CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Thursday, January 19, 2012

roTi jaLa + kaRi daGinG beRkeNTaNG


Assalamualaikum alls..
Salam hari Jumaat..penghulu segala hari..
Korang watpe jer? Bagi yg dok area KL tu specially member2 n anak2 murid Cikgu Ieda kat Selayang tuh ofkos baru jer balik dari sekolah..
Cikgu Ieda kat Kedah nie dah start bercuti hari nie..
Macam biasa time cuti nie laa nak mengemas rumah semua..bangun pagi2 dah basuh kain (handwash yer sebab mesin dok dlm stor gara2 bahagian dapur x siap lagi!), sidai kain then menyapu,mop satu rumah...
Lepas tu hubby balik dari pasar suruh masak kari daging campur kentang..
Cikgu Ieda okey jer sebab dari semalam dah plan nak MENJALA..
Err...membuat roti jalan yer..bukan gi menjala ikangGGGGG..hihi..
So, alang2 nak menjala tu kene masak lauk nak gengkan dgn roti jala so masak laa kari daging kentang tu..dah lepas makan nasi, leburkan jer roti jala makan jugak dgn kuah kari yg sama..sonang bah ituuuuuuuuuuuu...hihihi..


Wat setengah kilo jer..x gigih laa nak menjala sambil berdiri kat dapur tuh..huhu..
Resipi? Senang jer...aku leburkan setengah kilo tepung gandum dgn 2 biji telur dan serbuk kunyit. Pastu masukkan air ikut kesesuaian iaitu x terlalu cair or pekat...agak2 biar smooth jer turun masa nak menjala atas pan nanti..



Setengah kilo dapatlah banyak nie..
Ermm,bawak bekal sikit nak bawak balik umah mak ayah petang kang..maklumlah dh dekat dgn mak ayah nie suka sgt masak-masak sebab ada ramai org boleh makan..
Till then..cau cin cauuu..

LUAHAN HATI KECIL SEORANG INSAN BERGELAR GURU..

Senario kat sekolah pagi tadi : 
Lepas event dgn VVIP JPN tadi..ada Hari Titian Kasih a.k.a report card day..
Saya merupakan guru tingkatan 5E..kelas paling corot di SMoKBJ..pelajarnya terdiri drpd 17 org pelajar lelaki dan 5 org pelajar perempuan..
Jujur saya akui, seawal menggalas tanggungjawab sbg guru tingkatan mereka, saya agak kecewa dan rasa cuak memandangkan saya rasa agak tercabar dgn status saya sbg seorang guru baharu di sini dan diuji pula dgn cabaran utk menerajui sebuah kelas yg paling senior dan tercorot di sini! Macamlah sekolah yg kelihatannya lebih ramai guru lelaki berbanding guru perempuan nie kekurangan guru lelaki untuk mengawal pelajar-pelajar hard core dari kelas yg paling digeruni nie..ini telahan saya semata-mata kerna saya bercakap berdasarkan pengalaman mengajar di kelas-kelas hujung sebelum ini..
Hati berdebar2 hanya Allah swt sahaja yg tahu ketika kali pertama melangkahkan kaki masuk ke kelas mereka..terasa bagai orang asing tercampak di suatu tempat yg jauh di sudut dunia! Dengan mata2 mereka yg memandang saya dgn begitu dingin dan lebih mengecutkan perut ialah apabila mendapati sebilangan besarnya adalah pelajar lelaki yg berwajah ala2 tak puas hati dgn saya! Hanya Allah sahaja yg tahu betapa saya gugup semasa memperkenalkan diri dan mengadakan sesi suai kenal dgn mereka..
ALhamdulillahh…ternyata jangkaan saya tentang mereka meleset sama sekali! Betullah ada pepatah Inggeris mengatakan “don’t judge a book by it’s cover”. Rupa-rupanya, mereka nie kebanyakannya wajah sajer ketat tapi ‘dalam hati ada taman’…hihihi..macam biasa, saya percaya kaedah diplomasi  dan motivasi lebih sesuai utk pelajar2 sebegini.. saya gunakan pendekatan memuji+memujuk  dan bertanya ttg kehidupan seharian mereka..
Ternyata, mereka hanya anak2 desa yg begitu jauh sekali bezanya dgn anak2 kota..Rupa paras agak comot,maklumlah anak desa yg tak pandai bergaya..kebanyakan berkulit gelap..bila sembang2 ramai yg dah mula selesa dan mengakui yg mereka dtg dari latar belakang keluarga yang susah..rata-ratanya merupakan anak peladang,pesawah,penoreh dan penjaja…
Mendekati pula pelajar-pelajar yang seringkali  tidak hadir ke sekolah, saya akhirnya membongkar rahsia hidup mereka yg agak perit…ada yg mengakui terpaksa ponteng sekolah lantaran kesempitan hidup dan tuntutan untuk mencari sesuap nasi bagi membantu keluarga mereka..ada yang mengambil upah menanam dan menuai padi, menjadi penumpang lori getah seawal jam 5 pagi untuk menoreh getah di ladang tatkala ibu bapa tidak sihat dan ada juga yang terpaksa menjadi penjual ikan di pasar-pasar pagi di sekitar kawasan di sini..maka tak hairanlah kadang-kadang saya dapat lihat fizikal mereka agak keletihan dan comot serta boleh menghidu bau getah sekerap bila berada dlm kalangan mereka!
Sungguh pun mereka ditempatkan dalam kelas tercorot, tetapi saya kagum dengan semangat mereka untuk menceriakan kelas mereka..semuanya dilakukan sendiri daripada menampal papan kenyataan di hadapan dan belakang kelas,siap renda2 bunga2 semua! Yg perempuan hanya duduk goyang kaki bersama-sama menyiapkan bahan-bahan tampalan dan selebihnya hanya pelajar lelaki yg akan menguruskannya..
Hari Sabtu lepas, mereka bersusah payah datang ke sekolah seawal jam 8 pagi untuk mengecat kelas mereka, malahan saya sgt teruja melihatkan kegigihan dan inisiatif mereka mengecat meja yg kelihatan agak uzur sehingga menjadi cantik semula! Tahniah kpd pihak pntadbiran juga kerana menyediakan segala kelengkapan untuk menceriakan kelas mereka..
Pagi tadi, sekadar menjenguk ke kelas mereka, terdengar keluhan drpd beberapa org pelajar lelaki yg tidak berpuas hati kerana kelas mereka tidak berlangsir seperti kelas2 lain memandangkan kain langsir baharu sahaja dibeli oleh penyelaras tingkatan..
Paling syahdu..tepat jam 12.00 tgahri iaitu setengah jam sebelum waris dtg, mereka kelihatan gigih memasang langsir!
Sambil kehairanan+ kagum saya bertanya bagaimana langsir tersebut boleh siap dijelujur cantik..dgn selamba pelajar2 lelaki tersebut memberitahu itu adalah hasil kerja mereka yg tak seberapa di bilik jahitan setengah jam sebelum itu!!! Menurut mereka, menjahit bukan perkara yang asing bagi mereka kerana mereka sudah terbiasa menjahit pakaian dan kasut yang koyak di rumah! ;-(
Ya Allah..sekali lagi macam nak menitis air mata saya mendengar pengakuan mereka…air mata yg bergenang cepat-cepat saya tepis ke tepi..
PELAJAR LELAKI MENJAHIT LANGSIR? DALAM MASA TAK SAMPAI SETENGAH JAM?
It’s not a BIG issue  tapi saya mcm janggal sebab selama nie saya tak pernah terfikir utk bertemu dgn pelajar2 yg begitu bersemangat dan langsung tidak berkira untuk membantu guru! 
ISUNYA DI SINI IALAH…MEREKA LANGSUNG TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI..MALAHAN BEREBUT-REBUT UNTUK MENCANTIKKAN KELAS MEREKA TANPA PERLU SAYA TERJERIT-JERIT MERAYU PERTOLONGAN MEREKA..
Saya puji usaha mereka untuk menjahit langsir tersebut sehingga  berjaya dipasang di kelas mereka..tanpa berkira-kira saya belanja mereka makan dan minum di kantin sekolah…puas hati dgn usaha mereka..
YAA RABB                           
Saya begitu simpati dan tersentuh dgn kekurangan diri anak-anak didik saya yang baru ini..
Saya sedar, mereka  anak-anak yg daif dan tidak didedahkan dgn hidup serba kemewahan..
Anak-anak yg lemah lagi memerlukan bimbingan..
Anak-anak yg cetek ilmu pengetahuan namun saya cukup YAKIN DAN PASTI..
DI MANA  KEMAHUAN..DI SITU ADA JALAN..
Kau berikanlah aku kekuatan dan kesihatan tubuh badan untuk terus mendidik mereka..
Sekiranya mereka GAGAL untuk menjadi pelajar cemerlang..
Sekurang-kurangnya KAU berikanlah aku kekuatan untuk menjadikan mereka INSAN YANG BERGUNA di masa-masa yang akan datang..
Kerna saya begitu terpanggil untuk membantu mereka apabila mereka seringkali menyejukkan hati dan perasaan saya dgn perbuatan dan percakapan mereka yg kelihatannya sangat menghormati seorang insan yang bergelar GURU..
Insya Allahh..saya percaya ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BERKUASA KE ATAS SEGALA-GALANYA!
Semoga anak-anak didik saya ini diberkati dan diterangkan hati mereka untuk terus menimba ilmu..
Aminnnnnnnnnnn…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...