CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Sunday, September 29, 2013

Hatyai Trip Part 1 (Nora Plaza)

 Dua hari yang lepas iaitu pada 27 September 2013, aku telah join rombongan Geng Bas Sekolah dengan member2 sekerja...kiranya ni 1st trip laa aku ke sana..considered as my 1st trip ke oversea juga...oversea laa sangat! Kui3..pi kali ni bawak anak daraku yang sorang tu..saja bawak dia buat teman sembang2 dalam bas hehe...jenuh jugak laa dok cover xnak bagi adik dia tau..hehe..
Gambar ni snap sejurus lepas berjaya menukarkan wang RM kepada Baht....possing dulu laa sebelum perabiskan iye dak ?


Ermm...aku tukar sikit jer...RM350 jer..kononnya nak warm up jer mcm segmen jalan2 tengok tempat, cuci mata, released tension, makan2 n possing2 gittew...memang xde niat nak shopping kaw2 mcm sesetengah kengkawan yang lain..lagipun xnak budget lari...kang jenuh nak kejor ekeke...( depa tu takpe laa dh DG48 dgn DG52..aku yg DG44 ni belanja ala kadar padan dgn gaji jer laa hew3)
So , RM350 = 3,445.40 kot aku dapat on that day...
Hmm member2 aku kata kalau ikutkan kadar pertukaran wang asing, jadi duit kita murah sikit...RM100 = 96.40 Baht...
Aku x phm sangat bab2 nilai wang ni..hehe


Ni masa dah sampai kat border Danok...sementara tunggu member2 yang lain abes cop border pass diorg, sempat lagi laa aku keluarkan kamera n snap2 kat sini hehe...



Part paling menarik, kalau korang sampai ke Thailand jangan lupa langut tengok keadaan wiring electric diorg! Fehhhh...beginilah  keadaannya! Berselirat + berserabut mcm ni haa...terfikir gak, x bahaya ke diorg biar mcmni ? Meter bacaan pulak kebanyakkannya terletak kat tiang2 kat tepi jalan ni jer..contohnya kalau ada deretan kedai sebanyak 5 buah, maka sebanyak 5 buah laa meter bacaan akakn bertepek kat tiang elektrik tuh hehehe


Destinasi pertama, kami dibawa ke NORA PLAZA. Ada tourist guide yg explained tentang tempat2 yg bakal kami lawati hari ni...mak dengan ayah aku cakap, kat sini laa ada photographer tukang snap gambar tourist pastu jual gambar-gambar tu kat kita...hmm..memang boleh buat duit la...aku x beli pun hehe save budget kekdahnya! Maklumlah berada jauh di perantauan dan mesin ATM ! Kui3

Member2 yg bawak duit lebih tu ada gak laa shopping wallet kulit pari, beg kulit lembu, batu cincin dan kat sini juga ada jual dessert sarang burung tu...sesiapa yg nak feeling dan jadi awet muda boleh laa pekena bird nest dessert tu hehe. Aku x pekena pun sebab aku memang awet muda! Pengsannnnnnnnnnnn....:)


Kat sini aku shopping t-shirt untuk aku sehelai, untuk anak terunaku sehelai dan untuk mr hubby 2 helai.
Pastu beli souvenirs kecik2 mcm dompet dgn key chain...
Nak bagi kengkawan, family members n students :)


Yang tudung biru dengan purple tu laa mastermind untuk lawatan kami kali ni...kali jalan punye olang! Hew3..merangkap banker kami jugak hehehe...if sesiapa x cukup duit, boleh tukar jer dgn diorg ni..:P




Anak-anak yang excited sama macam mak2 nye hehe...


Okey, last but not least, inilah satu-satunya t-shirt yang kubeli untuk diriku sendiri kat sini..saja x nak shopping banyak2 kat sini..kan banyak lagi destinasi nak dituju..takut kang ada tempat lain yg lebih murah daripada ni jer...
Okey, till the next part...tq for viewing my blog... :)

Saturday, September 7, 2013

Aidijuma Bawal Scarft ( AJ Bawal )


Alloooo...ada sesiapa kat sini peminat tudng Aidijuma Bawal Scarft aka AJ Bawal inspired by Datin Norjuma Habib tu tak ?
Actually, brand AJ Bawal ni dah lama bertapak kat Malaysia ni..aku pun dah sedia maklum pasal kewujudan brand tdg bawal ni..cuma x berapa nak kisah sebab dulu2 asyik pakai shawl dgn inner, tdg ekspress n tudung layer tu jer..
Pastu dah dengar nama tudung yg diinspirasikan oleh Datin Juma tu, terus assumed..ouhhh mesti mahal tudung tuu..pastu terus x terniat nak beli or pi booth dia untuk ushar harga..

Sampai laa satu ketika, aku rasa dah boring sgt2 dgn style tudung yg aku selalu pakai sekarang ni...ahha! Sampai gitu sekali laa tahap boringnya dgn imej aku skrg ni...
Terus datang idea untuk nak kembali berbawal...lagipun mmg banyak2 jenis tdg, aku paling suka tengok orang bertudung bawal! Nampak sweet, cute dan ayu gitu..ala2 remaja n awet muda gitu..maklumlah kan remaja suka dgn tudung bawal..so, mak2 ni pun feeling nak jadi remaja jugak laa... bhahahha (gelakkan diri sendiri!)

Then, nak dijadikan cerita...pertemuan pertamaku dgn AJ BAwal ni bermula pada tanggal 31 Ogos 2013..ececeyyy...masa tu dok pusing2 kat Star Parade nak buang masa sementara tunggu masa nak masuk panggung tengok citer KL Zombie...
Pusing punya pusing terrrrnampak laa AJ BAwal concept store kat level yang sama dgn Big Cinema tu..
Mula2 buat2 lalu ikut jauh jer...xde langsung datang dekat2...sambil2 mata ni dok menjelig nak ushar regenye...tup2 ternampak ada signboard promosi sempena merdeka sale! Start 30 Ogos until 1 September...semua siap dapat diskaun dari range bawal plain, tone, lace, garden, butterfly, stripes n mcm2 lagi laa yg aku tak hafal lagi jenisnya...
Terus datang dekat belek2 material kainnya dan OMG!!! Aku jatuh chenta pandang pertama dgn materialnya...tak lembut tak keras! Pendek kata senang nak bentuk laa...
Terus try beli dua colour iaitu hijau pucuk pisang dengan biru turqouise macam gambar kat atas tu...
Sehelai berharga RM5.60...so dapat laa beli dgn harga RM11.20! Murah kot sbb time offer kan? Kalau nirmal, sehelai berharga RM7 gituuu...lucky me...
Bali rumah tak sabar terus iron n pakai...memang tangkap cintan sekali lagi....
OMG!! Tak lena tidur malam tu dok terkenang2...
Sudahnya nak tau ape jadi ????
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
..



Malam esoknya berjaya psiko dan pujuk rayu hubby untuk sekali lagi ke tempat yang sama...semata-mata nak borong AJ BAwal Plain ni...maklum laa last day offer kan? Lepas ni sure rege naik RM7 balik..rugi laa x borong bnyak2...
Terus beli 6 helai ni yg kebanyakannya boleh wat matching dgn baju2 kerja aku...
Puashati giler sebab total untuk 6 helai ni baru  RM33.60 !!!
Fehhh tak pernah aku rasa bahagia shopping kaw2 macam ni ...
Rasa nyesal plak dulu dok tergiler2 beli tudung layer2 yg regenye paling murah RM65 sehelai tu...boleh dpt yg ni berhelai2 kot...
Esoknya terus pakai gi sekolah..kebetulan ada event kat sekolah kitog kene pakai baju sedondon uniform sekolah ni...so aku pun pakai laa colour hijau pucuk pisang yg mula2 beli tu...
Alhamdulillah, dpt feedback yg sangat menyenangkan hati dripada students dgn kengkawan...anak murid ckp ckgu nampak muda 10 tahun! LOL...mujur aku x pengsan kat depan kelas! Hahaha..

Me wearing AJ Bawal Plain (Hijau Pucuk Pisang)



Me wearing AJ Bawal Plain ( Striking Yellow)
Jamuan Aidilfitri & Farewell Party untuk Form 5 ..


Me wearing AJ Bawal Plain ( Olive Green )
Masa pi kenduri tunang member...


Pendek kata..I LOVE AJ Bawal..tak sabar nak gaji boleh borong banyak2 lagi..kalau ada offer lagis yok memborong! Hehe

Nak tau lebih lanjut pasal tudung AJ BAwal ni boleh search kat Facebook Aidijuma Bawal or tengok kat website dia...i tak reti nak letak link kats ini..so pandai2 laa uols gooogle yer...hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...