CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Friday, February 17, 2012

~ aPaM poLKa dOt ~


Lagi n3 terperam...kali nie nak tayang rupa apam polka dot yg dihasilkan buat kali pertama dari dapur Cikgu Ieda...kiranya 1st trial laa nie..
Sebelum nie dok tengok jer org buat sambil tayang gambar apam polka dot diorg yg kiut miut tu..dalam hati fikir mesti susah giler nak buat sebab kecik2 cinonet mcm rumit jer prosesnya...
Sampai laa pada suatu hari aku ditemukan dgn satu blog yg menunjukkan proses membuat apam nie step by step..aku tak reti nak letak link blog tu kat sini tapi kalau yg teringin nak tengok tu bolehlah google ' proses membuat apam polka dot' kot x silap aku..kat situ mmg dia tunjuk satu persatu stepnya..sangat mudah..;p
Memandangkan kat rumah aku xde banyak pewarna makanan..so belasah laa guna warna kuning,pink dgn putih sajer..lepas2 nie boleh laa tambah lagi koleksi pewarna makanan nie..;-)

Nie langkah pertama, susun cup dalam acuan kuih lompang nie...pastu letak dlm periuk kukus..

Lepas isi lapisan bawah tu, letakkan sikit inti..aku gunakan jem strawberi..boleh gak ganti dgn peanut butter ke..jem2 lain ke..tapi aku igt lain kali nak picit Choki2 tu jer laa..anak2 pun suka..yg jem nie depa x berapa gemor..;p
** Abaikan teknik aku yg selekeh dan comot itu..maklumlah aku nie dah laa 1st timer..xde cukup kelengkapan plak tu..sepatutnya guna piping bag, tapi sebab xde aku belasah jer guna sudu kecil..tu pasal yg terkelua2 acuan tuh..haha

Lepas dah letak inti..letak lagi lapisan kat atas inti tu..lepas tu buat laa dot2 nya..
Kukus selama 45 minit..selamat mencuba..
Kat bawah nie resipi yg aku follow..aku ambik dari blog Hanamemories..
Bahan-bahan

• 3 biji telur - dari peti sejuk

• 275 gm tepung gandum

• 220 gm gula halus - hana kurangkan

• 150gm susu segar

• 3 sudu teh baking powder

• 1 sudu kecil ovallete

• Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

• Pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan blueberry filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:

• Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).

• Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...