CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Sunday, November 11, 2012

BLUEBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum...hari keempat cuti sekolah bermula...mesti ramai kengkawan yg pergi bercuti2 Malaysia dengan family. For me, since mr hubby susah nak apply cuti or lebih tepatnya cuti tahunan dah habis, so terpaksa laa memerap  kat rumah sahaja! What a boring school holidays ( life kami dah x seperti dulu since mr hubby bekerja kat tempat baharu nie..no more jalan2 during weekend (dia cuti hari Khamis aku pulak kerja )....no more jalan2 cari makan kat tempat2 yg jauh2 sikit...sigh! Harap2 x lama laa keadaan nie...;-(
Okey laa..lupakan bab sedih2 x dapat pergi bercuti tu...whatever it is..life must go on...no turning back orang kata...so, nak isi masa cuti sekolah nie...apa kata aku try resipi2 baru (baru laa bagi aku, org lain dah lama try dah..)
Kali nie beranikan diri mencuba resipi Blueberry Cheese Tart...selama nie xde acuan then x tau pulak kat mana nak grab bahan2 nak membuatnya...tanya2 kat member diorang kata dekat Stadium Darul Aman ada sebuah kedai menjual bahan2 dan peralatan bakeri...so apa lagi..terus cargas ke sana dan beli bahan2 yang diperlukan...oh ya, resipi ni aku copy paste dari blog Kak Ita fromintankitchen.blogspot.com  suka sangat sebab Kak Ita tak lokek ilmu malah sudi buat step by step panduan bergambar gitu nak memudahkan tukang2 masak amatur macam aku nie...dah laa pandai masak, resipi pun hebat2...fotografi pun x kurang hebatnya...bangga ada anak Melayu yg terror dalam bidang masakan macam Kak Ita..saya copy paste yer Kak Ita...menjadi resipi yg akak bagi tu..Alhamdulillah tapi xde laa secantik hasil tangan Kak Ita...



Ok, secara jujurnya..rasa memang dah sama macam yang jual kat kedai bakeri tu...lagi sedap kot hehehe sebab filling blueberry dgn cream cheese tu sukahati kita laa nak letak banyak2 pun kan? Nak telan sendiri buat ape nak kemut2 dgn bahan-bahannya...cuma abaikan lorekan ungu kat atas cheese yg tak berapa nak berseni tu yer...masa belum bakar kecik molek halus berseni jer rupanya...bila dah bakar dia mengembang lorekan tu yg jadi gedabak lagu tuh..hehe...okey nie resipi aku copy paste dari blog Kak Ita yang Kak Ita copy paste dari blog Kak Azita x silap aku...

Tart Crust / Shell


Bahan-bahan :

170gm marjerin

50gm gula aising

1 biji telur Gred C

290gm tepung gandum

1 sudu kecil esen vanilla



Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :

Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Cream Cheese Filling



Bahan-bahan :

250gm cream cheese

50gm gula kastor / gula halus

1 biji telur Saiz B

½ sudu teh esen vanilla / esen lemon



Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.

4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.



Filling :

Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.


2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.

3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!

4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.

5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.

6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.

7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.

8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)

9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.

10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!





Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :

1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).

2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.

4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust

Okey...selamat mencuba yer kawan-kawan...;-)

Friday, November 2, 2012

mE & mY DNE ( De' Noorish Elegance Scarft )


Assalamualaikum wbt...
Phewwww...lamanya x datang sapu2 sawang kat siniiiiiiiiiiii...banyak betul cik2 puan spider dok bermastautin kat blog ni...
Bz apanya ntah aku sendiri pun x pasti..then bila mood nak update blog tu tiba, tup2 plak setting kat blog tu xleh nak upload gambar...lepas godek2 baru laa boleh..
Hmm..lepas nie Insya Allah blog ini takkan terbiar sepi lagi...nak update gak biar laa xde sapa nak baca pun..at least boleh dijadikan tatapan aku tatkala boring ;)
Okey laa..sebagai permulaan semula untuk update blog nie..aku nak post pasal Tudung De Noorish Elegance atau singkatan perkataannya DNE...
Hmmm...tudung nie patternnya lebih kurang tudung FNJ (Fareeda Nyata Jelita) laa..cuma brand yang berbeza..for me yg pernah mencuba kedua2nya...ternyata kedua2nya ada pro n cons masing2...
Cuma aku prefer DNE than FNJ disebabkan oleh harganya dan juga labuhnya...
Range harga DNE ni ialah RM160 untuk size M yang plain n printed RM165 untuk Semenanjung.
Yang kat atas tu adalah koleksi aku yg pertama..DNE Sakura Brooch..aku beli online dgn harga  RM160 ( gulp!! Second time aku beli tudung yang mahal..selalu dok belasah tudung pasar malam jer..huhu)
Berkenan sebab kombinasi warnanya yg soft n of course my fav colours too!! ;-)



My 2nd DNE :

Yang ni beli pre-loved kat FB gak...harganya RM120..berkenan sebab kebetulan kombinasi warnanya tu matching dgn baju kurung aku nie..lagipun brooch tu nampak unik dan menyerlah sebab warna merah..of course satu lagi faktor ialah sebab ada colour pink! Lol...
Macam biasa, snap gambar dalam kereta masa otw nak pi kerja..mujur ada husband jadi driver..hohoho



My 3rd DNE :

Pun beli pre loved gak dari FB dengan akak yang nak try size L plak..so dia nak letgo semua DNE size M dia untuk beli size L..
Terbeli sebab colournya match dgn baju aku yg satu  ni...harga akak tu jual kat aku ialah RM130..;-)

So, sekianlah cerita pasal aku dan koleksi DNE ku yg tak seberapa..baru ada 3 helai tu pun husband dah jeling2 sebab mahal sangat katanya untuk harga sehelai tudung..yeah..I admit..memang mahal pun..so sekarang macam dah insaf sikit tapi x tau laa lama mana boleh insaf kan..hehe

Buat yg berminat, boleh search jer tudung DNE nanti berderet2 laa senarai dealer dgn tudung2 DNE yg gojes2 keluar..happy online shopping peeps..;-)

Thursday, November 1, 2012

Macam mana nak upload gambar kat blog ??

Tensionnn!!! Dah lama x update blog..malam nie bila mood nak update blog tiba...tup2 tgk setting post kat Blogger ni dah x sama macam dulu...Mana perginya butang photo yang kita perlu klik untuk upload photo tu?? Xde pun kat atas tempat taip ni ?? Tolong bagitahu jap kat mana yer...ke kat note book aku jer problem ?? Susah hatinyeeee...!!! Help pleaseee..;-(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...