CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Sunday, July 31, 2011

faDhilaT-faDhiLaT soLat teRawiH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :



Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru

dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.



Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua

ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)



Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih

terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.



Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca

kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.



Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,

Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.



Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di

Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah

mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang

terawih poda malam ini.



Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi

‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.



Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah

dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.



Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi

Muhammad S.A.W.



Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di

akhirat.



Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu

dilahirkan.



Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).



Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan

dan keburukan.



Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada

menyesatkannya pada hari Qiamat.



Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya

supaya Allah mengampunkannya.



Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan

dimasukkan ke dalam Syurga.



Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak

pahala Nabi-Nabi.



Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada

engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)



Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.



Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan

orang-orang solihin.



Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.



Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan

(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).



Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga

daripada nur.



Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,

(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)



Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.



Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40

tahun ibadat.



Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas

titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.



Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.



Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang

mabrur.



Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam

terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:



“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di

dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta

munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama

Al-Kauthar.”


PS : Dah lama x berpeluang solat Terawih sejak ada anak2 yang sedang membesar nie..nak bawak pergi surau, x digalakkan sebab ramai lagi jemaah dewasa yang nak merebut fadhilat Solat Terawih nie...kasi chance kat hubby jer laa gi surau sementara anak2 nak besar nie..takkanlah nak tinggal budak2 nie berdua tunggang langgang kat umah lepas tu pergi solat dlm keadaan x tenteram sebab teringatkan diorang..Insyaa Allah, harap2 masih berpeluang di masa2 akan datang untuk menunaikan solat terawih nie..Aminn..

seLAMaT meNYamBuT raMaDhaN aL muBaraK



Assalamualaikum w.b.t...
Di kesempatan ini, Cikgu Ieda dan family ingin mengucapkan Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan...
Selamat menyambut bulan Ramadhan al Mubarak buat semua umat Islam di seluruh dunia yang tersesat masuk ke blog Cikgu Ieda nie..semoga bulan mulia ini membawa 1001 keberkatan dan kebahagiaan buat semua...Aminnnn...

From :
Suhaimi
Syahida
Nur Atilyea Umaira
Muhd. Adzfar Isyraff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...