CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Tuesday, August 6, 2013

Biskut Mazola aka Biskut Kacang


Hai semua...redup jer cuaca kat bumi Pendang ni...projek "mengkukis" diteruskan lagi dgn biskut ke 5 utk tahun ni iaitu biskut wajib Biskut Mazola aka Biskut Kacang...
Aku ni, mana yang mak aku biasa buat dan sajikan untuk Hari Raya, yg tu laa aku teruskan...lagipun biskut oldskool macam ni mudah dan tak rumit cara pembuatannya..bahan2 pun boleh kata senangnak dapat...so, marilah kita membuat biskut ni yer adik2 sekalian...aku ambik resipi mak aku 

BISKUT MAZOLA A.K.A BISKUT KACANG

1 kg kacang tanah ( disangai, buang kulit dan mesin halus)
1 kg tepung gandum ( ayak )
1ct baking powder
500 gram gula icing
Secubit garam
700ml minyak jagung ( aku guna minyak Mazola )

Hiasan : 
Kacang tanah 
3 biji kuning telur  + sedikit pewarna kuning telur

Cara membuatnya : Masukkan tepung gandum, baking powder dan gula icing ke dalam mangkuk. Gaul rata. kemudian masukkan kacang tanah yang telah dimesin halus. Masukkan garam. Gaul rata2 lagi. Then masukkan pula minyak jagung. Agak2 yer jangan terlembik or terkeras pulak. Agak2 dah boleh kepal dan bulatkan kira ngam ho laa tuh..

Bentukkan sesuka hati. Macam aku, aku prefer gentel bulat2 then letak kacang tanah sebagai hiasan. Then sapukan kuning telur kat atas biskut ni. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit ( depends pada oven masing2 yer )

Selamat mencuba ! :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...