CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Sunday, November 11, 2012

BLUEBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum...hari keempat cuti sekolah bermula...mesti ramai kengkawan yg pergi bercuti2 Malaysia dengan family. For me, since mr hubby susah nak apply cuti or lebih tepatnya cuti tahunan dah habis, so terpaksa laa memerap  kat rumah sahaja! What a boring school holidays ( life kami dah x seperti dulu since mr hubby bekerja kat tempat baharu nie..no more jalan2 during weekend (dia cuti hari Khamis aku pulak kerja )....no more jalan2 cari makan kat tempat2 yg jauh2 sikit...sigh! Harap2 x lama laa keadaan nie...;-(
Okey laa..lupakan bab sedih2 x dapat pergi bercuti tu...whatever it is..life must go on...no turning back orang kata...so, nak isi masa cuti sekolah nie...apa kata aku try resipi2 baru (baru laa bagi aku, org lain dah lama try dah..)
Kali nie beranikan diri mencuba resipi Blueberry Cheese Tart...selama nie xde acuan then x tau pulak kat mana nak grab bahan2 nak membuatnya...tanya2 kat member diorang kata dekat Stadium Darul Aman ada sebuah kedai menjual bahan2 dan peralatan bakeri...so apa lagi..terus cargas ke sana dan beli bahan2 yang diperlukan...oh ya, resipi ni aku copy paste dari blog Kak Ita fromintankitchen.blogspot.com  suka sangat sebab Kak Ita tak lokek ilmu malah sudi buat step by step panduan bergambar gitu nak memudahkan tukang2 masak amatur macam aku nie...dah laa pandai masak, resipi pun hebat2...fotografi pun x kurang hebatnya...bangga ada anak Melayu yg terror dalam bidang masakan macam Kak Ita..saya copy paste yer Kak Ita...menjadi resipi yg akak bagi tu..Alhamdulillah tapi xde laa secantik hasil tangan Kak Ita...



Ok, secara jujurnya..rasa memang dah sama macam yang jual kat kedai bakeri tu...lagi sedap kot hehehe sebab filling blueberry dgn cream cheese tu sukahati kita laa nak letak banyak2 pun kan? Nak telan sendiri buat ape nak kemut2 dgn bahan-bahannya...cuma abaikan lorekan ungu kat atas cheese yg tak berapa nak berseni tu yer...masa belum bakar kecik molek halus berseni jer rupanya...bila dah bakar dia mengembang lorekan tu yg jadi gedabak lagu tuh..hehe...okey nie resipi aku copy paste dari blog Kak Ita yang Kak Ita copy paste dari blog Kak Azita x silap aku...

Tart Crust / Shell


Bahan-bahan :

170gm marjerin

50gm gula aising

1 biji telur Gred C

290gm tepung gandum

1 sudu kecil esen vanilla



Cara-cara :

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :

Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Cream Cheese Filling



Bahan-bahan :

250gm cream cheese

50gm gula kastor / gula halus

1 biji telur Saiz B

½ sudu teh esen vanilla / esen lemon



Cara-cara :

1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.

4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.



Filling :

Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.


2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.

3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!

4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.

5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.

6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.

7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.

8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)

9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.

10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!





Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :

1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).

2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.

4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust

Okey...selamat mencuba yer kawan-kawan...;-)

Friday, November 2, 2012

mE & mY DNE ( De' Noorish Elegance Scarft )


Assalamualaikum wbt...
Phewwww...lamanya x datang sapu2 sawang kat siniiiiiiiiiiii...banyak betul cik2 puan spider dok bermastautin kat blog ni...
Bz apanya ntah aku sendiri pun x pasti..then bila mood nak update blog tu tiba, tup2 plak setting kat blog tu xleh nak upload gambar...lepas godek2 baru laa boleh..
Hmm..lepas nie Insya Allah blog ini takkan terbiar sepi lagi...nak update gak biar laa xde sapa nak baca pun..at least boleh dijadikan tatapan aku tatkala boring ;)
Okey laa..sebagai permulaan semula untuk update blog nie..aku nak post pasal Tudung De Noorish Elegance atau singkatan perkataannya DNE...
Hmmm...tudung nie patternnya lebih kurang tudung FNJ (Fareeda Nyata Jelita) laa..cuma brand yang berbeza..for me yg pernah mencuba kedua2nya...ternyata kedua2nya ada pro n cons masing2...
Cuma aku prefer DNE than FNJ disebabkan oleh harganya dan juga labuhnya...
Range harga DNE ni ialah RM160 untuk size M yang plain n printed RM165 untuk Semenanjung.
Yang kat atas tu adalah koleksi aku yg pertama..DNE Sakura Brooch..aku beli online dgn harga  RM160 ( gulp!! Second time aku beli tudung yang mahal..selalu dok belasah tudung pasar malam jer..huhu)
Berkenan sebab kombinasi warnanya yg soft n of course my fav colours too!! ;-)



My 2nd DNE :

Yang ni beli pre-loved kat FB gak...harganya RM120..berkenan sebab kebetulan kombinasi warnanya tu matching dgn baju kurung aku nie..lagipun brooch tu nampak unik dan menyerlah sebab warna merah..of course satu lagi faktor ialah sebab ada colour pink! Lol...
Macam biasa, snap gambar dalam kereta masa otw nak pi kerja..mujur ada husband jadi driver..hohoho



My 3rd DNE :

Pun beli pre loved gak dari FB dengan akak yang nak try size L plak..so dia nak letgo semua DNE size M dia untuk beli size L..
Terbeli sebab colournya match dgn baju aku yg satu  ni...harga akak tu jual kat aku ialah RM130..;-)

So, sekianlah cerita pasal aku dan koleksi DNE ku yg tak seberapa..baru ada 3 helai tu pun husband dah jeling2 sebab mahal sangat katanya untuk harga sehelai tudung..yeah..I admit..memang mahal pun..so sekarang macam dah insaf sikit tapi x tau laa lama mana boleh insaf kan..hehe

Buat yg berminat, boleh search jer tudung DNE nanti berderet2 laa senarai dealer dgn tudung2 DNE yg gojes2 keluar..happy online shopping peeps..;-)

Thursday, November 1, 2012

Macam mana nak upload gambar kat blog ??

Tensionnn!!! Dah lama x update blog..malam nie bila mood nak update blog tiba...tup2 tgk setting post kat Blogger ni dah x sama macam dulu...Mana perginya butang photo yang kita perlu klik untuk upload photo tu?? Xde pun kat atas tempat taip ni ?? Tolong bagitahu jap kat mana yer...ke kat note book aku jer problem ?? Susah hatinyeeee...!!! Help pleaseee..;-(

Tuesday, August 28, 2012

~ piNKy eiD 2012 ~


Rasanya masih belum terlambat untuk Cikgu Ieda wish Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 ( 1433H) kepada semua pengunjung yang masih sudi bertandang ke blog yang dah lama terbiar sepi nie...
 Hari nie macam ada mood sikit nak update blog, maka blog ni pun dikemaskinikan laa seadanya...
Malas nak taip panjang2 lebor...ala2 kador dah ler...huhu
Warna tema tahun ni ialah PINK ! I loike PINK colour very muchhh!!..dah lama berangan nak sedondon pink satu family tahun nie baru terlaksana..jenuh laa nak memujuk Boboi Boy berdua tu suruh pakai pink..hehe...
Kat atas tu saje laa suka2 bergambar kat studio gambar...x plan pun sebenarnya...lalu depan kedai gambar tengok orang ramai kat kedai gambar terus dtg idea nak menyibuk sekali dengan diorang...maka terhasillah gambar kat atas tu...hmmmm...jenuh berapa kali snap baru nak dpt yg mcm tu...mcm2 hal budak2 nie pun..huhu


Macam biasa harus laa ada gambar gedix tuan tanah kedaung kan??
Excited punya pasal dpt pakai pink dari atas sampai bawah...hohoho...






My sis Uya with her hubby n her daughter Safiyya
My cousin Nor with her hubby n son Danish


Okey...tu jer nak update untuk kali nie..till then..take care n cau cin cau...;-)

Friday, August 3, 2012

IHYA' RAMADAN BERSAMA PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH


Assalamualaikum wbt..kembali bersiaran..
Rindu di hati x terkata nak update blog malangnya x sempat jer memanjang..plus malas plak nak on lappy..asyik online kat FB via BB sajer..kali nie dah alang2 on lappy maka nak update laa sikit short story pasal diri sendiri...
Kali ni nak post story pasal Majlis Ihya' Ramadan bersama Pengarah Pelajaran Negeri Kedah En. MAnsor bin Lat yg bertempat di Dewan Cempaka, SMoKBJ..sekolah kami terpilih sebagai lokasi untuk berbuka puasa bersama beliau...jadi semua guru dan staff hadir pada malam tu..
Aku ? Buat kali keduanya "bertuah" (??) sebab terpilih menjadi juruacara bergandingan bersama seorang juruacara otai di sekolah nie...rasa kerdil jer diri nie digandingkan dgn org pro mcm cikgu tu..tapi, demi memikul tanggungjawab yg telah diamanahkan, sedaya upaya kulakukan yg terbaik..ALhamdulillah semuanya berjalan lancar tiada tersasul ataupun tergagap ketika berbicara..
Hmmm...terpulanglah lain kali kalau org dh x suka x perlu lagi aku menahan gemuruh di dada setiap kali beraksi di pentas berdepan dgn ratusan mata yg memandang !
Gambar nie kredit kepada salah seorang guru yg bertugas merakamkan detik2 bersejarah pada malam tu...
Hmmm...kelakar pun ada bila tgk gambar nie..d macam YB melobi undi kata husband aku!


Yang tengah berucap tu laa Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, En. Mansor bin Lat...sementara yg dok termenung kat belakang tu adalah juruacara yg x sabar menunggu azan Maghrib berkumandang di udara menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi daerah Pendang dan kawasan2 yg sewaktu dengannya...;-)

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan jayanya..for me, peluang yg diberi merupakan pengalaman yg sangat berharga..

Saturday, June 16, 2012

~ haPPY faTHer'S daY ~

Assalamualaikum...selamat berhujung minggu!
Alhamdulillah..minggu nie dapat bercuti selama 3 hari sempena Kedah bercuti Israk Mikraj hari ni..yeay!! Lamanya x merasa bersantai pada hari Ahad tengok Melodi dan JJCM macam dulu ! Ngeee.;-)
Cuti pun xde ke mana2 sebab en hubby keje! Dok laa dgn si Isyraff nie sambil kemas2 umah..mop satu rumah macam nak patah pinggang! Haihh..;p
Okey, selain dari sambutan Israk Mikraj pada hari ni..ada satu lagi sambutan lain iaitu HARI BAPA..
Ermm..ada yg kata x elok sambut Hari Bapa ke Hari Ibu ke...hmm..for me, selagi betul niat kita menyambut dan meraikannya serta x bercanggah dgn ajaran agama..Insya Allah xde masalah kan?

Selamat Hai Bapa diucapkan kepada semua bapa,ayah,abah,papa,daddy,appa,father dan macam2 lagi laa istilah yg sewaktu dgnnya...
Istimewa untuk ayah saya CHE ANI BIN HAMAD..gambar kat atas tu...^..;-)
Sayang sangat at ayah cuma aku nie jenis yg tak reti nak tunjukkan rasa kasih dan sayang dgn ayah sebab x seberapa rapat mcm dgn mak...
Alhamdulillah, berkat kasih sayang dan pengorbanan ayah aku selama ni aku mampu menjadi seorang guru pada hari ni..
Bagi aku, banyak sangat pengorbanan yg ayah aku dah buat sepanjang membesarkan kami 3 beradik..
Dulu, masa berkhidmat dalam ATM, dengan gaji yg x seberapa tu lah dia menyara kami semua....memberikan wang saku serta seboleh-bolehnya menyediakan segala keperluan kami adik beradik!
Sedaya upaya cuba diadakan sekiranya kami merungut nak duit untuk membeli barang-barang keperluan persekolahan kami..
Bab makan pun begitu juga..bagi ayah aku, biarlah kami x bermewah2 dari segi pakaian dan kemudahan lain asalkan makan minum mencukupi serta x kempunan!
Hmm..bersyukur sangat dikurniakan ayah sebegini..
Alamdulillah, kini masing2 dah besar dan aku rasakan kini tibalah masanya utk kami pulak membalas jasa & pengorbanan ayah selama nie..
Insya Allah selagi mampu dan terdaya, aku akan menyediakan segala keperluan ayah dan mak..
Sebagaimana mereka berdua tidak berkira untuk menyediakan untuk kami suatu ketika dahulu..
SAYANG AYAH !;-)




Juga buat ABAH kepada anak-anakku...merangkap suamiku..SUHAIMI BIN MOHD SHAMLAN..
Terima kasih abang kerana menjadi seorang abah yg sangat penyabar dengan karenah anak2 kita selama nie..
Sentiasa melayani  rengekan dan permintaan dari anak-anak yg semakin membesar..
Alhamdulillah....walaupun hidup serba sederhana...tapi ayang tetap bersyukur sebab kita sentiasa cukup dgn kasih sayang dalam keluarga..
Semoga terus menyayangi kami bertiga dan rumahtangga kita diperlihara serta dalam kebahagiaan hingga ke akhir hayat...
AMIN...

Thursday, June 7, 2012

Mee Udang Restoran Aur Gading, Sg. Dua

 Seperti yg dijanjikan kelmarin, meh aku nak review plak tentang satu lagi tepat makan famous yg sempat kami singgah masa otw back from Penang hari tu...
Kami singgah di area Sg Dua untuk pekena mee udang plak ! Ermm,setahu aku la kan..kalau sebut Sg Dua mesti well known dgn Mee Udang..berderet2 gerai menjual Mee Udang di sepanjang jalan kat SG Dua tu...
Ala,,macam kat area Kg Losong, Terengganu tu laa kan? Kalau sebut nak pi Ganu nak cari keropok losong nanti bila dah sampai Kg Losong tu ko dah berpinar2 biji mata pastu migrain x tau mana satu kedai keropok losong yg korang nak pilih kan? Dah semuanya jual keropok LOSONG..nama pun KG LOSONG yer dak? Hahaha..
Okey, kembali ke pangkal jalan...
Nie pun hasil carian kat google search laa...keluar masuk blog orang sana sini then confident jer boleh jumpa tanpa set GPS..maybe sebab yakin dgn jalan kat sini yg x complicated dan mengelirukan mcm jalan2 kat Penang kot..SIGH!!
Okey, nak mudahkan cerita..if korang dari KL nak menghala ke Utara..sila masuk Exit yg menunjukkan Sg Dua tu yer..ikut bwh flyover pastu corner kanan...then korang akan jumpa deretan gerai mee udang tapi korang terus jer sampai laa jumpa macam pekan kecil then teruskan lagi sampai jumpa Kg Pengkalan Machang x silap aku..terus lagi then sampai korang jumpa jambatan....JANGAN naik jambatan itteww!! Tengok ada restorang di sebelah kiri jalan...sedikit tersorok ke dalam...ada signboard bertulis RESTORAN AUR GADING...warna kuning signboardnya...yer situlah destinasi yg kita cari2 yer...sila masuk dan parking kat situ..tempatnya agak luas dan menyediakan ruang utk datang secara berkumpulan/berkeluarga juga...
Kitorang order Mee Udang dan juga Kerang Bakar...
Gambar merembes saliva sila refer seperti di atas ! Sekian terima kasih..;-)



Sementara tunggu Mee Udang nie sampai kami sempat laa pekena kerang bakar cicah sos dulu..hmm..sedap dan well cooked kerangnya..x macam kerang bakar yg pernah kami cuba sebelum ni..ada yg teralu kering sampai naik kecut isi kerangnya dan ada jugak yg tak masak sampai siap nampak lagi darah kerang tu..haihhh..yg nie mmg well cooked laa mat salle kata..huhu...berebut2 pakat cungkil laki bini..mana tau sepinggan RM3 jer kalo x order sorang sepinggan..mueheheheh...
Pastu bila main dish akak mee udangnya sampai..kami tengok ianya dihidangkan dlm mangkuk besar macam mangkuk nasi tambah tu... Maknanya masa nak order tu sila mention untuk makan berapa org punya...kami nak makan 2 org so dia buat laa memang semangkuk ni utk 2 org makan dgn 6 ekor udang yg bosar2 godang saiznya! Dok terguling tergolek kelihatan sungguh menggiur dan mengghairahkan  menyelerakan !
Masing2 pandang mcm banyak n larat ke nak habiskan 2 org semangkuk besar lagu tuh? Hmmm...


Ni plak mangkuk aku...sedikit mee dan 3 ekor udang...
Abahnya makan 2 ekor udang sebab seekor daripadanya telah dimakan oleh Isyraff..;-)
Memang terasa laa sedap segala rencah2 yg dimasukkan kat dalam mee udang nie..cukup rasa manis,masam,masin,pedasnya...kuah pun pekat x cair..


See..??
Konon2 jer banyak x larat habiskan..dasar laki bini perut stokin Santa Claus! Haha..


Tuuu..muka kemain happy dapat habiskan semua makanan kat atas  meja tu..tapi dgn bantuan aku laa..hahaha
Pendek kata, memang berpuas hati laa kunjungan pertama ke sini nyata tidak mengecewakan..husband yg cerewet tu pun siap puji cakap lain kali boleh datang lagi...dekat jer tak jauh mana pun...hahaha..(padahal kalau kedai sebelah rumah jer kalau x sedap haram dia nak jejak ke situ lagi! ) Hmm..pada sesiapa yg nak mencuba korang google laa sendiri yer...taip : Mee Udang Restoran Aur Gading Sg, Dua...;-)

Restoran Kapitan, Lebuh Chulia Penang


Kelmarin, kami bertiga  beranak (without Tyea sebab dia ikut mak dgn ayah aku pi umah Uya > adik aku kat Cyberjaya ) pi JJCM ke Penang..
Kemain laa buat researh tentang interesting eateries around Penang tu...siap googles keluar masuk blog orang search for tempat2 makan yg best kat Penang tu...
So, hasil google..dah decide to hunting for Cheese Naan + Beriani Claypot with Tandoori Chicken...lepas tu nak mencuba jugak Laksa Janggus kat Balik Pulau then on the way back plan nak singgah pekena Mee Udang kat Restoran Aur Gading di Sg. Dua..
Okey, daripada 3 tempat makan tu..dua daripadanya berjaya ditemui..Alamdulillah...cuma Laksa Janggus yg terletak di Balik Pulau jer gagal ditemui...dh sampai area Balik Pulau pun x jugak jumpa! Sampai boleh dikatakan kami pusing2 kat tempat yg sama buang petrol jer satu Penang tu..hahaha
Okey, abaikan kisah sesat kami tu...
Kali ni nak review pasal Restoran Kapitan di Lebuh Chulia, Penang..
Menu special kat sini bak kata blogger2 lain of course la Naan Cheese + Tandoori Chicken dgn Beiani Claypot + Tandoori Chicken nya...even Kak Nani Rostam yg famous bab2 masak tu pun sempat lagi leave a comment about Naan Cheese yg special tu..katanya aku patut try yg tu kalau pi Penang..hehehe..tq for the idea Kak Nani...memang meletup sedapnya! Jom tengok gambar2 yg aku sempat snap kelmarin...
Kat atas tu mcm biasa laa encik asben aka mr driver for the day sedang asyik dgn beriani claypotnya..baru nak memulakan suapan..Bismillahirrahmanirrahimmm...;p


Bila waiter dtg nak ambik orer tu..laju jer order benda2 kat atas nie dengan lancarnya ..without FAILED okehh?? Iyo laa dah sepanjang malam dok hafal nama2 menu famous nie..hahaha...
Kitorg order menu kegemaran ramai laa..Naan Cheese + Tandoori Chicken dgn 2 set of Claypot Beriani + Tandoori Chicken..aku order Mango Lassi, hubby teh ais n Isyraff  milo ais...


Mula2 aku makan nie...
Hmmm...actually, aku jarang2 pekena Naan Cheese..so, bila pekena yg nie aku susah sikit nak compare kan dgn kat tempat2 lain...tapi kalau nk suruh aku explain naan cheese nie alone without comparison...yupp!! Me likeyyyy..!! Suka dgn naan yg lembut, gebu fluffy tu...makan panas2 bila siat2 siap keluar meleleh cheese dr dalam naan ni..hehehe...cicah dgn kuah2 segala mak nenek tu.pastu pekena plak dgn Tandoori Chicken memang sedap laa..cukup rempah ratusnya!  Must try laa kalau korang sesat ke Penang yer?
RM10 satu set mcm kat atas nie..


Lepas dh kenyang makan Naan Cheese tadi, baru egeh2 nak hadap Beriani Claypot nie..portion dia agak besar dn ayamnya yg besar tu mmg kenyang laa kalau korang kaki makan tegar! Even aku yg tegar ni pun x daya nak habiskan smpai kena tapau bwk balik..hahaha..pun sedap jugak nasi dia kan sebijik2 guna beras Basmathi yg iklan panjanggggggggggggggggg  tu,...memang sebijik2 x melekat butir2 nasinya...pastu ayam pun sedap cukup rempah ratusnya..besar plak tuh..aku share dgn Isyraff pun x larat habiskan..hehe..satu set mcm nie cuma RM8.60..sangat laa berbaloi2x..;-)
Okey, tu saja review tempat makan menarik untuk hari nie..
Aku malas plak nak bagi alamat since xde alamatnya..nak senang korang gogle jer taip " Restoran Kapitan Lebuh Chulia, Penang "..nanti keluar laa results berderet2..hihihi..
PS : Nanti next n3 aku review pasal  Mee Udang Famous kat SG Dua pulak yer..;-)

Monday, June 4, 2012

ABC Jerai @ Pantai Merdeka..


Sape suke makan ABC angkat tangan laju2 !! Hehehehe...sure berdesup yg angkat kaki  tangan sebab ramai yg suka makan ABC kan?? Cikgu Ieda pun salah seorang peminat tegar ABC nie...heacen what dapat pekena ABC nak2 lagi di kala malam bulan mengambang tengah panas terik mcm kat Kedah sekarang nie...
Tapi x semua ABC yg kita pernah try tu sedap iye dak ? Nasib laa macam aku sendiri pun adakala jumpa yg sedap adakala langsung x sedap!
Tapi kan, seumur hidup nie kan, so far ABC tersedap dan paling awesome yg pernah dicuba ialah ABC JERAI namanya..
Yang anehnya ABC nie bukan dijual di kaki mahupun di puncak Gunung Jerai..no-no-no!
Tapi sebaliknya di tepi pantai sahaja! So bagi para suami yg isterinya mengidam nakkan ABC Jerai nie, jgn risau sbab anda x perlu bersusah payah mendaki Gunung Jerai tersebut demi menunaikan keinginan isteri anda..
Anda cuma perlu ke Gerai Kak Chik yg terletak di salah sebuah food court di tepi Pantai Merdeka yg terletak di daerah Kota Kuala Muda sahaja..
Sangat laa kebabooms presentationnya dgn ais sagatnya yg tinggi menggunung pastu bn2 plak cukup lengkap siap pacakkan aiskrim skoop dgn konnya lagi! Tak cukup dgn tu letak skali biskut tawar leh wat cicah2 dgn ABC nie..versatile laa biskut tawar zaman sekarang makan dgn ABC padahal dulu2 org pekena dgn kopi O sahaja!
Oh ! Ya lupa nak mention...harga untuk semangkuk ABC yg marvellous ini ialah RM5 sahaja! Sahaja okey sebab bagi aku harganya memang affordable dan reasonable utk big portion of ABC yg mewah mcm nie..
Bukan nak up lebih2 laa...tapi hakikatnya memang ABC ni yg terbaik pernah aku cuba..
So, anda sudah boleh membayangkan kenikmatannya sekarang ? Nah..apa lagi ? Berkunjung laa ke Pantai Merdeka dan cubalah sendiri keenakannya..ABC Jerai..;-)

Bila dapur dah lama x berasap...



Hahahahh...tajuk x boleh blahh jer..x catchy langsung utk orang nak membacanya! 
Feduliks laa...dapat upload 2 keping gambar nie pun dah happy tahap gaban nie haa..
Okey, kali nie nak upload gambar makanan yg x seberapa nie.. dah lama jugak x masak sebab mood xde...asyik menapau jer..
Ntah mcmana teringin nak makan asam pedas so masak la baru puas sikit makan yer idok?
So tengahari kelmarin gigihlah Cikgu Ieda bersilat kat dapur sorang2 masak Asam Pedas Ikan Pari + Bendi , Sotong Goreng Kunyit, Telur Dadar dan goreng ikan masin my mom's homemade..
Pastu untuk penambah selera celur pucuk ubi wat geng dgn budu..hmmm...mmg meletop laaa makan pun berpinggan2..
Pastu kebetulan masa pi pasar ada beli ubi keledek...sebab dalam kepala memang dah set nak buat kuih nie...
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

Cek Mek Molek...
Hmm..molek dok cek mek saya ?
Hahahah..gasak laa gentel2 janji siap..
Dapat laa dlm 33 biji siap boleh bawak balik rumah mak dengan bangganya lagik! Asam pedas ty pun sama tapau bawak balik rumah mak..pastu mak balas bekas dgn gulai udang! Best3x..hehehe
Okey, sekian laa n3 makan2 utk kali nie..kalau lineclear Cikgu Ieda update bergambar lagi yer..
Take care !
;-)

Monday, May 28, 2012

Dinner Treat @ Idaman Kuala Ikan Bakar, Kuala Kedah


Dua malam yang lepas, Uya & Padel balik Kedah so diorang ajak laa kami sekeluarga + mak,ayah & Yie keluar gi makan malam...decided nak makan seafoods sebab dah lama bebenor x pekena seafoods..
Discuss punya discuss then we decided untuk menghala ke Kuala Kedah sajer..plan asal Padel nak ke Kuala Perlis tapi macam jauh sangat laa pulak, kang x pasal2 mengamuk si baby Fiyya nie..
We all sampai ke Kuala Kedah n dari Pendang ikut highway ke sini x sampai pun sejam perjalanannya..
Pilih untuk mencuba makan di Idaman Kuala Ikan Bakar, Kuala Kedah..
Sampai tu tengok okey laa orang pun x berapa rmai then kawasannya luas dan agak selesa...
Pilih laa seafoods untuk dimasak seperti gambar di atas..
Ada lagi Siakap Stim belum sampai masa gambar ni disnap..then yg dalam gambar tu Jenahak Tiga Rasa, Ketam Bercili Thai, Buttered Prawn, Sotong Celup Tepung, Kerang Bakar, Kailan Ikan Masin dan Ayam Goreng Kunyit untuk Isyraff yg x reti2 nak  makan seafoods! Minuman we alls order 2 jag jus tembikai...
Alhamdulillah, kenyang+ berbaloi n total makan2 on that night ialah RM250 dan ditaja sepenuhnya oleh Uya n Padel...tq! Nanti kalau ada rezeki we alls pulak belanja korang yer??


Me with my chubby chewy gummy baby > Fiyya...
Rindu sangat2 tapi x puas nak gomol2 dgn dia dh balik KL semula..
Kena beranak sendiri laa nampak gayanya gini..lol!


Kemain melopong pantang nampak camera confirm fokus! hahaha..anak sedara sapaaa laa nie..good girl!!


Our men + boy !


Our mini + happy family..
Really enjoy this moment !

PS : Sebelum nie malas nak update blog sebab lambat sangat nak upload gambar..ingatkan terus x dapat nak upload..rupa-rupanya kena tggu lama sikit..
Hmm..xper laa lama pun lama laa janji dapatgak upload...tapi x dapat laa nak upload gmbr stok kombo mcm selalu..hihi...;-)

Friday, May 18, 2012

Hari Guru 2012 SMOKBJ


Assalamualaikum..
Salam hari Jumaat buat semua pengunjung blog Cikgu Ieda..kat sini Jumaat dan Sabtu merupakan hari minggu...so, masa nie laa nak ambik kesempatan mengemas,membasuh,mengemop,melipat,menyusun dan termasuklah mengupdate blog..
Kiranya nie n3 panas2 lagi laa sebab story pasal sambutan Hari Guru 2012..
Tahun pertama disambut di sekolah baharu..pengalaman baru dan segala-galanya baru..malas nak ulas lanjut laa mana best mana kureng...x baik plak nak banding2kan nanti ada yg terasa...so, layankan sajer laa gambar2 yg ada..x banyak mcm tahun lepas lantaran segan nak mintak tolong orang snap gambar...malu nak  tunjukkan habit sebenar yg sawan kamera nie...lagipun belum ketemu geng yg sekepala bab bergambar nie..;-)
Nie gambar beramai2 kat luar Dewan Cempaka..lepas acara bacaan Yaasin beramai2...keluar2 dewan terus cari geng ajak bergambar..;p
Untuk tahun nie tiada tema yg khusus ditetapkan..hanya tema BEBAS sahaja..so, macam2 warna dan fesyen  ada! Aku macam biasa, macam hari2 lain..selesa dgn kurung moden dan shawl yg sama kupakai tahun lepas..;p..owhh!! Cuma kasut tu jer jarang2 ku pakai ke sekolah..selalunya pakai wedges tapi memandangkan ada acara sukaneka yg memerlukan pergerakan yang agak cergas, jadi terpaksa laa pakai kasut mcm tu..x matching langsung! Lol....


Dari kiri Ayu ( kaunselor ), Kak Midah (GKMP BAHASA ) yg super duper cool, Kak Yati Guru Pendidikan Khas, Kak Zuraidah ( Guru Pendidikan Khas, Kak Suraya ( GC Matematik ) n me...


Orang2 kuat di sebalik tabir...AJK Majlis Guru..


Nie masa acara sukaneka..group aku ni Kumpulan 6...satu group gn tuan pengetua gitu tapi dlm gambar nie dia x dapat dikesan..tukar baju rupanya! Akak2 nie sedang bz menyusun strategi utk menurunkan pemain2 yg berkaliber sahaja! Yang kurang berkaliber sila duduk di bangku simpanan..tettt!!



Siap sedia...


Nie acara mende ntah..tutup bukak kon kecik tu..battle la antara 2 group serentak..
Aku tak main..yang aku main xde gambar sebab segan nak suruh org snapkan..siannn!





Okey, tu jer n3 ringkas malas nak wat caption utk kali nie..
"Selamat Hari Guru 2012 "

Tuesday, May 15, 2012

Aktiviti Tahunan SMoKBJ Sepanjang 5 Bulan Saya Berada Di Sini..


Sepanjang 5 bulan berada di tempat baru nie, macam2 jugak laa aktiviti tahunan sekolah yg telah aku lalui bersama warga SMOKBJ..
Meh aku compile kan sekaligus laa antara aktiviti2 nya :
Kat bawah nie gambar masa Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah ..
Macam biasa ada perarakan tapi kitorang berarak kat area sekolah n padang sekolah jer..
Dengar jer macam dekat tapi mak aihh....kawasan sekolah dan keluasan padang kat sekolah baru aku nie adalah 3x ganda lebih besar dari sekolah lama dulu! Ermm..ada rasa gak laa kaki nie lenguh2 dh macam merentas desa plak..hehe


Nie buat julung2 kalinya keluarkan kamera di khalayak ramai dan bercamwhoring mcm nie..;p
Al maklumlah aku kan baru kat sini..risau gak ape diorg kata dgn habit SAWAN KAMERA aku nie..
Mujur ada jugak yg paham jiwa macam Wanie nie...dia nie kaunselor..bakal menamatkan zaman bujangnya awal bulan Jun nie..


Ni dia laa geng2 cikgu kat sekolah baru aku nie..emmm...rata2 bertudung labuh.;-)


Lepas penat berarak tu, masuk ke Bilik Masakan then gotong royong memasak utk jamuan plak..
Tumbang lembu 2 ekor on that day..best betul dpt rewang masak2 sembang2 mcm nie..siap ada cikgu2 yg bawak pulut tanak makan dgn ikan masin...gaul nyoq..minum kopi O panas...perghhh!!! Hahaha..



Tara....inilah hasilnya penat lelah kami tadi...
Semuanya lauk pauk ala2 kampun yg begitu membuka selera! Nyum3x..i'm lovin' it! Kalah Mc' D uols!!


Yang nie plak untuk Hari Anugerah Kecemerlangan..pakai sedondon baju uniform baru sekolah nie...
Uniform pertama aku kat sini..dengan Kak Hezrin..English teacher...

Macam boria x??
With staff office yg very the sempoi one!


Kualiti gambar kurang memuaskan sebab ceduk gambar dari FB jer..
Nie gambar budak2 Kadet Polis aku..
Dah jemu berkawat diorang ajak kami wat pertandingan masak2 plak..
Terhasillah Pertandingan Memasak Nasi Goreng..


Macam2 nasi goreng ada...hew3x..


Ok, yg nie pulak masa LADAP : KERJA SEBAGAI IBADAH..
Sepanjang kat sini, seingat aku baru sekali kitorg datang keje hari Sabtu..kewl!! -)
Okey, sampai sini sajer utk kali nie..esok2 aku update banyak2 gambar pasal Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah...can't waitt!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...