aku..bukan aper..at least boleh gak aku luahkan masalah kat sini..mana tau ada yang boleh bagi advice or what ever! Aku sendiri pun tak tahu sampai bila aku mampu bertahan dengan situasi mcm nie..tapi dlm hati kecil aku selalu berdoa,sekiranya ini bukan jalan rezeki buatku, semoga Allah lorongkan jalan2 lain yg mampu ku usahakan dengan hati yang gembira dan ceria tanpa perlu memendam rasa, memukat kecewa dan sebagainya…Tapi seandainya ini sahajalah pintu rezeki yang terbuyka buatku, semoga Allah tabahkan hatiku serta kuatkan semangatku utk terus menghadapi liku2 kehidupan bergelar seorang pendidik sampai laa usiaku mencecah 56 tahun..Aminnn..
Buat adik2 yang minat bergelar guru, janganlah menjadikan bidang pendidikan ini sebagai jalan keluar dari belenggu pengangguran semata2 tanpa disulami oleh rasa minat dan cinta terhdapnya ..fikir2kanlah sejenak tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul tambahan pula bila berdepan dgn remaja masa kini..Jujur ku akui, aku sangat mencintai kerjayaku ini..malah, inilah impianku sejak kecil sehingga berjaya menjejakkan kaki ke universiti…kecintaanku terhadap bidang pendidikan ini tetap ada, cuma mungkin goyah sedikit dengan adanya hal2 remeh seperti nie…semoga Allah titipkan semangat ke dalam jiwaku untuk berjuang dalam bidang yang kusayangi ini..Sama2lah kita renungkan…di manakah taraf golongan pendidik pada masa nie dan apakah nilai seorang pendidik di mata masyarakat sekarang? Sesungguhnya kami juga hanya insan biasa yang punya hati dan perasaan..masing2 ada peranan dalam masyarakat dan sama2lah kita memahami tugas pendidik zaman ini..

Wednesday, February 16, 2011

gaMBar2 penGantiN...

Adoi yaiii...bz nya semenjak 2-3 menjak nehh..nak wat n3 psl gambar2 pengantin pun x sempatt..huhuhu..kali nie pun nak wat quick update jer..malas nak caption2 bagai..tempek gambar dah laa yer!..;-)
























Monday, February 14, 2011

gaMbaR2 keNduri : buKan peNGanTin

Masih lagi story bout kenduri kawen adik aku ritu...kali nie n3 masa hari kejadian..tapi gambar2 newly wed simpan dulu...nak letak gambar2 BUKAN pengantin dulu...hihi..
Kat atas tu gambar pengantin lama..
Dengan flowergirls yg bermuka kelat-kelat pahit!
Terutamanya nak dara kami yg serba kelam ittew!
Berkat kerja keras main panas dan mandi peluh kat kampung!
Syabas mera bhetiiii..
Harusss enterprem kan muka kat blog sendiri kan?
Sangat teringin nak mamp*s nak jejak kaki then letak bontot kat kerusi pelamin tu..tapi segan dowhhh...hehehe
So, bajet2 jer laa berpossing ala2 sekadar di pinggiran dan kerna terpaksa!
Uhuks!

Nie candid dari adik bujang aku yg sorang tuh!


Anak dara kelamkuuuu...huhu

Cian flowergirls kebulurrr...

Sweet jer tengok depa dok bergurau senda time nih..-)

Sepupuku..

Anak sepupuku..

Anak bujangkuu..huhu

Mak sedara n sepupuku...

The flowergirls

US

Candid!

Us...again!


Sunday, February 13, 2011

aKtiviti maLam seBeLum keNduri..

Sementara pengantin dah keras jadi robot takleh banyak bergerak sebab pakai inai...kami sedara-mara dan orang-orang kampung plak pakat2 bergotong royong menyiapkan bunga telur dan mengisi goodie bags untuk diberikan kepada para tetamu...
Punya laa ramai orang2 kampung yg sudi datang nak menghulurkan tenaga...terharu plak tengok suasana on tha night!
Malas nak menceceh panjang2..tengok gambar jer laa..



Budak2 tiga orang nie pun tumpang sibuk gak..bukan sibuk nak tolong..tapi sibuk nak wat kacau sajer!

Laki aku dgn pakteh pun joint sekaki tolong wat keje2 org pompuan!
Gasak laa...janji cepat siap..ada gak bagi sumbangan dari dok melepak borak2 kosong then menghabiskan teh dan kopi sajer!

Sampai tercampak keluar kitorang buat keje!
Maklumlah banyak sgt barang2 yg nak dikerjakan..
Penat tapi happy!

Saturday, February 12, 2011

jOm paKai iNai...

Nie aktiviti pengantin pompuan masa malam sebelum kenduri..
Pakai inai adalah satu kemestian bagi bakal2 pengantin rasanya..
Tapi adik aku x sempat nak gi wat inai yg ukir2 tu..so,just petik daun inai kat umah jiran then ada makcik tu tolong tumbukkan inai tu kat dalam lesung batu okeh!Bukan pakai blender haaa..hihi..then pakai jer laa inai tu..macam style dolu2..siap ada tempek bulat kat tengah2 tapak tangan tu..;p
Isyraf wat geli-geleman tengok tangan Uya pakai inai nie..taik lembu katanya!Hahaha..








Sekian n3 about pakai inai..
PS: For me, aku x suka pakai inai..rasanya last sekali pakai 7 tahun lepas masa kenduri kawen aku sendiri...hehehe

reWanG kenDuri : geNg daPur

Salam !! Selamat berhujung minggu buat semua..
Hari nie lepak umah jer..bersantai2 dengan anak jer kat umah sambil melakukan aktiviti marathon tido siang secara berjemaah 3 org! Husband wat OT so x dapat nak joint kitorang..sure dia jeless giler!!Kui3x..
Okey, n3 kali nie pun sambungan n3 preparation kerja kawen adik aku ritu..
Kalo semalam dah tengok gambar2 Geng Balai..kali nie layan plak gamba2 Geng Dapur..
Sehari sebelum kenduri iaitu hari Jumaat masa sebelum makcik2 dtg nak tolong gotong royong kuopek2 bawang segala...tapi gambar masa depa dok bz kopek2 bawang tu x sempat nak snap sebab aku sendiri pun bz kekdahnya!
Layan jer laa gambar2 yg ada ek?

Aktiviti pagi..bergotong royong kopek isi ikan nak wat kuah laksa lemak..ala,yg kuah dia kaler kuning letak serbuk kari tuh! Lupa plak nak snap gambar..nama pun bz..yg pegnen tu cousin aku, yg baju kaler biru tu pun sama cousin aku ..Kak Chik..yg tudung labuh tu pangkat akak2 sedara 2 pupu n yg baju merah tu plak sedar2 jugak laa..

Laki aku a.k.a tukang mesin nyoq (kelapa) setiap kali kenduri kat umah aku...
Dekat 20 bijik kelapa dikerjakan oleh dia pagi tuh..haha
Kaum ibu yg bz nak kukus pulut untuk wat pulut kacau a.k.a wajik!

Siang ayam + bergossip2..;-)

Sepupu aku Kak Khairun dgn Mak Lang yg bz dengan periuk gulai ikan diorang!

Tumis bwg merah+bawang putih+halba..
Ghau-ghau bau diaaa....;p
Then...
.
.
.
.
.
.
.
.

Taraaa...
Siap sudah seperiuk besar gulai ikan+ timun..
Makanan tengahari kami on that day yg dikawankan dengan ikan pekasam, ulam2an n sambal belacan!
Simple but mabelesss..menambah2 uols!
Makan sambil bergossip dgn sepupu-sepapat laaaagiii laaa berselera! Huhuhu..
Sementara tu, kat bangsal yg lain..ada geng untuk masak pulut kacau nie..
Kat dalam kawah tu adalah air gula merah yg nak digaulkan dgn pulut kukus tadi..
1st time aku tengok then joint proses mengisi pulut kacau ke dalam tupperware kecik2 utk isi dlm goodie bags..;p
Sambil kacau pulut, sambil bergossip ramai2..muahahahaksss
PS: Pendek kata, memang indah hidup bermasyarakat di kampung!

Friday, February 11, 2011

reWanG keNduRi : geNg baLai

Fuhhhh....Tiup2 sawang ngan habuk kat sini...;-)
Isk!Lame bebenor rasanya tak menceceh kat sini! Kangen banget sihh..
Hari tuh bz dgn wedding preparation adik aku si Uya tuh..then bila dah settle bab tu..balik ke sekolah,bz dgn keje2 kat skolah plak...sampai kadang2 masa nak tido pun x cukup dibuatnya...macam x cukup jer 24 jam sehari!
Selama nie dok masuk-kua,masuk-kuar jer kat sini...mood+masa yg x mengizinkan!
Malam nie gagah2kan jugak kepala+tenaga perah otak demi kesinambungan hidup blog nie..;-)
Lagipun esok x skolah..layankan ajer laa..
WOkeh..nak story kali nie pasal kisah kenduri kawen my sis Uya on 5th February ritu..
Aku n anak2 balik Kedah on 28th January kalo x silap ..tumpang pengantin laa sbb hubby keje lagi..3hb baru dia menyusul..
Sepanjang kat kampung memang bz x menang tangan dibuatnya..
Tapi sempat gak laa cari bahan utk wat modal update blog nie..
Kali nie nak wat n3 psal ;
~ REWANG KENDURI : GENG BALAI ~
Oh! Ya..geng balai nie merujuk kpd org2 lelaki yakni kaum Adam yer tuan2 dan puan2 sekalian!
Kene wat n3 berasingan sebab banyak citer dan gambar yang nak dikongsikan kat sini..
Tinggal nak layan dgn x nak jer!
Memandangkan semangat bergotong royong masih terpahat kuat dlm budaya masyarakat kat kampung aku nie..maka semuanya dijalankan secara berpakat dan bergotong royong..senag citer,semua perkara laa..
Pentas atau balai nie pun pasang beramai2...

Proses mendirikan khemah

Ahah..yang baju belang2 sama corak mcm khemah tu adalah laki aku..
Gigih dia tolong angkat khemah sama2..huhu







Sekian n3 gotong royong geng balai..;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...