CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Sunday, August 11, 2013

yELLOwisH eiD 2013 ( Part 1 )


 Assalamualaikum semuaaa...kembaali bersiarannn....alang2 dah bersiaran ni aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua pembaca blog ni...
Seperti yang korang nampak kat atas tu, tahun ni warna kuning telah dipilih sebagai warna tema kami sekeluarga...biasalah kuasa veto mem yang menentukan warna tema kami sekeluarga...
Kebetulanlah pulak tahun ni aku menggalas tugasa sebagai ketua rumah sukan Satria (Kuning) maka semangat dan aura rumag Satria masih diteruskan sehingga menyambut hari raya! :P

Nasiblah hubby dgn anak2 jenis x cerewet dan mengikut jer kehendak dan pilihanku..sonang laa koje den ni haaa hehe...rasanya tahun ni laa kami serba sedondon tetapi paling sederhana...sederhana dalam erti kata tahun ni aku melaram dgn kurung pesak gantung mcm gi kerja jer..xde baju kurung moden aatau mini kurung mcm tahun2 lepas...hmmm...sebabnya sebab susah nak cari baju yang betul2 sedondon dari segi corak dan warna dgn anak daraku si Tyea...then satu lagi sebab badan dah makin debab rasamcm kurang selesa nak berfesyen2...padahal kemain laa teringin tengok orang berpeplum dan dress yg lace cantik2 tu...insha Allah dlm proses untuk menurunkan berat badan..:-)

Oh, ye..kalau nak tahu possing gambar studio tu lebih kurang sama jer dgn possing last year...bezanya pakaian dan background tu jer yang berbeza! Ntah laa...Cina kedai gambar tu pandai2 jer nak suruh pose cengginih padahal kitorg dh decided nak pose mcm lain! Tkper thn depan nak pose mcm lain plak..skema yaa ampunn haha

Sementara tggu mr hubby balik dari masjid tu, sempat laa aku ajak anak2 possing syok snap sendiri dgn pakaian sedondon kami...nasib2 baik mood anak2 elok lagi pagi2 buta nih hehe....







Then bila mr hubby dah balik dari masjid, ajak dia pulak possing together gether...anak2 kasi chance kat mama dgn abah since diorg pun dah penat kena paksa bergambar! EKekeke...


Okey, sekian n3 snap syok sendiri pada pagi raya kat rumah kami..ada banyak part sebenarnya..nanti2 laa bila2 rajin aku update story kat sini..xde org nak baca pun x kisah laa...sebab blog ni dah jadi macam online diary kami sekeluarga..bosan2 boleh gak bukak balik dan baca smbil tengok2 gambar...:-)

Tuesday, August 6, 2013

Biskut Mazola aka Biskut Kacang


Hai semua...redup jer cuaca kat bumi Pendang ni...projek "mengkukis" diteruskan lagi dgn biskut ke 5 utk tahun ni iaitu biskut wajib Biskut Mazola aka Biskut Kacang...
Aku ni, mana yang mak aku biasa buat dan sajikan untuk Hari Raya, yg tu laa aku teruskan...lagipun biskut oldskool macam ni mudah dan tak rumit cara pembuatannya..bahan2 pun boleh kata senangnak dapat...so, marilah kita membuat biskut ni yer adik2 sekalian...aku ambik resipi mak aku 

BISKUT MAZOLA A.K.A BISKUT KACANG

1 kg kacang tanah ( disangai, buang kulit dan mesin halus)
1 kg tepung gandum ( ayak )
1ct baking powder
500 gram gula icing
Secubit garam
700ml minyak jagung ( aku guna minyak Mazola )

Hiasan : 
Kacang tanah 
3 biji kuning telur  + sedikit pewarna kuning telur

Cara membuatnya : Masukkan tepung gandum, baking powder dan gula icing ke dalam mangkuk. Gaul rata. kemudian masukkan kacang tanah yang telah dimesin halus. Masukkan garam. Gaul rata2 lagi. Then masukkan pula minyak jagung. Agak2 yer jangan terlembik or terkeras pulak. Agak2 dah boleh kepal dan bulatkan kira ngam ho laa tuh..

Bentukkan sesuka hati. Macam aku, aku prefer gentel bulat2 then letak kacang tanah sebagai hiasan. Then sapukan kuning telur kat atas biskut ni. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit ( depends pada oven masing2 yer )

Selamat mencuba ! :-)

Monday, August 5, 2013

Biskut Sarang Semut


Hmmmm...sejak cuti sekolah yang panjang untuk menyambut lebaran yang bakal menjelang ni...jenuh jugak laa dok godek2 resipi ushar resipi biskut yg mudah dan boleh dicuba untuk disajikan kepada para tetamu tahun ni..tup2 terpandang member sekolah lamaku upload gambar Biskut Sarang Semutnya kat wall FB dia...terus macam..tingggggg !! (Keluar metol yg menyala kat ats kepala!) timbul idea nak mencuba biskut ni...kiranya first trial laa...pilih punya pilih..berkenan dgn resipi Chef Hanieliza...dah la bahan2nya mudah, tak banyak dan tak renyah pulak tu..cuma kena gigih bab nak memarut doh tu jer laa...tapi kejap jer kukuerjakan sorang2...Satu adunan yg kat bawah ni dapat dlm lebih kurang 80 biji! Agak sedikit bagiku sebab nak kena bahagikan kepada 3 buah rumah..takpe..nanti esok2 kita tambah lagi satu adunan yer...aku suruh anak2 rasa, diorg cakap memang bestt!! Maybe sebab taburan choc rice kat atas tu dan biskutnya sangat comel..kiranya menarik hati kanak-kanak laa...jom semak resipinya kat bawah ni :

BISKUT SARANG SEMUT 

Bahan 
250 gm butter
 
100 gm gula halus
 
350 gm tepung gandum.....]
 
100 gm tepung jagung.......] di ayak
 
1 biji kuning telur
 
1 s/teh esen vanilla
 

hiasan 
Sedikit coklat rice
 
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
 
secukupnya paper-cup kecil
 

Cara 
1. Pukul kembang butter dan gula.
 
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
 
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
 
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
 
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
 
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
 
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Biskut Choc Chips Ala Famous Amos


Ecececeyyyyyy...tajuk tak boley blahhh...mau bikin gempak aja kamu ya?? Hihihi lantak laa...nak perasan sekali sekala..lagipun dah memang aku copy paste dari ownernya diberi nama sedemikian! Takkan aku nak memandai2 ubah plak tajuknya! Kang x pasal2 kena sama..hehehe..

Okey, x nak celoteh panjang...meh nak share satu resipi yang kuambil dari blog kak YatieMemories Sinar Kehidupanku...dah 2 tahun berturut-turut guna resipi ni...disebabkan rasa dan teksturnya menepati piawaian tekak kami sekeluarga specially anak2..maka tahun ni pun aku gunakan resipi yg sama lagi! Memang sedap dan rangup krup krappp kruppp krappp...anak2 aku kemain mengangkut..kejap jer dh tinggal separuh balang! Kena sorok kalau tak mmg x sempat raya dah licin! Huhuhu...jom skodeng resipi...mintak halalkan resipinya yer kak Yatie..:-)

Bahan² 
·                     1 cawan gula kastor/halus-Yatie guna 1/2 cwn je
·                     1 cawan gula perang  
·                     1 cawan mentega
·                     1 cawan minyak
·                     1 biji telur
·                     1 sudu besar susu segar
·                     4 cawan tepung gandum
·                     secubit garam
·                     1 sudu kecil cream of tatar
·                     1 sudu kecil baking soda
·                     1/2 cawan walnut cincang 
·                     2 cawan semisweet chocolate chip
·                     1 sudu kecil esen vanila
Cara² 
1.            Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Yatie gaul guna whisk je.
2.            Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
3.            Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
4.            Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
5.            Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.


Biskut Samperit Susu

Assalamualaikum...lama x menjengah kat blog ni..kali ni, sempena mengambil mood lebaran yang bakal tiba tak lama lagi maka eloklah kita buat n3 yg berkaitan dgn Aidilfitri. Sana sini blogger masakan dok tayang biskut raya masing-masing. Aku pun nak tumpang sekaki laa...walaupun amatur dalam bidang "mengkukis" ni...tak kisah laa kan? Janji aku mencuba jugak...tapi biskut yg simple2 dan tak bahanyak bahan laa..yg complicated tu order yg dah siap sudahhh...kang kesian pulak org yang jual biskut tu tak laku, ye dak ?? Hehehe...

Okey, nak share satu resipi biskut iaitu Biskut Samperit Susu...every year mmg biskut samperit masuk dlm lisst biskut raya yg aku akan buat...sebab mudah, simple dan sedap...selalunya aku buat samperit biasa..ala yg guna tepung kastard tu...tapi tahun ni saja nak tukar selera sikit..guna resipi Samperit Susu..masa mula2 dgr pasal Samperit Susu ni...dalam kepala otak terbayang ~ SUSU TEPUNG ! Rupa-rupanya sangkaanku meleset sama sekali...guna susu pekat rupanya wehhh...hmmm lagi mudah! So, aku pun try laa buat...guna resipi yg aku ambil dari blog ReenKhan. Tq yer akak..mintak halalkan resipinya yer..Alhmdulillah, gebu gebas n it's melt in my mouth uols!!! Ekeke...Cer tengok gambar kat atas...gebu tak? Gebu tak?? Ehehehe...ni resipinya yer puan-puan :


BAHAN BAHAN

250GM BUTTERCUP
1/2 TIN SUSU PEKAT
100GM TEPUNG UBI
450 GM TEPUNG JAGUNG
1 SUDU TEH ESEN VANILA

UNTUK HIASAN
COKLAT CHIPS
COKLAT RICE

CARA CARA

1.BUTTER DAN SUSU PEKAT DIPUKUL SEHINGGA SEBATI TETAPI TIDAK PERLU PUKUL LAMA SANGAT..JIKA PUKUL LAMA  BILA DI BAKAR KUIH AGAK KEMBANG

2.MASUKKAN TEPUNG UBI DAN TEPUNG JAGUNG DAN TELAH DI AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT.

3.REEN GUNA ACUAN SEMPERIT PECAH 15.JIKA TIADA BOLEH TERAP BENTUK YANG DISUKAI

4.BAKAR PADA SUHU 150C 15MINIT-20 MINIT REEN GUNA API BAWAH SAHAJA.
 SUHU KENALAH FOLLOW OVEN MASING2 YE ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...