CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Monday, October 31, 2011

Sah Mengandung setelah 8 dan 11 tahun menanti

Alhamdulillah...
Setelah berjaya dalam membuktikan penurunan berat badan sebanyak 50% daripada 98 kg now 50 kg sekarang telah sah mengandung....
Congrats pada CDM Rohana aka Kak Ana, our great mentor in this beautiful bizz kerana telah disahkan mengandung setelah menunggu selama 8 tahun.

Berkat usaha menggunakan korset premium beautiful + lactolite + herba maharani secara konsisten dan doa yang tak putus2 ke hadrat Ilahi...akhirnya beliau dikurniakan cahaya mata...semoga kak ana dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki untuk sama-sama membimbing bakal usahawan2 muda yang ingin berjaya mengecapi kejayaan seperti Kak Ana.


Anuugerah paling berharga bagi setiap insan..
Harta di dunia dan akhirat..

Dan juga response yang saya petik dari blog salah seorang dealer PB iaitu yaniezyamin.blogspot. tentang testimoni sahabatnya yang telah mengandung dengan pemakaian korset premium beautiful berserta doa yang tak pernah putus ke hadrat Ilahi ...setelah hampir 11 tahun menanti......



produk yang sangat2 berkesan..anda2 di luar sana yang ingin mengurangkan berat badan, yang ingin kontur body yang sihat dan seimbang serta yang inginkan cahaya mata , grab your premium beautiful korset now...

do contact me 

017 6776001 Cikgu Ieda

PERBEZAAN PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL DENGAN KAEDAH LAIN

Hi Semua...Semoga sihat dan ceria hendaknya terutama kepada pembaca setia blog saya...

Hari ni nak share dengan anda semua perbezaan di antara pemakaian korset Premium Beautiful dengan beberapa kaedah yang lain dalam membentuk kontur body yang sihat dan seimbang.

Jom saya summarykan dalam bentuk jadual supaya anda mudah untuk menganalisisnya dan seterusnya membuat pilihan yang TEPAT untuk diri anda sendiri
Jadi..anda dah baca dan lihat...Anda boleh tentukan yang mana satu pilihan anda...Jika ditanya apa pilihan saya tentulah PREMIUM BEAUTIFUL korset kerana korset ini didesign dengan 70% kesihatan dan 30% kecantikan dan di tambah lagi dengan pemakaian premium beautiful korset ini dengan senaman seharian, lagilah bonus untuk anda...berat badan akan turun lebih cepat daripada biasa....

Jika anda memilih untuk melakukan pembedahan fikirlah dengan kos rawatan yang perlu ditanggung dan kos-kos rawatan susulan.

Jika anda memilih pemakanan pil , fikirlah kesan sampingannya. even saya pernah dengar kisah benar yang mana ada seorang wanita ni kerana inginkan kurus beliau makan pil dan akhirnya membawa kepada kematian beliau..so u olss buatlah pilihan yang tepat

pesanan saya untuk semua pembaca tersayang 

"because you worth it...;-)~"

Do contact me for futher info 

017-6776001 CIKGU IEDA

Q & A about Premium Beautiful Corset

 Nie antara soalan2 lazim didengar berkaitan PB Corset nie :


1. Selesa tak pakai Premium Beautiful Corset ni???


jawapan : PB diperbuat dr materials exclusive which is kita panggil akwatek    and aquadyne,pb x sama mcm rata2 corset kat luar sana...this is Luxury Corset yang mana bila kita sarung je..memang dpt rasa lain dan best.....comfortable coz it has 360 degree flexibility...boleh pakai up to 24 hours...selesa nak buat kerja apa2 pun...nak kerja,buat kerja rumah even exercise pun boleh pakai....


2. Berapa Lama boleh dapat kesan utk kurus??


jawapan : actually yg ni subjektif sbb pb ni dia menstabilkan hormone badan,tingkatkan metabolism rate...lancarkan peredaran darah dan pecahkan molekul lemak. so kesan dia berbeza utk setiap org...ada yg seminggu dua dh nampak hasil...ada yg sebulan....depends on badan org.cuma apa yg best is once u dah sarung pb...u akan dpt immediate shape dan terus akan loose few inches....dan pb akan hadkan pengambilan makanan kita...bukan hilangkan selera makan..so that dia akan membantu kita utk diet naturally.


3. Apa maksud lifetime warranty...??


jawapan : lifetime warranty ni dia akan cover kerosakan corset...which is bila corset u rosak..boleh hantar balik repair and its FOC...bukan dia ganti the new one ye....so,anytime boleh hantar utk service.


4. Mcm mana nak basuh dan cara penjagaan


jawapan : just rendamkan dalam air+pb washer and sidai,jgn perah jgn masuk washing machine and jgn sidai under matahari.


5. Mcm mana nak tentukan size


jawapan : size depends on measurement badan masing2....sbb pb ni bukan one size fits all...dia ikut ukuran badan..ibarat custom made.ukuran badan yang diperlukan is bust,underbust,waist n butt.

6. Brapa harga and Payment


jawapan : harga pun ikut pada ukuran badan u all..ada 2 category harga...small/med and large size.

7. boleh tak nak pakai by pieces sahaja...satu2...


jawapan : tak digalakkan sbb akan memburukkan lagi bentuk badan kita sbb akan jadi tak propotionate sbb pembahagian lemak jadi x rata.


8. Brapa lama nak kene pakai??


jawapan : minimum 8 hrs per day and drink a lot of water.


9. kalau bersalin c-sect boleh pakai??


jawapan : boleh..once luka dah sembuh...utk permulaan u boleh pakai waist nipper after 3 weeks of delivery.


10. kalau out of malaysia...atau duduk jauh mcm mana nak beli??

jawapan : just provide me your body measurement...saya akan kira size,prepare corset and courier it to your doorstep.

NOW IS THE RIGHT TIME FOR U TO EXPERIENCE PREMIUM BEAUTIFUL

WEAR IT...FEEL IT...LIKE IT.....AND SHARE IT...!!
do contact me
0176776001
or
cikguieda@yahoo.com

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET EFEKTIF MENURUNKAN BERAT BADAN

CDM Kak Ana ( Idola saya dalam bizz nie..)
Lihat perbezaan sebelum dan selepas..
100kg kepada 55kg..;p
Hi Semua....entry kali ini saya ingin share dengan sahabat-sahabat yang dikasihi semua bagaimana Premium Beautiful Corset ini membantu dalam sudut KESIHATAN dan KECANTIKAN...saya juga berkongsi beberapa testimoni yang sangat berkesan dengan pemakaian korset PB ini secara konsisten dalam menurunkan berat badan malah membentuk semula badan seperti ANAK DARA you.....Jom sahabat2 semua kita baca....


Kita selalu diingatkan tentang Gaya Hidup Sihat...even bermula semasa kita sekolah rendah lagi yang mana kita didedahkan dengan aktiviti kokurikulum seperti Pendidikan Jasmani..namun apabila umur makin meningkat dan kita pun sudah berkeluarga amalan gaya hidup sihat ini amat kurang kerana kesibukan kita bekerja dan menguruskan hal-hal anak-anak dan keluarga...hal ini kadangkala tanpa kita sedari akan mengundang kepada masalah kesihatan pada diri terutamanya masalah kegemukan bagi mereka yang kurang mengamalkan gaya hidup sihat...


Gemuk bukan sekadar menjejaskan penampilan diri malah lebih mustahak ia kerap dikaitkan dengan masalah kesihatan terutama apabila berat badan mencapai tahap obesiti.Masalah tersebut amat berkait rapat dengan gaya hidup terutama dari segi tabiat pemakanan yang tidak sihat. Bagi sesetengah mereka pula, masalah kegemukan ini mengundang kepada rasa tidak yakin pada diri sendiri, malu, rendah diri yang lama-kelamaan akan boleh mengundang stress. Anda mesti tension dan jeles dengan sahabat2 yang boleh menggayakan dengan pelbagai fesyen pakaian sedangkan anda tidak...kenapa????? ye lah dengan badan yang gemuk, kalau tak gemuk pun sure ada spare tyre dan bonjolan2 yang kurang menarik di sana sini kan........


Oleh yang demikian itu, keinginan  untuk berubah mesti/patut datang daripada diri kita sendiri. Kegemukan hanya mendorong kepada pelbagai jenis penyakit...Anda harus bertindak untuk mencari penyelesaiannya...so disini saya ingin berkongsi beberapa hasil testimoni daripada rakan-rakan saya (sumber dari blog sahabat2 saya) bagaimana mereka dapat berat dan bentuk tubuh yang ideal dengan hanya memakai PB Corset secara konsisten dan sekarang mereka semua boleh menggayakan pelbagai jenis pakaian tanpa rasa rendah diri..malah tahap keyakinan mereka juga bertambah......

Nur Faziha

Salha 



Wanie
Alhamdulillah, berkat pemakaian PB corset yang konsisten, mereka semua telah dapat body yang diidamkan.bukan sahaja cantik malahan mereka juga dapat kesihatan kerana PB corset akan memecahkan lemak-lemak, membuang toksin di dalam badan, melancarkan pengaliran darah dan banyak lagi....

Bagi mereka yang terlalu bz dan tiada masa untuk berjogging , dengan hanya memiliki set PB corset ini sudah cukup memadai kerana sekiranya anda memakai PB ini 1 hari (8 jam) , ia akan membakar 900 kalori...mudah kan rakan-rakan semua...yelah kita selalu sibuk dengan kerja , balik kerja kadangkala lewat...hujung minggu pula ada hal-hal lain yang perlu diuruskan so sekarang tidak risau lagi...bagi rakan-rakan yang sangat sayang nak buang lelemak tu..jgn simpan lama-lama...pasal lelemak akan mengundang segala macam penyakit..bahaya ya uolsss ...so take care my friends....


Contact me : 0176776001
Cikgu Ieda

Thanks for reading..;-)

Saturday, October 29, 2011

KURUSKAN BADAN+KEMPISKAN PERUT DENGAN PB CORSET& LACTO LITE

Tertekan dengan masalah berat badan dan obesiti ??
Jangan rungsing..
Jom baca :
 Rahsia Kekal Langsing Dan Sihat

Dah cuba berdiet?


Perut buncit selepas melahirkan anak ?
Tak pun..badan xde laa gemuk..kategori kurus laa jugak..
Tapi perut?? Ya ampunnn...
Err..nie berdasarkan pengalaman sendiri yer, readers..
Banyak kali sgt org cakap dgn Cikgu Ieda bahawa Cikgu Ieda nie xde laa gemuk..sedang2 saja..
Kalau nak diikutkan pada pengiraan BMI, memang laa berat badan Ieda adalah ideal dengan ketinggian..
Tapi tang perut, peha,bontot dgn lengan yg nak kene trim kaw2..
Dah cuba 2 produk kat bawah nie..Alhamdulillah,nampak perubahannya..
Tak percaya ? Cubalah sendiri...




 Dua produk berkesan yg Cikgu Ieda amalkan semenjak 2 bulan lepas..
Premium Beautiful Corset + Lacto Lite Yogurt Drink..

JANGAN RISAU....sebab LACTOLITE kan ada....Cuba amalkan minum secawan serbuk yogurt ini setiap hari untuk membantu nyahtoksik lemak dalam badan disamping menguatkan organ-organ nyahtoksik. Takde kandungan herba atau bahan kimia yang bersifat julap. Maknenye kalau makan takkan kejang perut , cirit birit mahupun cramp kepala lutut sebab terlalu kerap ke bilik air..hehe

Lacto Lite akan lebih terbukti berkesan apabila pengambillannya seiring dengan memakai Korset Premium Beautiful secara konsisten dan tidak mudah berputus asa. Insya Allah, jangan hanya pakai dan guna ikut rajin sajer..itu buat kerja hangat2 tahi ayam namanya..
Orang kata alang2 mandi biar basah..alang2 dah beli tu biarlah pakai secara berdisiplin baru dpt hasilnya yang membanggakan..;p

 
Mudah kan hanya pakai je Korset Premium Beautiful sambil minum Yogurt Lacto Lite ni dah boleh turunkan berat badan kita.

Nanti cik abang pun sayang lebih sebab isteri dah dapat balik body curve zaman2 anak dara dulu..hehe
Kalau korang nak tau...
LACTOLITE ni kaya dengan kelebihannya kerana dapat membantu menyingkirkan toksin dan sisa kumuhan, memudahkan pembuangan najis, melegakan ketidakselesaan sistem pencernaan, meningkatkan kesihatan, kecergasan dan tenaga.

 

Yang specialnye LACTOLITE ni...boleh meningkatkan metabolisme (boleh bantu untuk kurus) dan kurangkan berat badan, galakkan pertumbuhan bakteria baik, legakan sembelit dan bantu penghadaman....sesuai la sangat2 untuk yang ada sakit gastrik, sakit hempedu dan ulser dalam perut.

 
Paling teruja nak tunjuk testimoni dari idola Cikgu Ieda dalam bizz nie..tak lain x bukan CDM Kak Ana yg Cikgu Ieda buat n3 sebelum nie..
Jom tengok sambil jealous.. 





Pheewittt..!! tengok laa gambar before n after tu..
Drastik kan?
Alhamdulillah...inilah hasil mengamalkan 2 produk di atas..
Berkat kerajinan dan tak putus asa, Alhamdulillahhh..dah dapat balik body zaman anak2 dara dulu..



Haa..so curvy woott-woott..
Kalah anak2 dara laa..hehe..
So, apa korang tunggu lagi?
Berminat dgn produk yg efektif nie..??
Call me : Cikgu Ieda  0176776001



Friday, October 28, 2011

KISAH CDM SITI ROHANA YANG MEMBAKAR SEMANGAT SAYA....

Sebelum nie saya hanya biasa mendengar dan melihat sahaja nama CDM Siti Rohana disebut2 orang...langsung x boleh nak bayangkan bagaimana paras rupa empunya nama tersebut...namun, semenjak dah terjebak dalam bizz PB nie...dan buat kali pertamanya saya menjejakkan kaki ke kelas mingguan yang diadakan di B32, Batu Caves...saya menjadi sungguh kagum dengan pencapaian 'iron lady' nie..semua serba serbi mengagumkan baik dr segi penampilan, transformasi, motivasi dan iltizam yg tinggi untuk memajukan diri dan keluarga sendiri..
Sungguh..saya begitu tertarik dgn cara beliau menyampaikan motivasi dan tips2 semasa di dalam kelas...x lokek dgn senyuman dan sentiasa mendorong insan2 yang baru bertapak dlm bizz nie..paling mengujakan dan membakar semangat saya ialah apabila mengetahui bahawa beliau dan suaminya CDM Azlan pada mulanya adalah seorang yang bergelar PENDIDIK ataupun GURU/CIKGU !!..Terasa begitu kuat sekali persamaan antara latar belakang karier kami dlm dunia pendidikan...Terus membara semangat Cikgu Ieda untuk melangkah lebih jauh dlm bizz nie..Insya Allah..semoga cerita pedoman di bawa akan terus menyalakan obor semangat Cikgu Ieda untuk terus bergiat dlm bidang nie..Aminnn..jom sama2 baca dan hayati siapakah insan bergelar CDM Siti Rohana ini suatu ketika dahulu....
Sumber : Berita Harian – 13 Februari 2008


Suami Isteri sertai MLM Hai-O antara usahawan Bumiputera berjaya nikmati hidup mewah Siti Rohana Yusoff dan Kartini Mat Yaakob pernah berkhidmat sebagai guru sekolah beberapa tahun lalu, tetapi kini, kedua-dua wanita Kelantan itu antara tonggak pengedar skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) Hai-O Marketing Sdn Bhd (Hai-O).



Mereka membuktikan wanita sama ada bekerja atau suri rumah mampu menjadi tenaga penggerak utama bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Kedua-duanya berani berhenti makan gaji untuk menghadapi cabaran perniagaan MLM bersama suami masing-masing sebelum berjaya sebagai Crown Diamond Manager (CDM) dalam skim pemasaran Hai-O.



Siti Rohana, 34, dan suaminya, Azlan Deraman, 35, serta Kartini, 35, bersama suaminya Kamarudin Mamat, 35, antara bukti Bumiputera mampu menjadi usahawan berjaya menerusi bidang MLM. Bidang itu turut mengeratkan hubungan dan memanfaatkan pengalaman sesame usahawan. Apa yang menarik, Kamarudin dan Azlan sama-sama belajar di Sekolah Menengah Datuk Mahmood Paduka Raja, Tanah Merah dulu.
Menerusi bidang itu, mereka turut membantu mewujudkan peluang rezeki kepada masyarakat, terutama wanita dan graduan tanpa terlalu bergantung kepada makan gaji sama ada di sektor awam atau swasta.
Bernaung di bawah Hai-O Marketing Sdn Bhd, iaitu anak syarikat kepada Hai-O Enterprise Berhad, kumpulan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia, Siti Rohana dan Kartini menganggap kesenangan dikecapi mereka hasil semangat kerjasama upline dan downline.


Ini sejajar semangat pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O, Tan Kai Hee, untuk memberi semula apa diterima daripada masyarakat, bagaikan simbolik burung camar yang menjadi lambang korporat kumpulan.

Malah, menerusi bidang MLM yang turut disertai pelbagai kaum, walaupun kebanyakan Bumiputera, dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Siti Rohana atau lebih dikenali Kak Ana ketika ditemui dalam lawatan Hai-O ke Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini berkata, kemesraan hubungan kaum lebih menonjol apabila kerjasama itu memberi kebaikan dari segi ekonomi.
Menceritakan pengalaman menyertai MLM, Hai-O, Siti Rohana berkata, kira-kira 5 tahun lalu, beliau hanya guru Sejarah di sebuah sekolah di Rawang selepas menerima ijazah Sains Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala suaminya lulusan universiti sama dalam bidang Ekonomi (Statistik).
Katanya, produk pakaian dalam pembentukan kontur badan berteknologi inframerah Premium Beautiful keluaran Hai-O mengubah hidupnya bersama suami, bekas jurutera swasta.
Bermula sebagai pengedar di sekitar daerah Hulu Selangor, beliau tabah mengharungi rintangan awal sebelum muncul CDM pada Januari 2005 dengan pendapatan 6 angka bersama suaminya.



Sehingga kini mereka melahirkan lebih 30 CDM dengan membimbing 7000 pengedar terutama di Hulu Selangor, Gombak dan Batu Caves.
“ Saya tiada pengalaman niaga sebelum itu. Cubaan pertama dalam Hai-O berjaya kerana saya serasi dengan produk itu” kata ibu empat anak itu.
Azlan pula aktif pada September 2003 selepas 4 bulan penyertaan isterinya serta menjadi CDM pada Julai 2005 dengan memanfaatkan sistem pemasaran lebih strategik untuk mudah diaplikasi dan menaikkan downline.


Sementara itu, bagi pasaran Kartini dan Kamarudin, 7 tahun lalu, ketika menjadi guru berijazah dengan gaji lebih RM2000 seorang, mereka hanya mampu memandu Proton Iswara Aeroback serta tinggal menyewa.
Lebih 4 tahun lalu, Hai-O mengubah hidup mereka dan memiliki kereta E200 Kompressor serta mampu membeli rumah berharga lebih RM400,000 dengan pendapatan 6 angka.
Kartini menjadi CDM pada 2003, manakala Kamarudin setahun kemudian dengan lebih 1000 downline dan kini menjadi 6000 orang. Mereka yang dikurniakan dua cahayamata kini selesa sentiasa berdua menjalankan perniagaan, memberi kursus pengukuhan pada downline dan mencari pelanggan kerana waktu kerja lebih fleksibel.


Disebabkan minat niaga sejak kecil, anak penjual daging dari Pasir Putih, Kelantan itu memanfaatkan skim Hai-O untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup sekeluarga dengan 3 adik-beradiknya turut menyertai skim itu.



Sebelum ini, bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan itu melakukan pelbagai skim MLM sejak menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Biologi) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 1997, tetapi kurang berhasil sehingga menyertai Hai-O.

Kartini dan Kamarudin juga lulusan UPM dalam Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Fizik) memberi tumpuan kepada produk penapis air berteknologi tinggi Bio Aura yang dikatakan mampu mengurangkan gejala penyakit seperta Gout.
“ Bagi saya, walaupun sudah 7 tahun menceburi perniagaan ini seolah-olah baru 7 bulan, sebab seronok” kata Kartini.
Kamarudin pula berkata: “Bidang MLM lebih menyeronokkan kerana masanya lebih fleksibel tanpa perlu menyewa pejabat atau menggaji pekerja”

 






Tahniah Kepada CDM Rohana dan Suami. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan...Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...