CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Thursday, February 23, 2012

PUDING ROTI MARBLE


Assalamualaikum n salam hari Jumaat..
Lately, dah jarang sangat aku update blog..selain penat, mood pun ke laut sebab line x berapa mengizinkan nak upload gmbr2 stok kombo mcm dulu.. nak x nak kene pilih2 jer laa gambar yg penting2 jer untuk publish kat sini..
Macam hari nie, nak kongsi gambar Puding Roti Marble yg 1st time aku try..resipi malas nak taip korang google laa sendiri taip "puding roti marble hanamemories"...aku ambik kat blog tu laa..
Alhamdulillah, sedapp n kene dgn selera kami anak beranak.. aku buat sebelum nak tidur 2 hari lepas then balik sekolah esoknya tu  dah sejuk n sangatlah sesuai makan time cuaca panas2 sekarang nie...sejuk jer lalu ikut anak tekak.. Alhamdulillah..bawak umah mak ..mak dgn Uya pun siap puji cakap sedap n mintak resipi..nanti mak nak suruh aku buat lagi untuk geng2 marhaban masa hari cukur jambul Safiyya nanti..;p


Rupa paras selepas semalaman dibiarkan di dalam fridge..
Tunggu untuk dipotong..

Nie pulak rupa paras lepas dipotong...siap berbelang2 gituu..walaupun x berapa cantik marblenya n agak comot tapi okey laa utk 1st trial kan..len kali nak try marble dgn kaler lain pulak..hihi..
Nak cuba gi laa google kat blog Cikgu Hana tu yer..sekian!

Friday, February 17, 2012

~ aPaM poLKa dOt ~


Lagi n3 terperam...kali nie nak tayang rupa apam polka dot yg dihasilkan buat kali pertama dari dapur Cikgu Ieda...kiranya 1st trial laa nie..
Sebelum nie dok tengok jer org buat sambil tayang gambar apam polka dot diorg yg kiut miut tu..dalam hati fikir mesti susah giler nak buat sebab kecik2 cinonet mcm rumit jer prosesnya...
Sampai laa pada suatu hari aku ditemukan dgn satu blog yg menunjukkan proses membuat apam nie step by step..aku tak reti nak letak link blog tu kat sini tapi kalau yg teringin nak tengok tu bolehlah google ' proses membuat apam polka dot' kot x silap aku..kat situ mmg dia tunjuk satu persatu stepnya..sangat mudah..;p
Memandangkan kat rumah aku xde banyak pewarna makanan..so belasah laa guna warna kuning,pink dgn putih sajer..lepas2 nie boleh laa tambah lagi koleksi pewarna makanan nie..;-)

Nie langkah pertama, susun cup dalam acuan kuih lompang nie...pastu letak dlm periuk kukus..

Lepas isi lapisan bawah tu, letakkan sikit inti..aku gunakan jem strawberi..boleh gak ganti dgn peanut butter ke..jem2 lain ke..tapi aku igt lain kali nak picit Choki2 tu jer laa..anak2 pun suka..yg jem nie depa x berapa gemor..;p
** Abaikan teknik aku yg selekeh dan comot itu..maklumlah aku nie dah laa 1st timer..xde cukup kelengkapan plak tu..sepatutnya guna piping bag, tapi sebab xde aku belasah jer guna sudu kecil..tu pasal yg terkelua2 acuan tuh..haha

Lepas dah letak inti..letak lagi lapisan kat atas inti tu..lepas tu buat laa dot2 nya..
Kukus selama 45 minit..selamat mencuba..
Kat bawah nie resipi yg aku follow..aku ambik dari blog Hanamemories..
Bahan-bahan

• 3 biji telur - dari peti sejuk

• 275 gm tepung gandum

• 220 gm gula halus - hana kurangkan

• 150gm susu segar

• 3 sudu teh baking powder

• 1 sudu kecil ovallete

• Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

• Pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan blueberry filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:

• Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).

• Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Thursday, February 16, 2012

sEhaRi di PanTai meRDeKa


Assalamualaikum. salam hari Jumaat penghulu segala hari...
Hari nie malas nak cakap banyak2 nak terus straight to the point nak update blog yg dah bersawang ni...
lantak gasak laa bende dah hampir sebulan berlalu pun baru aku nk terhegeh2 update..nk wt mcmane..kesibukan melanda diri...;p
Nak story psl sehari kami di Pantai Merdeka ritu...memang best laa sebab lama x datang sini..anak2 pun kemain teruja dpt tengok laut n naik bot..hihi
Kami parking kereta kat Tg Dawai then naik bot ke Pantai Merdeka...bayaran cuma RM2 utk dewasa n RM1 kanak2...


Muka 2 beranak yg teruja dapat naik bot! Agaga..


Sama laa jugak kisahnya dgn dua beranak yg perempuan nie..haha

Harussss snap gambar..ermmm,sebenarnya banyak kenangan dan sejarah kat Pantai Merdeka ni dalam kamus hidup aku..kat sini laa tempat dating2 zaman muda dgn ex boypren dulu..malah kat cni laa jugak tempat perkenalan org kata..hmm..tu kisah dolu2 laa..la nie masing2 dah ada life so life must go on..;p

Dah banyak berubah..kalau dulu x berapa nak cantik dan agak tidak terjaga..
Kini, dah agak maju dan bersih persekitarannya..


Dalam panas2 terik mcm nie pun ramai jugak yg gigih nak mandi laut! Anak2 aku kemain laa merengek nak join sekali tapi memang x cadang bawak baju mandi pun..malas laa nak kejar2 diorg  bajet2 jadi Pamela Anderson dlm Baywatch tu...x kuasa mak!


Okey, lain kali boleh datang terus parking kat sini plak..tempat pun banyak utk camping or picnic..
Pendek kata..Pantai Merdeka memanggg besttt!!;-)

Thursday, February 9, 2012

ABC JERAI @ PANTAI MERDEKA

Memandangkan buat masa nie aku x boleh nak upload gambar banyak2 macam dulu...jadi aku upload laa barang sekeping dua gambar per entry...janji dapat update blog kesayangan nie..sedih owhh dok keluar masuk jer xde story kisah2 seharian untuk dikenang di hari tua..ecece!!!
Kali nie nak letak sekeping gambar yang mungkin menggoda jiwa dan raga sesiapa sahaja...nak2 lagi bila berepan dgn cuaca yang panas membahang mcm kat bumi Pendang nie...alamatnya, kalau dapat pekena nie..semangkuk sorang pun kejap jer licinnnn...huhu
Perkenalkan..nama ABC or ais kacang nie ialah ABC Jerai...nama jer ABC Jerai tapi hanya terdapat di Pantai Merdeka sahaja! Tok sah dok meghoyan naik sampai ke puncak Gunung Jerai yer semata2 nak cari bende alah nie..gi jer naik bot dr Tg Dawai or terus tala ke Pantai Merdeka sendiri...cari kat food court di situ..ada banner besar gambar ABC nie...
Harganya sangatlah berbaloi sebab satu mangkuk besar n tinggi menggunung nie..siap pacak aiskrim kon mcm nia hanyalah RM5 sahaja! See..murah kan?? 
Kami order satu jer konon2 x boleh habiskan..sekali kami laki bini jer dah sampai x cukup pekena semangkuk nie..Tyea makan aiskrim jer..Isyraff?? Dia x layan ABC nie..haha..lain kali kena order 2 mangkuk baru afdhal untuk orang2 'berperut tempayan' dan 'bernafsu naga' seperti kami..LOL!
Bestt n highly recommended! Kena cuba kalau sesat ke Pantai Merdeka ye!..;-)

Wednesday, February 8, 2012

Quick Update!

Assalamualaikum alls!!
Yaa Allah rindunya nak update n3 baru kat blog nie..
Susah betul nak update blog guna Maxis Broadband yg ada kuota2 penggunaan nie..belum cukup sebulan dah terhad penggunaannya!
Cukup 6 bulan kontrak memang CONFIRM  tukar yang lain laa..;-)
Hari nie nak singgah cakap tu jer..
Insya Allah ada lebih masa nanti aku update story bergambar seperti biasa..
Macam x meriah jer hidup kalau dah biasa update blog tiba2 tak boleh update..
RINDUUUUUUUUUUUU....;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...