CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

MEE UDANG PULAU SAYAK

  
Assalamualaikum.....lamanya x update story kat blog ni...gambar2 dan cerita terkini banyak jer...tapi malas nak menaip kekdahnya! Huhu...
Memandangkan cuti sekolah ni, curi2 masa jugak laa kejap utk update blog kesayangan ni..x kisah laa ada yg sudi baca e tak..yg penting boleh juga jadikan kenangan time boring2 hehe..
Okey, kembali ke pangkal jalan...dah lama dok google pasal Mee Udang Pulau Sayak ni...tengok pengunjung yg datang pun bukan yg dekat2...malaha da yg datang dari luar negeri Kedah...so, sebagai anak jati Kedah..adalah rasa sangat x cool sebab sekalipun x pernah sampai ke sini....
Sebelum ni tau pergi ke Tg Dawai beli ikan bilis, belacan, keropok....then dari jeti Tg Dawai kami ambik bot ke Pantai Merdeka yg terletak di seberang sana...nak ke Pantai Merdeka secara direct x tau hehe..
Kali ni pergi bawak mak dgn ayah sosenang laa sebab ayah aku mmg terror bab2 jalan kat Kedah ni...dia selamba jer naik motor lone ranger pi memancing smpai ke Pantai Merdeka ni..huhuhu
Perjalanan mengambil masa 2 jam jugak ler memandangkan ayah nak lalu jalan  biasa x nak ikut highway..nak tgk pemandangan katanya! Padahal kitorg gerak dari rumah dah pukul 6.15 petang...mendung jer nak hujan! Sampai dlm kul 8 lebih kat sini...
Oh, ya! Ada banyak gerai Mee Udang kat sini tapi kami pilih Usof Mee Udang kat atas tu ada signboard..aku ambik kat Google ada link empunya blognya..tq!


I have no idea bagaimana rupa sebenarnya Pulau Sayak ni sebab sampai2 jer dah malam! Gelap gelita cuma diterangi dengan lampu2 kat warung ni ajer laa..frust jugak sbb teringin nak menjamu selera di tepi pantai sambil menyaksikan keindahan sunset ececeyyy...takpe laa lain kali boleh datang lagi n nak pastikan lain kali kami datang siang hari ...
Cer tengok tokwan dgn teh one n only cucu lelakinya tu...dah sepesen jerrr hehe
Konon2 nak tgk ombak ler teww tapi hampeh nampak samar2  jer...




  Driver for the night! Tq lalinggg balik kerja penat2 terus drive ke sini :-)


Muka empunya blog  yang teruja menunggu order sampai !



Tuuudiaaaa...dah sampai....kemain teruja!!! 


Ni Mee Udang Biasa punya ..harga RM8 tak silap aku...yg special udang lebih hrganya RM11...
Kuah nampak ceroiii org Kedah kata...taste?? Hmm...not bad...xde apa2 yg special sgt kecuali udangnya yg segar....dlm ni ada mee dgn hirisan telur rebus..sayur ada laa carrot sikit2...sedap tang udang laut yg besaq n fresh tu laa...maaf cakap...Mee Udang Aur Gading kat Sg Dua lagi menepati my tastebud...lain org lain pendapat kan...terpulanglah...tapi ingat next time nk try Mee Udang Banjir Mak JAh kat Kuala Sepetang tu plak..hehe


Ni Udang Goreng Kunyit untuk anak aku yg x makan mee...order ni makan dgn nasi putih panas2...habis sepinggan! Hehehe


Ni laa 4 pinggan Mee Udang Biasa yg kami order semalam...+ udang kunyit, teh O ais, teh O ais limau, sirap limau, carrot susu dgn air kosong totalnya RM44++ x silap aku...worth it laa kata orang ...


Mujur bawak tokwan, boleh layankan anak aku yg sorang ni...senang mama nak snap gambar! Ekekekek


 Berseleranyaaa dia makan...
Insha Allah next time boleh dtg lagi...for sure nak dtg siang hari...baru boleh snap keindahan pantainya....:-)

Thursday, June 7, 2012

Mee Udang Restoran Aur Gading, Sg. Dua

 Seperti yg dijanjikan kelmarin, meh aku nak review plak tentang satu lagi tepat makan famous yg sempat kami singgah masa otw back from Penang hari tu...
Kami singgah di area Sg Dua untuk pekena mee udang plak ! Ermm,setahu aku la kan..kalau sebut Sg Dua mesti well known dgn Mee Udang..berderet2 gerai menjual Mee Udang di sepanjang jalan kat SG Dua tu...
Ala,,macam kat area Kg Losong, Terengganu tu laa kan? Kalau sebut nak pi Ganu nak cari keropok losong nanti bila dah sampai Kg Losong tu ko dah berpinar2 biji mata pastu migrain x tau mana satu kedai keropok losong yg korang nak pilih kan? Dah semuanya jual keropok LOSONG..nama pun KG LOSONG yer dak? Hahaha..
Okey, kembali ke pangkal jalan...
Nie pun hasil carian kat google search laa...keluar masuk blog orang sana sini then confident jer boleh jumpa tanpa set GPS..maybe sebab yakin dgn jalan kat sini yg x complicated dan mengelirukan mcm jalan2 kat Penang kot..SIGH!!
Okey, nak mudahkan cerita..if korang dari KL nak menghala ke Utara..sila masuk Exit yg menunjukkan Sg Dua tu yer..ikut bwh flyover pastu corner kanan...then korang akan jumpa deretan gerai mee udang tapi korang terus jer sampai laa jumpa macam pekan kecil then teruskan lagi sampai jumpa Kg Pengkalan Machang x silap aku..terus lagi then sampai korang jumpa jambatan....JANGAN naik jambatan itteww!! Tengok ada restorang di sebelah kiri jalan...sedikit tersorok ke dalam...ada signboard bertulis RESTORAN AUR GADING...warna kuning signboardnya...yer situlah destinasi yg kita cari2 yer...sila masuk dan parking kat situ..tempatnya agak luas dan menyediakan ruang utk datang secara berkumpulan/berkeluarga juga...
Kitorang order Mee Udang dan juga Kerang Bakar...
Gambar merembes saliva sila refer seperti di atas ! Sekian terima kasih..;-)



Sementara tunggu Mee Udang nie sampai kami sempat laa pekena kerang bakar cicah sos dulu..hmm..sedap dan well cooked kerangnya..x macam kerang bakar yg pernah kami cuba sebelum ni..ada yg teralu kering sampai naik kecut isi kerangnya dan ada jugak yg tak masak sampai siap nampak lagi darah kerang tu..haihhh..yg nie mmg well cooked laa mat salle kata..huhu...berebut2 pakat cungkil laki bini..mana tau sepinggan RM3 jer kalo x order sorang sepinggan..mueheheheh...
Pastu bila main dish akak mee udangnya sampai..kami tengok ianya dihidangkan dlm mangkuk besar macam mangkuk nasi tambah tu... Maknanya masa nak order tu sila mention untuk makan berapa org punya...kami nak makan 2 org so dia buat laa memang semangkuk ni utk 2 org makan dgn 6 ekor udang yg bosar2 godang saiznya! Dok terguling tergolek kelihatan sungguh menggiur dan mengghairahkan  menyelerakan !
Masing2 pandang mcm banyak n larat ke nak habiskan 2 org semangkuk besar lagu tuh? Hmmm...


Ni plak mangkuk aku...sedikit mee dan 3 ekor udang...
Abahnya makan 2 ekor udang sebab seekor daripadanya telah dimakan oleh Isyraff..;-)
Memang terasa laa sedap segala rencah2 yg dimasukkan kat dalam mee udang nie..cukup rasa manis,masam,masin,pedasnya...kuah pun pekat x cair..


See..??
Konon2 jer banyak x larat habiskan..dasar laki bini perut stokin Santa Claus! Haha..


Tuuu..muka kemain happy dapat habiskan semua makanan kat atas  meja tu..tapi dgn bantuan aku laa..hahaha
Pendek kata, memang berpuas hati laa kunjungan pertama ke sini nyata tidak mengecewakan..husband yg cerewet tu pun siap puji cakap lain kali boleh datang lagi...dekat jer tak jauh mana pun...hahaha..(padahal kalau kedai sebelah rumah jer kalau x sedap haram dia nak jejak ke situ lagi! ) Hmm..pada sesiapa yg nak mencuba korang google laa sendiri yer...taip : Mee Udang Restoran Aur Gading Sg, Dua...;-)

Restoran Kapitan, Lebuh Chulia Penang


Kelmarin, kami bertiga  beranak (without Tyea sebab dia ikut mak dgn ayah aku pi umah Uya > adik aku kat Cyberjaya ) pi JJCM ke Penang..
Kemain laa buat researh tentang interesting eateries around Penang tu...siap googles keluar masuk blog orang search for tempat2 makan yg best kat Penang tu...
So, hasil google..dah decide to hunting for Cheese Naan + Beriani Claypot with Tandoori Chicken...lepas tu nak mencuba jugak Laksa Janggus kat Balik Pulau then on the way back plan nak singgah pekena Mee Udang kat Restoran Aur Gading di Sg. Dua..
Okey, daripada 3 tempat makan tu..dua daripadanya berjaya ditemui..Alamdulillah...cuma Laksa Janggus yg terletak di Balik Pulau jer gagal ditemui...dh sampai area Balik Pulau pun x jugak jumpa! Sampai boleh dikatakan kami pusing2 kat tempat yg sama buang petrol jer satu Penang tu..hahaha
Okey, abaikan kisah sesat kami tu...
Kali ni nak review pasal Restoran Kapitan di Lebuh Chulia, Penang..
Menu special kat sini bak kata blogger2 lain of course la Naan Cheese + Tandoori Chicken dgn Beiani Claypot + Tandoori Chicken nya...even Kak Nani Rostam yg famous bab2 masak tu pun sempat lagi leave a comment about Naan Cheese yg special tu..katanya aku patut try yg tu kalau pi Penang..hehehe..tq for the idea Kak Nani...memang meletup sedapnya! Jom tengok gambar2 yg aku sempat snap kelmarin...
Kat atas tu mcm biasa laa encik asben aka mr driver for the day sedang asyik dgn beriani claypotnya..baru nak memulakan suapan..Bismillahirrahmanirrahimmm...;p


Bila waiter dtg nak ambik orer tu..laju jer order benda2 kat atas nie dengan lancarnya ..without FAILED okehh?? Iyo laa dah sepanjang malam dok hafal nama2 menu famous nie..hahaha...
Kitorg order menu kegemaran ramai laa..Naan Cheese + Tandoori Chicken dgn 2 set of Claypot Beriani + Tandoori Chicken..aku order Mango Lassi, hubby teh ais n Isyraff  milo ais...


Mula2 aku makan nie...
Hmmm...actually, aku jarang2 pekena Naan Cheese..so, bila pekena yg nie aku susah sikit nak compare kan dgn kat tempat2 lain...tapi kalau nk suruh aku explain naan cheese nie alone without comparison...yupp!! Me likeyyyy..!! Suka dgn naan yg lembut, gebu fluffy tu...makan panas2 bila siat2 siap keluar meleleh cheese dr dalam naan ni..hehehe...cicah dgn kuah2 segala mak nenek tu.pastu pekena plak dgn Tandoori Chicken memang sedap laa..cukup rempah ratusnya!  Must try laa kalau korang sesat ke Penang yer?
RM10 satu set mcm kat atas nie..


Lepas dh kenyang makan Naan Cheese tadi, baru egeh2 nak hadap Beriani Claypot nie..portion dia agak besar dn ayamnya yg besar tu mmg kenyang laa kalau korang kaki makan tegar! Even aku yg tegar ni pun x daya nak habiskan smpai kena tapau bwk balik..hahaha..pun sedap jugak nasi dia kan sebijik2 guna beras Basmathi yg iklan panjanggggggggggggggggg  tu,...memang sebijik2 x melekat butir2 nasinya...pastu ayam pun sedap cukup rempah ratusnya..besar plak tuh..aku share dgn Isyraff pun x larat habiskan..hehe..satu set mcm nie cuma RM8.60..sangat laa berbaloi2x..;-)
Okey, tu saja review tempat makan menarik untuk hari nie..
Aku malas plak nak bagi alamat since xde alamatnya..nak senang korang gogle jer taip " Restoran Kapitan Lebuh Chulia, Penang "..nanti keluar laa results berderet2..hihihi..
PS : Nanti next n3 aku review pasal  Mee Udang Famous kat SG Dua pulak yer..;-)

Monday, June 4, 2012

ABC Jerai @ Pantai Merdeka..


Sape suke makan ABC angkat tangan laju2 !! Hehehehe...sure berdesup yg angkat kaki  tangan sebab ramai yg suka makan ABC kan?? Cikgu Ieda pun salah seorang peminat tegar ABC nie...heacen what dapat pekena ABC nak2 lagi di kala malam bulan mengambang tengah panas terik mcm kat Kedah sekarang nie...
Tapi x semua ABC yg kita pernah try tu sedap iye dak ? Nasib laa macam aku sendiri pun adakala jumpa yg sedap adakala langsung x sedap!
Tapi kan, seumur hidup nie kan, so far ABC tersedap dan paling awesome yg pernah dicuba ialah ABC JERAI namanya..
Yang anehnya ABC nie bukan dijual di kaki mahupun di puncak Gunung Jerai..no-no-no!
Tapi sebaliknya di tepi pantai sahaja! So bagi para suami yg isterinya mengidam nakkan ABC Jerai nie, jgn risau sbab anda x perlu bersusah payah mendaki Gunung Jerai tersebut demi menunaikan keinginan isteri anda..
Anda cuma perlu ke Gerai Kak Chik yg terletak di salah sebuah food court di tepi Pantai Merdeka yg terletak di daerah Kota Kuala Muda sahaja..
Sangat laa kebabooms presentationnya dgn ais sagatnya yg tinggi menggunung pastu bn2 plak cukup lengkap siap pacakkan aiskrim skoop dgn konnya lagi! Tak cukup dgn tu letak skali biskut tawar leh wat cicah2 dgn ABC nie..versatile laa biskut tawar zaman sekarang makan dgn ABC padahal dulu2 org pekena dgn kopi O sahaja!
Oh ! Ya lupa nak mention...harga untuk semangkuk ABC yg marvellous ini ialah RM5 sahaja! Sahaja okey sebab bagi aku harganya memang affordable dan reasonable utk big portion of ABC yg mewah mcm nie..
Bukan nak up lebih2 laa...tapi hakikatnya memang ABC ni yg terbaik pernah aku cuba..
So, anda sudah boleh membayangkan kenikmatannya sekarang ? Nah..apa lagi ? Berkunjung laa ke Pantai Merdeka dan cubalah sendiri keenakannya..ABC Jerai..;-)

Monday, May 28, 2012

Dinner Treat @ Idaman Kuala Ikan Bakar, Kuala Kedah


Dua malam yang lepas, Uya & Padel balik Kedah so diorang ajak laa kami sekeluarga + mak,ayah & Yie keluar gi makan malam...decided nak makan seafoods sebab dah lama bebenor x pekena seafoods..
Discuss punya discuss then we decided untuk menghala ke Kuala Kedah sajer..plan asal Padel nak ke Kuala Perlis tapi macam jauh sangat laa pulak, kang x pasal2 mengamuk si baby Fiyya nie..
We all sampai ke Kuala Kedah n dari Pendang ikut highway ke sini x sampai pun sejam perjalanannya..
Pilih untuk mencuba makan di Idaman Kuala Ikan Bakar, Kuala Kedah..
Sampai tu tengok okey laa orang pun x berapa rmai then kawasannya luas dan agak selesa...
Pilih laa seafoods untuk dimasak seperti gambar di atas..
Ada lagi Siakap Stim belum sampai masa gambar ni disnap..then yg dalam gambar tu Jenahak Tiga Rasa, Ketam Bercili Thai, Buttered Prawn, Sotong Celup Tepung, Kerang Bakar, Kailan Ikan Masin dan Ayam Goreng Kunyit untuk Isyraff yg x reti2 nak  makan seafoods! Minuman we alls order 2 jag jus tembikai...
Alhamdulillah, kenyang+ berbaloi n total makan2 on that night ialah RM250 dan ditaja sepenuhnya oleh Uya n Padel...tq! Nanti kalau ada rezeki we alls pulak belanja korang yer??


Me with my chubby chewy gummy baby > Fiyya...
Rindu sangat2 tapi x puas nak gomol2 dgn dia dh balik KL semula..
Kena beranak sendiri laa nampak gayanya gini..lol!


Kemain melopong pantang nampak camera confirm fokus! hahaha..anak sedara sapaaa laa nie..good girl!!


Our men + boy !


Our mini + happy family..
Really enjoy this moment !

PS : Sebelum nie malas nak update blog sebab lambat sangat nak upload gambar..ingatkan terus x dapat nak upload..rupa-rupanya kena tggu lama sikit..
Hmm..xper laa lama pun lama laa janji dapatgak upload...tapi x dapat laa nak upload gmbr stok kombo mcm selalu..hihi...;-)

Thursday, February 9, 2012

ABC JERAI @ PANTAI MERDEKA

Memandangkan buat masa nie aku x boleh nak upload gambar banyak2 macam dulu...jadi aku upload laa barang sekeping dua gambar per entry...janji dapat update blog kesayangan nie..sedih owhh dok keluar masuk jer xde story kisah2 seharian untuk dikenang di hari tua..ecece!!!
Kali nie nak letak sekeping gambar yang mungkin menggoda jiwa dan raga sesiapa sahaja...nak2 lagi bila berepan dgn cuaca yang panas membahang mcm kat bumi Pendang nie...alamatnya, kalau dapat pekena nie..semangkuk sorang pun kejap jer licinnnn...huhu
Perkenalkan..nama ABC or ais kacang nie ialah ABC Jerai...nama jer ABC Jerai tapi hanya terdapat di Pantai Merdeka sahaja! Tok sah dok meghoyan naik sampai ke puncak Gunung Jerai yer semata2 nak cari bende alah nie..gi jer naik bot dr Tg Dawai or terus tala ke Pantai Merdeka sendiri...cari kat food court di situ..ada banner besar gambar ABC nie...
Harganya sangatlah berbaloi sebab satu mangkuk besar n tinggi menggunung nie..siap pacak aiskrim kon mcm nia hanyalah RM5 sahaja! See..murah kan?? 
Kami order satu jer konon2 x boleh habiskan..sekali kami laki bini jer dah sampai x cukup pekena semangkuk nie..Tyea makan aiskrim jer..Isyraff?? Dia x layan ABC nie..haha..lain kali kena order 2 mangkuk baru afdhal untuk orang2 'berperut tempayan' dan 'bernafsu naga' seperti kami..LOL!
Bestt n highly recommended! Kena cuba kalau sesat ke Pantai Merdeka ye!..;-)

Monday, December 26, 2011

maGnuM aLmOnD & maGnUm cHoCoLaTe tRuFFLe iCe cReaM ..^,^


On the way nak balik Tg Malim kelmarin..hubby singgah g toilet Petronas kat Batangkali...
Sambil dok tunggu tu tiba2 terlintas nak pekena aiskrim...ingat aiskrim tetiba ingat nie >> Magnum Ice Cream from Walls..
 Okey..nak buat pengakuan JAKUN di sini...memang kitorg x pernah pekena aiskrim nie sebelum nie...
Kalau nak tau Cikgu Ieda nie jenis yg x berapa gemor makanan2 manis mcm kek or aiskrim...tapi kalau dh teringin sekali sekala tu harus laa nak merasa,kan?
So, beli laa 2 batang aiskrim seperti kat atas tuh...satu Magnum Almond satu lagi Almond Choc Truffle...
Sebatang RM3.90 (mahal owhh!!) tapi memang berbaloi2 sebab sedaappppppppppp banget!
Cikgu Ieda makan yg almond while hubby makan Choc Truffle share dgn Isyraff..Tyea tdo so x payah laa nak berebut dgn dia..hak3x..


Nie laa rupa paras Magnum Almond ..sedapnya nak2 lagi ada hirisan badam yg chunky2 tu..krupp krappp2x masa makan..best!!! Tak muak langsung sbb aiskrim dalam dia vanilla...

Yang nie plak Magnum Choc Truffle..hubby share dgn Isyraff..sedap jgk  tapi x dpt atasi kesedapan almond lagi..bagi yg belum try tu..x rugi kalau try..mmg harga agak ehem3x tapi dh merasa tu mmg puas hati laa..try jgn tak try yer...makan tengahari panas terik nie..laaaaagiiiii laa asyikkkk..hehe
Tq for reading!

Friday, December 2, 2011

Jam's Kitchen, Rawang


Sape pernah dengar pasal restoran nie > Jam's Kitchen yang terletak di Rawang, Selangor...
Bagi Cikgu Ieda sendiri, 1st time dpat tahu pasal kewujudan restoran nie adalah melalui rancangan Jalan2 Cari Makan (JJCM) kat TV3 beberapa minggu yg lepas..masa tu hos dia Qi ke sini ditemani oleh Zahid AF...diorang makan Kacang Pool dengan Sup Tulang Merah..then makan dessert Sagu Gula Melaka...
Terus datang keinginan membuak2 nak datang mencuba...
Nie laa tempatnya..bangunan berwarna merah..betul2 tepi jalan otw kami nak menuju ke Tg Malim ikut pekan Rawang..ala, yg dekat dgn kedai aksesori kereta tu laa...


Suasana memang nampak cozy dari luar dan juga di dalam..
Dengan effect asap kabus kat luar tuh..perghh..terasa diri ini seperti berada di kawasan tanah tinggi!
Boleh pilih nak makan outdoor or indoor..
Tapi kitor makan kat dalam sebab malas nak bagi anak2 lasak berkejar2 an..


Suasana indoor...
Tema serba putih..









Yang nie Cikgu Ieda punya..
Jam's Special..
err.. white coffee biasa jer sebenarnya..
Baik order air lain jer la..;-)



Tyea's : Children Set : Nasi Ayam..nampak simple..mujur sedapp..;p


 Isyraff's : Fish & Chips..


Mine's : Seafood Fried Rice
Not bad!


Hubby's : Nasi Paprik..


Us : Sagu Gula Melaka serve with strawberry ice cream..;-)
Nyum3x..highly recommended!


Nak tau kat mana tempat nie...selain google maps, boleh jugak cari alamat nie..selamat mencuba!

Wednesday, November 30, 2011

~ yoGi2 taKoYaKi + cOOL bLoG ~


Hari Sabtu yang lalu, selepas puas merembat alat2 mekap kat Sendayu Tinggi kat Tesco Rawang...macam biasa lepak kat food court Tesco..selalunya Cikgu Ieda akan makan..tapi on that day terasa kenyang pulak..maybe sebab baru lepas pekena nasi lemak masa sarapan kat umah MIL agaknya..so temankan mr hubby yg x bersarapan..dia makan nasi paprik, Tyea dgn Isyraff share makan Chicken Chop while Cikgu Ieda pekena Cendol sahaja...
Lepas makan, pusing2 satu Tesco beli groceries...then masa nak balik tu sempat lagi menapau 2 benda alah seperti gambar kat atas tuh...


Yogi-Yogi Takoyaki..
Nie 1st time Cikgu Ieda makan bende alah nie..selalu dok baca jer kat blog Cik Zira Merah yg doa suka makan bende nie...so, dah alang2 nampak tu ape kata kita try bende nie...
Kat Tesco Rawang nie ada 3 flavour seperti diiklankan iaitu Octopus, Chicken Ham & Shrimp..
Mula2 Cikgu Ieda order octopus sebab terpengaruh dgn kata2 Cik Zira..(pdhal kalau hari2 biasa lebih prefer udang berbanding sotong!)..nak di jadikan cerita, sotong yilekkk so ambik inti udang laa..
Kemain laa jakun Cikgu Ieda tengok jer proses menyediakan takoyaki nie..
Mula2 letak bancuhan tepung dlm acuan yg macam kaya balls tu..then letak inti udang..lepas dah agak2 masak letak sayur kobis (?) then tuang lagi bancuhan tepung...bila dh masak part bawah, balik2kan biar masak bahagian atas plak...lama gak laa nak menunggu masak bende nie...
Harganya RM3.90 utk 3 biji...
Sedappppnya pekena panas2 siap letak sos cili+mayonis...
Dah laa inti udang tu segar...ermm..nyum3x..lain kali boleh beli lagi..
Sempat laa Cikgu Ieda pergi menapau benda nie plak..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Cool Blog...
Yg nie memang all time favourite laa..kalo jumpa booth CB memang x missed beli..
Selalu Cikgu Ieda ambik coffee flavour tak kira laa white coffee ke, cappucino ke, latte ke,mocha ke...semuanya+ bubbles..
Tapi kali nie sajer try beli Volcano Milk Tea apekenama ntah...try teh plak...
Ermm..for me, teh punya x best laa..xleh carasss kesedapan rasa kopi lagi..so, lain kali nak stick dgn kopi sajer sudahhh...
RM3.50

Last but not least..ala, macam x biasa...
Letak gambar owner blog yg happy laa sebab dapat JJCM...
Jangan maree..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...