CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Sunday, November 11, 2012

BLUEBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum...hari keempat cuti sekolah bermula...mesti ramai kengkawan yg pergi bercuti2 Malaysia dengan family. For me, since mr hubby susah nak apply cuti or lebih tepatnya cuti tahunan dah habis, so terpaksa laa memerap  kat rumah sahaja! What a boring school holidays ( life kami dah x seperti dulu since mr hubby bekerja kat tempat baharu nie..no more jalan2 during weekend (dia cuti hari Khamis aku pulak kerja )....no more jalan2 cari makan kat tempat2 yg jauh2 sikit...sigh! Harap2 x lama laa keadaan nie...;-(
Okey laa..lupakan bab sedih2 x dapat pergi bercuti tu...whatever it is..life must go on...no turning back orang kata...so, nak isi masa cuti sekolah nie...apa kata aku try resipi2 baru (baru laa bagi aku, org lain dah lama try dah..)
Kali nie beranikan diri mencuba resipi Blueberry Cheese Tart...selama nie xde acuan then x tau pulak kat mana nak grab bahan2 nak membuatnya...tanya2 kat member diorang kata dekat Stadium Darul Aman ada sebuah kedai menjual bahan2 dan peralatan bakeri...so apa lagi..terus cargas ke sana dan beli bahan2 yang diperlukan...oh ya, resipi ni aku copy paste dari blog Kak Ita fromintankitchen.blogspot.com  suka sangat sebab Kak Ita tak lokek ilmu malah sudi buat step by step panduan bergambar gitu nak memudahkan tukang2 masak amatur macam aku nie...dah laa pandai masak, resipi pun hebat2...fotografi pun x kurang hebatnya...bangga ada anak Melayu yg terror dalam bidang masakan macam Kak Ita..saya copy paste yer Kak Ita...menjadi resipi yg akak bagi tu..Alhamdulillah tapi xde laa secantik hasil tangan Kak Ita...



Ok, secara jujurnya..rasa memang dah sama macam yang jual kat kedai bakeri tu...lagi sedap kot hehehe sebab filling blueberry dgn cream cheese tu sukahati kita laa nak letak banyak2 pun kan? Nak telan sendiri buat ape nak kemut2 dgn bahan-bahannya...cuma abaikan lorekan ungu kat atas cheese yg tak berapa nak berseni tu yer...masa belum bakar kecik molek halus berseni jer rupanya...bila dah bakar dia mengembang lorekan tu yg jadi gedabak lagu tuh..hehe...okey nie resipi aku copy paste dari blog Kak Ita yang Kak Ita copy paste dari blog Kak Azita x silap aku...

Tart Crust / Shell


Bahan-bahan :

170gm marjerin

50gm gula aising

1 biji telur Gred C

290gm tepung gandum

1 sudu kecil esen vanilla



Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :

Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Cream Cheese Filling



Bahan-bahan :

250gm cream cheese

50gm gula kastor / gula halus

1 biji telur Saiz B

½ sudu teh esen vanilla / esen lemon



Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.

4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.



Filling :

Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.


2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.

3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!

4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.

5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.

6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.

7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.

8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)

9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.

10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!





Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :

1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).

2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.

4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust

Okey...selamat mencuba yer kawan-kawan...;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...