CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Monday, August 5, 2013

Biskut Samperit Susu

Assalamualaikum...lama x menjengah kat blog ni..kali ni, sempena mengambil mood lebaran yang bakal tiba tak lama lagi maka eloklah kita buat n3 yg berkaitan dgn Aidilfitri. Sana sini blogger masakan dok tayang biskut raya masing-masing. Aku pun nak tumpang sekaki laa...walaupun amatur dalam bidang "mengkukis" ni...tak kisah laa kan? Janji aku mencuba jugak...tapi biskut yg simple2 dan tak bahanyak bahan laa..yg complicated tu order yg dah siap sudahhh...kang kesian pulak org yang jual biskut tu tak laku, ye dak ?? Hehehe...

Okey, nak share satu resipi biskut iaitu Biskut Samperit Susu...every year mmg biskut samperit masuk dlm lisst biskut raya yg aku akan buat...sebab mudah, simple dan sedap...selalunya aku buat samperit biasa..ala yg guna tepung kastard tu...tapi tahun ni saja nak tukar selera sikit..guna resipi Samperit Susu..masa mula2 dgr pasal Samperit Susu ni...dalam kepala otak terbayang ~ SUSU TEPUNG ! Rupa-rupanya sangkaanku meleset sama sekali...guna susu pekat rupanya wehhh...hmmm lagi mudah! So, aku pun try laa buat...guna resipi yg aku ambil dari blog ReenKhan. Tq yer akak..mintak halalkan resipinya yer..Alhmdulillah, gebu gebas n it's melt in my mouth uols!!! Ekeke...Cer tengok gambar kat atas...gebu tak? Gebu tak?? Ehehehe...ni resipinya yer puan-puan :


BAHAN BAHAN

250GM BUTTERCUP
1/2 TIN SUSU PEKAT
100GM TEPUNG UBI
450 GM TEPUNG JAGUNG
1 SUDU TEH ESEN VANILA

UNTUK HIASAN
COKLAT CHIPS
COKLAT RICE

CARA CARA

1.BUTTER DAN SUSU PEKAT DIPUKUL SEHINGGA SEBATI TETAPI TIDAK PERLU PUKUL LAMA SANGAT..JIKA PUKUL LAMA  BILA DI BAKAR KUIH AGAK KEMBANG

2.MASUKKAN TEPUNG UBI DAN TEPUNG JAGUNG DAN TELAH DI AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

3.REEN GUNA ACUAN SEMPERIT PECAH 15.JIKA TIADA BOLEH TERAP BENTUK YANG DISUKAI

4.BAKAR PADA SUHU 150C 15MINIT-20 MINIT REEN GUNA API BAWAH SAHAJA.
 SUHU KENALAH FOLLOW OVEN MASING2 YE ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...