CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Monday, February 28, 2011

sUp keTam peNawaR deMam denGGi..??

Ramai orang kata...malah doktor sendiri pun kata..demam denggi nie takde ubat spesifik yang boleh menyembuhkannya..kalau gi klinik atau hospital pun takde ubat khas yg boleh diberikan utk menyembuhkan penyakit neh..balik2 pun doktor advice suruh patient minum air banyak2 dan minum air 100 Plus berbotol2 untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan menaikkan platlet darah..
Bagi keluarga aku yg masing2 pernah ada sejarah penyakit nih, kami dah boleh detect seandainya kami diserang demam yang agak 'semacam' berbanding demam2 biasa..
Bagi aku sendiri, dah 2 kali seumur hidup diserang demam denggi nie..tapi mujur dapat detect masa early stage so takde laa warded kat hospital...1st time kena masa tahun 2004...masa tuh tengah sarat preggykan si Tyea nie..tak silap aku masa tu mengandung 6 bulan..jenuh gak laa miang2 satu badan dok tergaru2 operut yang tengah memboyot tuh! Simptom2 lain memang ada mcm sakit kepala, lenguh sendi n berat kat biji mata..kali kedua masa tahun lepas..
Hubby pun dah pernah kena sekali..ngam2 pagi raya warded kat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar..then x pasal2 pada hari yg sama jugak Tyea kene warded sebab penyakit yg sama..bayangkanlah, pagi raya okey! Orang lain syok pi makan ketupat ziarah sanak sedara, kami beraya kat dlm hospital!! Dah laa time tu aku tengah sarat mengandungkan si Isyraff!! Macam nak patah pinggang tidur kat sofa spital sebab jaga si Tyea nie..
Pendek kata, semua dah pernah kene except si Isyraff jer..maybe sebab area tempat tinggal aku nie familiar sgt dengan kes demam denggi agaknya!
Sekarang nie dah seminggu aku x sedap badan, panas on-off jer..then berjangkit2 plak dgn mr hubby, Tyea then sekarang nie si Isyraff plak demam panas! Tadi bawak dai pi klinik doktor cakap kalau x okey jugak, Rabu nie kene gi ambik darah wat blood test..
For us, dah berbotol2 gak laa menelan air 100 Plus tuh...tapi dengar org kata, sup ketam pun elok untuk menyembuhkan demam denggi atau simptom2 demam denggi nie...terus semalam gi beli ketam then sekarang baru sempat wat sup nie...org kata ikhtiar laa ape2 yg patut,kan? Harap2 lepas nie demam semua org kat umah nie makin kebah laa...Aminn...
Pernah dengar, ada patient tu yg pada mulanya ditahan di hospital akibat denggi dgn platlet darahnya 19 sahaja! Dengan izin Allah, lepas minum sup ketam, platlet darahnya meningkat kepada 40 sehingga menyebabkan doktor n nurse pun terperanjat! Dengan happynya dia discharged dr hospital pd hari yg sama..Alhamdulillah...
Resipi Sup Ketam aku :
6 ekor ketam
Kentang
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sup bunjut Adabi
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Garam,serbuk perasa
Cara2membuatnya :
Tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang ditumbuk sampai garing dan naik bau. Masuk ketam n kacau perlahan2 biar sampai bau ketam agak wangi. Masukkan air secukupnya. Masuk sup bunjut,kentang, garam dan serbuk perasa. Tunggu sampai kentang empuk. Tutup api n ready to serve!
Selamat mencuba!

Saturday, February 26, 2011

uDanG maSak leMaK ciLi aPi reBunG

Nie menu untuk lunch kitorang hari nie...terliur sebab banyak kali sgt dok bertandang ke blog Model-80an kita Kak Nani Rostam yg anggun dan pandai memasak tuh..teruja betul setiap kali masuk ke blog dia..x kira laa cara dia menata rias rumah ke,menghias wajah ke dan paling kagum sekali bila tengok hasil airtangan dia memasak dan menghidangkan makanan utk family dia..walaupun masak kat umah, style hidangan mengalahkan hotel 5 stars gitu..hehe..
Ada sekali tu masuk blog dia ternampak laa pulak gambar ketam masak lemak cili api campur rebung..macam x biasa plak..selalu aku makan udg campur rebung..terus craving! Pagi tadi lepas subuh dah gigih merempit dgn hubby ke NSK cari udang dgn rebung semata2 nak menjayakan projek menggigih kali nie..
Layan gambar jom...
Nie laa rupa parasnya Udang Masak Lemak Cili Api Rebung from Cikgu Ieda's kitchen..;-)
Cara2 yg mudah bangett ..kanak2 ribena pun boleh masak laa..hihi..
Bahan2:
Udang sederhana besar
Rebung jeruk
Santan pekat + santan cair
* Kunyit hidup
* Cili Api
* Bawang merah
Garam
Serbuk perasa
Serai
Cara2 membuatnya :
Tumbuk bawang,cili api dan kunyit hidup..leburkan dlm periuk sekali dgn rebung,serai dan santan. Tunggu mendidih masukkan udang. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa.Bila rebung dah agak2 lembut, tutup api n ready to serve!

meSYuaRat aGuNG piBG 2011

Salam hari Sabtu!
Hari nie Sabtu bekerja bagi kami warga IH sebab ada buat Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-19..
Kali nie start lewat sikit sebab tunggu VIP DUN Templer YAB Dato' Subahan Kamal datang utk merasmikannya..
Kul 10.30 baru start..mcm biasa, jumlah guru yg melebihi jumlah parents! No wonder laa nanti sebarang ketetapan yg diputuskan semasa Mesyuarat Agung PIBG nie ada jer yg pertikaikan..tu laa..masa meeting xnak bagi komitmen, bila dh capai keputusan time tu laa ramai2 pakat2 nak komplen!Itu tak kene,sana-sini tak stuju..haizzz!!
Buku Program

YAB Datuk Subahan Kamal..selalu dok tangok kat TV jer..kali nie tengok secara live okey!

Dengar ucapan dari puan pengetua plak..
Gambar blurr sbb malas nak gi snap kat dekat2..


Persembahan puisi pelajar

Agenda wajib...
Bila si sawan kamera bertemu dgn sawan kamera..beginilah jadiknya!


Nor, Wida n Kak Sok

Oooppss!!Kami lagiii..






Friday, February 25, 2011

tHe faCEBLoG..

class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

500 seT keRtas soaLan ku keRJakaN seCara soLO...

Hari nie hari Jumaat..selalunya kalau hari Jumaat , tak kira students mahupun teachers akan berpusu2 untuk pulang awal ke rumah..tapi, lain plak bagi hari Jumaat aku hari nie..tak excited nak balik awal sebab dalam kepala otak dok terbayang kertas ujian BM Tingkatan 4 yang masih belum distapler(sorry sebab tak jumpa istilah lain!)..Actually dh hantar ke pejabat utk diriso oleh kerani pd hari Rabu yakni sehari selepas aku MC hari Selasa..manalah tau kerani plak MC kelmarin iaitu hari Khamis..nak x nak hari nie baru siap then hari nie jugaklah sempat nak stapler semua kertas2 soalan sebanyak 500 set itu!
Mujurlah cuma kertas ujian! Bilangan mukasurat pun cuma 2 muka surat sahaja..tapi keseluruhan proses nak semak guru yg masuk mengawas, guru penyemak kertas,nak tulis cover depan plastik soalan tu, nak staplerkan, nak kira bilangan pelajar sekelas, nak kira plak test pad yg diperlukan then nak seal plastik2 soalan tuh,semuanya mengambil masa dari pukul 12.30 tengahari hinggalah 3.30 petang! Semuanya ku kerjakan sorang2 dgn tulang 4 kerat+kepala pening+pusing+tekak yg perit! Malas nak mintak tolong cikgu2 BM yang lain memandangkan diorg pun bz dgn tugas diorg masing2..
Ape2 pun happy sebab balik umah dengan dada yang lapang sebab dah siapkan soalan2 tu..tinggal nak potong benang ikat pengikat kertas soalan jer lagi..itu pun bawak balik nak potong kat rumah! Hehehe...
Okey, bagi yg tak tau bagaimana rupanya proses nak staplerkan kertas2 exam dibuat, jom laa tengok gambar2 yg x seberapa kat bawah nie..


Tuu laa rupanya!
Benda2 yg wajinb ada mestilah kertas soalan, plastik utk isi soalan, cover soalan utk nak tulis details kat depan kertas soalan tu, stapler n bullet, pen n salotape..
Buat keje nie ade pro n kontra dalam kaedah2 menyiapkannya..
Kalau ada geng nak stapler, takder laa boring n menyumbang kepada rasa mengantuk sebab hanya bertemankan bende2 nie semata2!
Tapi kalau ada geng pun, kadang2 gbergossip jer lebih sampai kadangkala mulut jer laju dari tangan! Hahaha..
Masing2 ada pro n cons!;-)
So, utk soalan BM Tingkatan 4 dah settle!
Harap2 anak2 didik baruku dari 2 kelas tu mampu membuatkan aku tersenyum gembira dgn result diorg nanti!Aminnn..

Thursday, February 24, 2011

tuDunG caNtik, sUaRa maCaM itiK...

Dah 2 hari suara serak2 itik...mula2 tekak jer rasa perit..then pagi Khamis tu dah mula mcm serak2 then bile dh masuk tengahari skett dah masuk kelas ngajar n macam biasa terjerit2 nak diamkan budak2..mula laa hilang power suara aku nie..punyalah perit+seksa hanya Allah swt jer yg tahu!
Akak2 kat sekolah tu plak kemain laa dok puji2 berkenan sampai akak tokey kantin tu pun sama berkenan dgn shawl Pakistan Glam kaler dark purple yg aku pakai gi sekolah hari nie...sambil2 tegur tu dok bergurau senda laa..diorg cakap..ishh!!tudung kemain glamer ngalahkan pengantin blink2nya! Tapi sayangnya suara mcm itik serati! Huhuhu..sampai hati depa! Sampai keluar meeting dok terbawak2 gurauan itu..hihi
Budak2 kemain lagi gelakkan aku bile dengar suara aku cenggini..paling x boleh blah time aku bertugas jaga pintu pagar utk tahan budak2 yg dtg lewat..konon2 nak sound diorg laa..sekali biler diorg dengar suara aku yg parau ala2 nie..diorg bantai gelak! Huhuhu..kurang assem jawa betul budak2 neh..huhu..
Hari nie pun masuk kelas bajet2 taknak ckp banyak2 sgt..tapi bila dah terbiasa dgn bercakap+terjerit2 tiap2 ahri nie..rasa mcm janggal plak nak berkomunikasi dgn bahasa isyarat semata2! Nak taknak gagahkan jugak sampai kadangkala aku sendiri naik takut dengar suara sendiri yg dah mengalahkan suara pondan! Auwwww...
Ikutkan memang x larat nak ke sekolah, badan pun panas macam panas kat dalam jer xnak keluar2 bahangnya..tapi demi budak2 kat kelas tu..aku gagahkan jugak laa.lagipun takut diorg takleh jwab soalan exam nanti sebab bdk2 form 4 tu masih tak biasa dgn soalan2 berformat SPM nie..harap2 berbaloi laa bila keluar resultnya nanti..Aminnn..

Wednesday, February 23, 2011

PERJUMPAAN MINGGUAN PANDU PUTERI SMKIH

Hari nie Rabu, mcm biasa 2 minggu sekali kami akan adakan Perjumpaan Mingguan Pandu Puteri..
So, macam biasa buat perjumpaan kat Laman Intelek..still aktiviti indoor sahaja! Masih belum start dgn outdoor xtvt macam kawat kaki..Insya Allah, perjumpaan akan datang dh kene buat xtvt kawat yg basic2 neh..biasakan diorg supaya xde laa jadi “Puteri Lilin” sepanjang masa!

So, hari nie aktiviti kami ialah lebih kepada Ilmu Simpulan dan Ikatan..lebih kepada ikatan gajet iaitu tripod..kredit to member sepasukan Kak Anim yg bawak balik ilmu yg sgt berguna masa dia attend course Pembinaan Gajet kat SMK Taman Melawati on that day..tq Kak Anim!!;-)

Budak2 pun Nampak teruja dan interested nak belajar lesson today..maybe sbb sebelum2 nie x sempat nak buat ape2 xtvt sebab kekangan masa dan meeting,taklimat segala!

Jom layan gambar2…














I’M noT feeling well..

Dah 3 hari rasa x sedap badan..macam panas kat dalam badan tapi xnak keluar2..makan ubat kejap kebah kejap panas balik…mata pun dah rasa panas berair jer..badan rasa lenguh2 sendi segala..kepala pun rasa berat semacam..nak baring jer sepanjang masa..

Malam kelmarin dulu, sebelum tido dah telan 2 bijik Panadol dgn harapan esoknya everything’s will be okey..tapi bangun2 pagi jer kepala masih lagi rasa berat, badan pun panas then rasa mcm bahang panas tu xnak keluar..dok terperangkap kat dlm badan nie jer rasanya..then tup2 perut plak memulas2 kat sebelah kiri..then macam berangin satu badan kejap senak kat ulu hati, kejap rasa senak kat belakang..letak minyak Yu Yee dengan harapan boleh buang angin..tapi x jugak okey..nak tak nak terpaksa laa call pejabat bagi tahu kene ambik MC sebab x daya nak gi sekolah..

Lepas telan 2 bijik Panadol lagi, siap2kan Tyea utk dia gi sekolah..pastu aku bantai membuta kat dlm bilik dgn Isyraff sampai laa sedar semula pada pukul 12.30 tengahari! Itupun terkejut dengar Tyea ketuk pintu rumah macam nak pecah pintu sebab kami membuta dlm bilik yang berkunci! Ish…tido mamp*s betul!! Hak3x..

Petangnya, pegi klinik jumpa doctor then doctor cakap demam virus, biasa laa musim demam sekarang nie..so dia bagi ubat demam, tahan sakit, antibiotik,ubat sakit tekak dengan MC utk semalam…balik makan ubat then tido..zzzz

Pagi tadi, still sama jugak..badan masih panas then yg tak tahan tekak rasa perit semacam..haihh..macamana laa nak ngajar nehhh?? Takkan laa aku nak bisu jer sepanjang masa…konpem perit tekak kalo jerit2 nanti..huhu..

Nak tak nak kalo dah masuk kelas, konpem laa kene jerit2..makin jerit makin sakit tekak aku neh..habis segelen air masak yg aku bawak..dah habis siap beli lagi air mineral kat kantin..

Konon2 xnak stay untuk perjumpaan Pandu Puteri hari nie..tapi kesianlah pulak tgk member2 aku tu..so, stay jugaklah sampai kul 2.30 petang baru balik umah…

Sampai umah, mula laa baring2 then masa dok kat depan kipas tu baru perasan aku mcm gatal-minag semacam jerk at dua2 lengan…garu2 then check tengok ada bintik2 kecik jer…macam bintik2 berair yg sgt aku geruni >>>>>>> CHICKEN POX!!!

Haizzz..terus call hubby gtau,.dia ckp tengok betul2 ntah2 gatal2 biasa jer kot..huhuhu..aku pun harap2 sgt laa ianya BUKAN CP!!..Serik dowh kene masa Tingkatan 2 dulu…miang2 mcm kene lumur garam kunyit pun ada masa tuh! Berkemban jer all day long!! Satu lagi, takut sgt dengan parut2 CP tuh..sampai laa nie pun ada sebijik besar parut CP siap berlopak besar lagik kat tengah2 pipi kanan aku neh..ngeri dowhhh..huhuhu…

Ape2 pun aku harap, demam aku nie cepatlah kebahnya…dan harap2 jugak ianya hanya demam biasa dan BUKANNYA CP!! Huhuhu…
Doakan aku cepat sembuh yer kengkawan!! Susahlah nak wat keje kalo badan x sihat nehh..;-)

Sunday, February 20, 2011

AVON : Campaign 4,2011.

Dah lama rasanya tak wat n3 pasal kunjungan ke Avon...sebelum nie pun x pernah missed pergi tiap2 bulan tapi tek sempat jer nak wat n3 kat blog nie..kali nie memandangkan dah xde hutang n3 yang terdahulu, maka nak buat laa n3 psl Avon nie..


Sedar x sedar dah Campaign 4 dah rupanya! Kebetulannya ramai member order barang2,so lepas hubby balik OT ajak dia ke Butik Avon kat Selayang Point utk ambik barang2 order kengkawan dan jugak barang2 sendiri...let's cekidouttt..


Risalah Kemuncak Campaign 4




Hasil pembelian hari nie..;-)


Ini dia barang-barangnya..






Total pembelian : RM139.00

Mujurlah aku credit delaer..kalo tak kopak gak laa time2 belum gaji nie..hehe



Butterfly Set - 2 set untuk 2 org kawan..



Imari Set order dari Kak Fida..

Dengan kaler tema dia..purple! Hehe..


Brooch yg simple n sweet nie pun Kak Fida punya


Sweet Honesty Forever Masni punya



Amani Bra



Hello Tomorrow Green Bag


Container order dari Sumayyah

Saturday, February 19, 2011

kaLumPang reSorT n tRaiNinG cenTRe

Salam hari Sabtu buat semua pembaca blog Cikgu Ieda!
Amacam hari minggu korang? Aku keje hari nie..ada skolah ganti hari nie..minggu depan pun sama, ada Mesyuarat Agung PIBG ..;-)
Hari nie gi sekolah macam biasa laa..ramai cikgu dari students..then mujurlah jugak ikut jadual hari Selasa, so, adalah bergumbira sebab jadual x pack n just dapat 1 relief sahaja!
Selebihnya banyak kat Makmal Komputer utk sesi dubbing suara untk bacakan skrip berkaitan Sejarah Sekolah utk ditayangkan masa Mesyuarat Agung PIBG nanti..
Erm...1st n new experience bagi aku...2 org lagi iaitu Kak Liza dgn Mazlan memang dah OTAI sebab dah pernah wat dubbing suara nie..
Alhamdulillah,so far so good..terpulanglah pada panel penilai nak pilih ke tak suara aku tu..yg penting aku dah lakukan yg terbaik mungkin..;p
Okey, enough citer psl hari nie..walaupun kat hati nie masih terbekas dgn sikap bdk2 semalam, aku gagahkan jugak sebab malas nak pikir panjang2 psl diorg tu..
Okeh!Tak nak sedih2 lagi..nak chill out then nak refresh gambar2 kenangan masa hari Ahad lepas..
Bawak anak2 gi mandi-manda kat bawah nie..
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


.

.

. Kalumpang Resort And Training Centre

Dekat jer dgn Tanjung Malim umah MIL aku..

Tapi tak singgah pun..dtg sini jer semata2..

Sebab dtg dgn Padel n Uya then Andy n Nor..

Mula2 diorg sampai dulu..kitorg lambat skett sebab aku dok menggigih goreng kueyteow dgn wat sandwich sardin..

Masa Uya sms ckp kene bayar RM10 per head kitorg tergezut giler babunz!

Perghhh...dolu2 masa zmn bercintan cintun..sini laa tempat lepak kitorg..tapi takde pun kene bayar2 segala..

Then bile sampai baru tahu rupa2nya kene bayar sebab masuk kat tempat xklusif neh..kira macam private park laa...bukan kat tempat umum yg kitorg biasa pegi dolu2..terus tak jadi nak boikot tempat neh..hehehe..

Then bile pikir2 balik..rasanya kat sini laa yg sekolah aku nak buat Kursus Kecemerlangan SPm tahun lepas..tapi tak jadi sbb masa tu penyakit kencing tikus tengah mengganas..

Ermm..sangat laa indah permai tempatnya..bolehlah korang bwk family pi mandi manda kat sini plak..nak bermalam pun boleh sebab ada chalet disediakan..sgt berpatutan n banyak kemudahan disediakan..;p

Tuu dia..excitednya!!

Abah sama naik excited dgn anak2..keh3x..

Laju jer menonong tinggalkan mama kat belakang ekkk...


Ada mini swimming pool for kids juga!

Teruja anak2 aku tgk pool neh..hehe



Sampai2 jer diorg dah dapat carik port baik punyer..ada teratak lagi tempat port barang2 dgn makanan kitorg..

Diorg pun dh sewa tempat BBQ then start laa acara menghidupkan api..

Sementara tu yg kaum ibunya sibuk dgn acara makan2..hehehe.,

masing2 dah kelaparan!

Mujur ada bawak bekal..;p

Kat atas tu dah rupa bibik kan, aku??Hehehe..

Makan dulu...baru berendam!


Then lepas makan,sesi berendam laa..

Tengok budak kat atas tuh! Teruja gilerrr..


Main pasir lebih dari main air!


Mak Yong yang teringin sangat nak berendam sebelum berpantang lama!


Deburan air yang sejuk dan menyamankan!



Mendamaikan!

Orang tak ramai sebab private area!
Best2..



Bakar jgn x bakar yer bang!



Sempat lagik laki aku pose!


Ayam bakar yg dimarinate oleh Pn Uya!



Sandwich sardin aku dah jadi sandwich bakar lah pulokkk!!!


Snap gambar depa dok mentedarah!


Nie acara ape nie??

Sipa sedia nak terjun beramai2 ker??

Newly weds tu okey laaa...

mak buyong tu tak yah laa ekk...

Uishhh!!Syoknye berendam!


Burung parrot yang bijak berbicara..

Baguss jer cakap "HAI" then siap tukar2 suara kejap laki kejap pompuan!

Mujur tak reti tiru suara pondan!!Muahahaha...

Encik Nyet yang merenung masa depannya sendiri!


Sesi bergambar beramai2 b4 balik!





Aku n Uya


Uya n Padel


Me n Hubby

+ anak



Me n hubby

+ anak-anak

PS: Memang syok giler laa bermanid manda n berBBQ kat sini..silalah bawak family anda dan berkunjung ke sini..tQ!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...