CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Friday, April 1, 2011

keJe baNyaK saMpai taK taU maNa naK muLa...

Seminggu nie, bz sangat2 dengan kerja2 kat sekolah...gara2 orang JPS nak datang memantau guru2 opsyen BM dan Matematik kat sekolah kitorang, maka terpaksa laa bekerja macam lipas kudung! Haii...bukan laa bermakna kalau org2 JPS tak turun kitorg kerja macam kura2 yer..cuma perasaan kitorang lebih tenang sikit laa berbanding perasaan kini bila tau orang2 JPS nak datang..konon2nya nak datang hari Rabu lepas...dah prepared bagai nak rak..tunggu punya tunggu hampeh jer..tapi bukan jugak bermakna aku 'mengharapkan' diorang turun ke sekolah kami untuk mencerap aku..isk! Simpang malaikat 44 orang kata! Bikin aku stress ada la..macam x suka jer bila berada dalam situasi macam nie..macam laa selama nie kitorang x mengajar dengan dengan sepatutnya!..;-(

Tunggu punya tunggu, takde pun datang sampai sudah...

Tup2 pengetua bagitahu minggu depan depa postpone ke minggu depan plak lawatan ke sekolah kitorang..hmm..kali nie nak tawakkal jer laa..malas nak pikir banyak2..nak buat mcm biasa2 aku masuk kelas tiap2 hari tu laa..selama nie pun aku dah buat yg terbaik rasanya...hmm,,berserahhh..!!

Kerja2 yang diangkut balik umah pun usah cakap la...mana nak taip teks ucapan utk majlis perasmian Bulan Bahasa hari Isnin nie( jadi MC), nak siapkan fail ULBS+bahan bukti, fail Pandu Puteri dan siapkan lembaran kerja utk sepanjang minggu nie..haihh..

Konon2 esok dgn lusa nak berjalan2 cuci mata+ rehatkan minda..tapi nampak gayanya tenangkan minda sambil angkut fail2 kerja laa... huhuhu..

Takper2..yang penting, tak boleh abaikan masa beriadah dan merehatkan minda semata2 sebab nak hadap beban kerja semata2..tak thrill rasanya kehidupan macam tuh..lagipun, kita manusia biasa,bukan robot yang hanya tahu bekerja tanpa mengenal penat dan tension dalam hidup nie..

Ape pun, kerja tetap kerja...enjoy tetap kena enjoy jugak..barulah hidup sentiasa happening!

Ke guane??? Hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...