CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Wednesday, March 30, 2011

Pemergian yang tak disangka..



Assalamualaikum buat pengunjung yang sudi berkunjung ke blog Cikgu Ieda nie…macam dah agak lama jer x update citer2 kat sini..ermm..mood x berapa nak ada 2-3 hari nie…maybe sebab masih terkejut bila menerima berita tentang pemergian bapa saudara yang tersayang..yg lebih mesra dgn panggilan “Pak Lang” dalam kalangan kami anak2 saudaranya… Isnin yg lepas, aku menerima berita yg cukup merenggut rasa dan terpaksa menerima hakikat yg sangat memilukan bila Pak Lang yg cukup kami kasihi dan sayangi pergi buat selama-lamanya menyahut panggilan Ilahi…

Innalillahiwainnailaihiroji’unnn..hanya kalimah itu sahaja yg mampu terucap di bibir ini bercampur baur dengan rasa terkejut tatkala menerima berita tentang pemergian Pak Lang kami…dengan tak semena-mena ingatan terhadap seraut wajah yang sentiasa tersenyum mesra datang silih berganti..

Boleh dikatakan insan itulah bapa ‘kedua’ kami sewaktu kami meniti zaman kanak-kanak, bertukar ke zaman remaja..malah hingga meniti ke alam berumahtangga kini pun, Pak Lang tetap dgn keletahnya yg suka berjenaka dgn kami anak2 saudaranya… bagi aku sendiri yang dibesarkan di kampung oleh datuk dan nenekku, rumah Pak Lang turut menjadi rumah keduaku…di situlah juga aku belajar mengaji Muqaddam dan seterusnya Al-Quran pada waktu malam…dengan keluarga Pak Lang jugalah aku menumpang kasih tatkala tok dan tokwanku berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah Haji.

Mungkin tidak ramai yg memiliki hubungan anak-bapa saudara yang akrab seperti kami sepupu-sepapat semua…istimewanya insan ini kerana memiliki aura yang boleh ‘menjinakkan’ sesiapa sahaja kanak2 yang rapat dengannya…sikapnya yang suka berjenaka,mudah tersenyum dan tertawa turut membuatkan insan2 yang berada di sekelilingnya turut tertawa dan terhibur dengan setiap lawak jenaka dan tutur katanya yang bersahaja tetapi ada kemesraannya… Masih ku ingat dan tak mungkin akan luput dari ingatanku…kami sepupu-sepapat sentiasa tak sabar menunggu musim cuti sekolah kerana pada masa itulah kami semua dapat berkumpul sambil mendengar cerita-cerita dongeng rakyat dahulu kala yang pada masa itu kurasakan sudah cukup hebat dan bisa membuatkan kami semua kagum dengan cerita-cerita yang disampaikan oleh arwah…untung bagi kami semua kerana sudah biasa didedahkan dgn cerita-cerita hikayat,cerita2 rakyat dan cerita2 jenaka sedari usia yang muda! Bertuahlah kami kerana cerita-cerita itulah yang menghiasi malam2 kami semua.. takkan ku lupakan, kami beramai2 bersila di atas pelantar dengan berbumbungkan langit malam yg dihiasi bintang-bintang…sambil begitu teruja menunggu Pak Lang usai solat Isya’ kerana sudah dijanjikan cerita-cerita yang menarik dgn jenakanya yang bersahaja itu…masing2 nak chopp ambil tiket kelas 1 di hadapan sekali! Hehehe…indahnya malam2 kami bila berada di samping insan istimewa itu!.. Paling tak boleh dilupakan apabila Pak Lang sentiasa membuatkan kami bergaduh sesama sendiri akibat berebut giliran nak menjawab soalan-soalan teka-teki…ingat lagi kali pertama Pak Lang bertanya “ Ayam di Baling makan apa?”…masing2 berkerut dahi sambil memikirkan jawapan2 yg munasabah..;p . Bila dah mati akal, kami pun masing2 surrender! Dengan selamba Pak Lang menjawab..”dah kena baling, mana nak sempat makan apa2..lari berterabur laa ayam2 tuh!”..huhuhu…tertipu kami yg B ini…hehe..lepas tu dia tanya lagi..” Negeri manakah paling ramai penduduk?”..jenuh kami nak aplikasikan ilmu2 Geografi dan Kajian Tempatan kami masa tu..masing2 nak tunjuk terror nak2 lagi aku..haha..confident jer jawab Selangor laa, Kelantan laa…nak tau jawapannya apa??..”Perak laa…sebab terlalu ramai sangat penduduk, diorang terpaksa duduk kat mana-mana tempat yang ada…kat PARIT pun ada, kat LUMUT pun ada..hehehe..”…

Paling sentimental value…dia ada wat lagu khas pasal aku..siap bergendang segala! Semuanya gara2 bentuk hidung aku yang penyek nie…ada ke dia samakan hidung aku dengan pelepah kelapa kat atas pokok depan laman rumah dia tu?? Err…admit! Memang hidung aku penyek pun…hehehe..and kalau diamati betul2..memang pelepah kelapa tu ada iras-iras hidung aku pun! Pasrah! Tskkk!!!...Alhamdulillah, redha seadanya dengan segala kekurangan dan kelebihan diri yg dianugerahi Allah..;-)

Budi baik Pak Lang tak berakhir dengan berperanan sebagai penglipurlara terbaik untuk kami…malah, beliaulah insan yg menjadi tulang belakang dalam keluarga besar kami terutamanya apabila melibatkan hal-hal perkahwinan, kematian dan kenduri kendara..kemahiran dan kepetahan beliau berbicara telah menyebabkan beliau sentiasa menjadi ‘jurucakap’ bagi pihak keluarga kami….semua kerja2 telah dimudahkan dengan memiliki insan yang berbakat seperti arwah…( sedih pulak bila terpaksa gunakan perkataan ARWAH bagi menceritakan tentang diri beliau!)..

Pemergian insan ini bukan setakat dirasai oleh kami ahli keluarga terdekatnya, malah seluruh kampung dan kampung-kampung yang terdekat turut merasainya…untuk pengetahuan semua, arwah merupakan Ketua JKKK yang banyak membantu menyelesaikan masalah2 penduduk kampung..dari urusan bantuan sekolah, bantuan kewangan dan urusan kebajikan penduduk kampung, kudrat arwahlah yang akan dikerah demi membantu selagi terdaya!

Rumah arwah tak pernah sunyi dari kunjungan insan-insan yang memerlukan bantuan baik dari segi kewangan malah dari segi nasihat dan rundingan…arwah jugalah bertindak sebagai pendamai rumahtangga yang bergolak, turut sama ke Balai Polis bagi menjamin anak-anak muda yang terlibat dgn gejala sosial dan sebagainya…kenduri kendara juga pasti tak lengkap tanpa kehadiran arwah bagi memeriahkan suasana di samping arwah turt bertindak sebagai Ketua Chef di setiap rumah-rumah kenduri di kampung kami…

Belakangan nie, kami jarang2 balik kampung, maka jarang jugalah kami bersua muka..terakhir ku lihat wajahnya sewaktu arwah datang ke rumah kami untuk berbincang tentang hidangan kenduri kahwin Uya yang lalu… pada masa tu, arwah beria-ria nak bawa Tyea ke kebunnya…tapi arwah suruh Tyea minta izin dariku sebab katanya takut aku tak bagi Tyea main kotor-kotor kat kebun dia nanti…ke hulu-ke hilr dia angkut anak aku dengan motorsikal merah dia tu…kemain happy lagi Tyea ikut Tok Lang dia ke sana-sini…ku biarkan saja kerana setidak-tidaknya aku ingin membiarkan anak-anakku turut merasa betapa indahnya zaman kanak-kanak di desa…merasa pengalaman yang sama pada zaman kanak-kanakku dulu..

Itulah kali terakhir aku menatap wajahnya yang masih boleh tersenyum mesra dan mengusikku…timbul rasa ralat kerna tak sempat nak bersalam dan mengucup tangannya seperti biasa sebelum berangkat pulang ke sini dulu…mungkin dah ditakdirkan kami tak sempat bersua muka pd waktu itu…

Punca kematian arwah tidak pula dapat dipastikan…menurut ayahku, arwah sihat sahaja, Cuma sehari sebelum itu arwah jatuh pengsan di kebunnya dan terpaksa diusung pulang ke rumah oleh pekerja-pekerja kebunnya…keesokan harinya beliau dibawa oleh anaknya ke klinik dan mendapat rawatan biasa dan diberi ubat angin sahaja oleh doktor. Sempat lagi arwah ke bank untuk mengeluarkan wang dan membeli tembakau dalam jumlah yang banyak..memang arwah kuat merokok tapi rokok daun yang digulung dengan tembakau yg biasa disedut oleh kebanyakan org2 kampung..

Sebelah petangnya, kata ayahku berlaku ribut yang luar biasa kuatnya..sampaikan pokok-pokok sukun di hadapan rumah Pak Tehku tumbang ditiup ribut itu! Pada waktu senja itulah, arwah menjenguk ke luar pintu rumahnya sambil menagrahkan anak bujangnya yang agak istimewa untuk keluar mengutip pelepah-pelepah kelapa yang banyak berguguran di laman rumah! Terdetik di hati Mak Langku..kehairanan kerana tergamak menyuruh anaknya yang istimewa itu keluar dlm ribut2 semata-mata untuk mengutip pelepah kelapa yang gugur! Lantas Mak Langku melarang sambil mengatakan bahawa biarlah rebut reda barulah kutip pelepah2 kelapa tuh..akur dengan kata2 Mak Lang ku..dia masuk sambil berbaring di atas katilnya dan Mak Lang ke dapur,.

Tiba2 Mak Lang terdengar suara memanggilnya dengan suara yang agak ketat dan sedikit sesak nafasnya! Kelihatan Pak Lang sudah terbaring dgn keadaan terlungkup sambil di mulutnya keluar darah yang agak banyak! Menurut cerita, Pak Lang juga turut cirit-birit dan mengeluarkan darah..ternyata Pak Lang tidak mampun bertahan lama..terlalu pantas maut menjemputnya!

Berdasarkan cerita Mak Lang..terlalu cepat hal itu terjadi! Dan Pak Lang pergi buat selama-lamanya di pangkuan Mak Lang dan anak bujangnya yang kebasahan akibat taat menurut arahan ayahnya itu…sungguh memilukan rasa di hati tatkala Mak Lang bercerita kepadaku….dalam rebut yang menggila pada senja yang hening itu..lebih tepat lagi pada waktu Maghrib, Pak Lang pergi meninggalkan kami semua bersama kenangan2 indahnya buat kami semua…

Sesungguhnya, pemergian Pak Lang meninggalkan seribu kedukaan buat insan2 yang mengenali dirinya…tapi kami pasrah kerana sudah ditakdirkan Pak Lang pergi meninggalkan kami di usia 67 tahun dan masih bertenaga ke sana-sini..Takdir Ilahi mengatasi segala-galanya..biarpun jasad arwah lenyap ditelan bumi, kenangan dan pesanan sentiasa kami pegang buat selama-lamanya…bagi kami sepupu-sepapat yang rapat dengannya, peluang menyaksikan sendiri proses mengkafankan jenazah dan menatap wajah kesayangan kami itu ditutup buat selama-lamanya merupakan kenangan yang paling abadi buat kami..wajah arwah begitu tenang sekali tatkala dikafankan..paling tak mampu ku tahan rasa pilu ini tatkala melihat anak bujangnya yang istimewa itu begitu tabah sekali tanpa menitiskan air mata bersila di sisi kepala jenazah meyaksikan proses mengkafankan arwah…mungkin ada rasa seidh yang maha hebat terselit jauh di sudut hatinya tapi dia hanya diam membisu..air mataku semakin bercucuran jatuh dari pipi tatkala menyaksikan satu persatu insan2 yang rapat dengan arwah mengucup pipinya buat kali yang terakhir sebelum kain kafan ditutup…betapa kuatnya perasaanku meronta-ronta utk mengucup pipinya apakan daya, aku tak mampu melawan hukum2 agama yang tidak menghalalkan hal itu…

Jenazah disembahyangkan dan dalam gerimis kami mengiringi jenazah sebagai penghormatan terakhir buatnya sambil menyaksikan sendiri jenazah diturunkan ke dalam liang lahad..timbul keinsafan yang maha agung tatkala menyaksikan sendiri proses2 itu dan tatkala imam membaca talkin, terasa betapa insafnya kami semua dan ini menyedarkan kami semua bahawa maut itu adalah PASTI dan BENAR...betapa tingginya kebesaran Ilahi..Allahuakbar! Betapa kami ini hambaMu yang seringkali leka dan alpa..

Kini, tiada lagi gurau sendanya, tiada lagi kedengaran suara arwah menceritakan kisah-kisah jenaka kepada kami, tiada lagi soalan2 teka teki darinya…kami pasti merindukan PAK LANG..tapi kami redha kerana kami tahu apa yang berlaku ada hikmahnya…. Buat PAK LANG..kami hanya mampu menitipkan doa dari kejauhan buat Pak Lang agar Pak Lang tenang di sana..semoga roh Pak Lang ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang Soleh dan mendapat ganjaran pahala di atas segala budi dan jasa baik arwah akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah swt…Aminn.. Buat pengunjung2 blog yang terbaca kisah ini, sama2lah kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi buat arwah Pak Lang aku…

~ AL- FATIHAH ! ~ Kami semua sayang Pak Lang…;-)

Sunday, March 27, 2011

27.03...7 tahun yang lalu...

Huahuahua....tajuk macam rancangan Misteri Nusantara plak...ada apa dengan 27.03?? Hehehe..

Okey laa..tarikh nie sebenarnya tarikh keramat bagi kami suami isteri...7 tahun yg lalu pd tarikh nie laa kami selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri yg sah! Ish! Ayat gediks x boleh blahh dowh..hahaha..geli geleman plak tulis blog macam nak tulis karangan SPM BM! Kui3x..

Alhamdulillah..dah 7 tahun rupanya kami berkongsi hidup..berkongsi suka dan duka..selama tempoh tu jugaklah macam2 pahit manis kami tempuh bersama..tipu laa kalau dlm sesebuah rumahtangga tu sentiasa happy+ bahagia jer sentiasa kan?? Macam tu jugak la dlm family kami..tapi dlm banyak2 kes, hubby aku laa yg selalu mengalah..kalau ikutkan aku nie..haihh..kepala angin sepanjang masa!

Okey laa..jom tengok gambar2 eksklusif dari album2 lama yg x pernah di'revealkan' kat mana2...buat julung2 kalinya..khas utk pengunjung yg tersesat masuk ke blog Cikgu Ieda..haha..

Gambar2 masa muda belia n zaman cicak kubing kami dulu...(berbeza dgn zmn apam sekarang!)


Nie masa nak gi honeymoon kat Sabah..

Mentang2 laa baru posting kat Sabah, so Sabah jugaklah destinasi honeymoon kami..puas gak laa ronda2 satu Sabah tu...kaki Gunung Kinabalu sampai...Kundasang pun sampai, Pasar Filipina tmpt shopping barang2 cenderahati, Tg Aru pun tempat dating kami menyaksikan sunset..Semporna paling best sebab stay kat Chalet Terapung!Hehehehe..


Saat yg paling mendebarkan..

Alhamdulillah, dgn sekali lafaz kami selamat bergelar suami isteri setelah 4 tahun menempuh pelbagai dugaan!.;-)


Tuu dia..

Rasa lawak giler macam nak guling2 gelak sebab tengok gmbr2 zaman muda2 dulu..

Bukan aper..sempoi giler time kami nikah nie..

Make up pun x ambik mak andam..main tenyeh sendiri bodo2 jer..dah laa masa nie kenal bedak kompak dgn lipstik jer..foundation pun x pakai time nie..huhuhu...



Nie pulak time kenduri..

Tema biru muda...

Kesian kat kami snap sendiri jer gambar2 kawin pakai kamera yg kene pakai filem gulung2 tu..nak wat mcmane cameraman cancel last2 minutes!

Mujur laa ada jugak kamera time nie..kalo x,dah tentu xde kenangan..huhu..

Cengkung giler muka aku time nie..

Zaman2 nie songket je laa glamer pun..rasanya baju2 chiffon x brapa nak in lagi kot..

Rasa mcm nak nangess jer tgk gambar2 kawen zmn aku dulu thyen bandingkan dgn baju2 kawen zmn sekarang..rasa mcm nak snap gambar kawen sekali lagi jer kat studio..but for sure laa cutting dah lari maaa...huhuhu..

Dengan veil style kembang2 gini..huhuhu..x rela....!!!



Wakakaka..mc pengantin zmn 60 an pun ada snap gambar pesen gini..huhu

What ever,tak kisah laa mcmane pun rupa kami dulu,kini dan selamanya...yg penting aku sentiasa mendoakan hubungan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat malah di dunia dan di akhirat..Aminnn..;-)

iDeaLian's rOaD rUn 2011

Peringatan ! : Ini n3 kelmarin....x sempat nak upload gambar2...petang nie baru berkesempatan,so uploadkan laa...

N3 nie pasal Kejohanan Merentas Desa Idealians 2011 yang berlangsung pagi kelmarin dari pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari...macam biasa, x lengkap laa n3-n3 dari Cikgu Ieda kalau xde gambar2 kan?? So, ape lagi..layan jer laa..

Malam sebelumnya dah caj bateri kamera awal2 sebab konon2nya nak snap gambar banyak2..tak lengkap album kat FB tu kalau satu2 event x lebih dari 40 keping gambar! Hehehe..


Sampai2 jer lepas punch card terus gi kantin sarapan dulu..pergh!!Menu pagi nie lain sikit dari biasa..ada nasi dagang+ gulai ikan tongkol + gulai telur + acar timun + sambal belacan ala2 kelantan style...perghh!! mengimbau nostalgia masa dok hostel dulu2..time outing jer berterabur gi atas pasar Tanah Merah tu nak makan nasik berlauk yg sangat sedappp ituuu..

Gambar2 masa breakfast x snap sebab kamera dlm beg n beg plak dok jauh sgt dr tempat kitorg makan..so lepas makan baru sempat nak berpossing2..

Kat atas tu gambar aku dgn kawan yg mula2 sekali aku kenal kat IH nie..rakan satu batch masa mula2 tukar ke sekolah nie..Mc Naa..;p

Mc Naa, Syu n me..

Mc Naa rumah Hijau (tapi pakai baju kaler Oren!), Syu Rumah Kuning n aku rumah Biru...


Kat atas tuh otai2 Ih nie..so sweet tengok diorang tersenyum ceria macam nie..

Dah pangkat cikgu2 aku semua depa nie..hehe


Dengar taklimat dulu sebelum berlepas...

Asalnya aku hanya bertugas untuk menyediakan ahli pasukan Pandu Puteri untuk bertugas sebagai pembantu...

So, bajet2 boleh laa nak bergambar n ambik gambar puas2..

Tup2 jer dengar announcement depa panggil nama aku untuk jaga check point bagi menggantikan cikgu yg MC..

;-(

Takpe laa..nie turn orang sakit, turn kita nanti org ganti pulak,kan?

So, before berlepas ke tempat check point masing2, kitorg diberi taklimat dulu.. Aku bertugas kat Stesen 5.. Ralit dok borak2 dgn partner jaga check point tu kat dlm kereta sampai tak sedar budak2 dah melintas kat area kitorg! Dah laa silap jaga lorong lain..kelam kabut diorg cari kitorg! Mujur xde yg 'curi ayam!' hak3x.. Lari jgn x lari..;-)
Dah start melenggang dahh..

Then bile semua budak2 dah melepasi check point yg aku jaga tu..

Inilah yang terjadi..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Of course laa empunya blog nak mengabadikan kenangan kat lorong2 nie..

Tiap2 hari dok lalu jer..sikit pun x hingin nak bergambar kat sini..hehe


Pastu, ajak usatazah nie sekali layankan aku..hehehe


Dah sampai sekolah, terus x buang masa cari teman berpossing yg setia!

'Adik' aku yg sorang nie begitu setia melayankan karenah akaknya yg sorang nie..

Tq my dear!!

Geng2 FB..



kat padang plak..masa acara penyampaian hadiah..

Kami?? Pedulikan agenda di atas pentas !!

Agenda kami lebih penting...hahaha







Akhir sekali...

Ketua Rumah Hijau..Kak Zaharah tersenyum bangga apabila rumah Hijau diumumkan sebagai Juara Kejohanan Merentas Desa 2011..

Tahniah diucapkan

Saturday, March 26, 2011

cOloUrs oF sPM 2010

Ada kelapangan masa nie, nak letak gambar2 masa hari pengumuman keputusan SPM 2010 hari Rabu yang lepas...sebagai salah seorang yg turut menyumbangkan tenaga untuk mendidik budak2 SPM tahun lepas, of course laa aku sangat teruja..malah aku sendiri pun turut terkena tempias berdebar2 masa malam sebelum result diumumkan...Alhamdulillah, 100% pelajar dari kedua2 kelas yg aku ajar LULUS Bahasa Melayu..subjek yg aku ajar selama 2 tahun dgn mereka..rasa bersyukur ke hadrat Ilahi sebab sebelum2 nie ada seorang pelajar perempuan Cina yang memang tak pernah lulus BM. Mungkin dah rezeki dia kali nie dia lulus BM...rasa happy sgt2 dari aspek tu..tapi a bit frust sebab ramai pelajar yang aku target dapat A untuk subjek aku nie tak dapat capai target! Kebanyakan hanya dapat B+ sahaja! Apa2 pun aku dah berpuas hati dan taknak salahkan diorang sebab aku tahu diorang tentu dah cuba untuk buat yang terbaik demi masa depan diorang sendiri..Ramai jugak yg tak puas hati dan sms meluahkan rasa 'bersalah' terhadapku..tapi aku ingatkan agar diorg terima saja ketentuan tu dgn redha..maybe ada hikmah di sebalik semua nie..
What ever...sangat happy sebab daripada 84 orang pelajar dari dua buah kelas,semuanya LULUS BM...makanya, kalau dah LULUS BM..secara automatiklah mereka akan LULUS BM dan layak mendapat sijil SPM...dan paling menggembirakan, dari jumlah tu, seramai 17 orang berjaya menghadiahkan aku dgn "A" untuk BM..tahniah dan terima kasih buat yg berjaya..buat yg tak berjaya, terimalah dgnn seadanya..;p
Okey..jom tengok gambar2 best students yg dapat straight A's dulu..
Erm..kalau tak silap tahun nie ada 17 orang dpt straight A's...betul tak Kak Fida?? Kalau salah tolong betulkan yer??




Budak2 gegirls aku yg comei2 lagi ayu2 berbaju kurung!
Sejuk mata memandang dgn berbaju kurung kain cotton +bertudung mcm nie..so sweet!

Suspens!

Berkongsi kegembiraan dgn family!

Yg nie plak dah mengalahkan nak ngadap tok kadi!
Haziq2x..dh macam nak akad nikah rupanya!
Nie salah seorang student saya yg turut menyumbangkan A ..tq!


Anak2 dara cun nie pun penyumbang A juga utk BM yg saya ajar!
Berbaloi rasanya pengorbanan dan tunjuk ajar selama nie..;p

Puan Penyelaras Tingkatan 5 yg bz on that day!
(Lepas nie kene marah lagi laa aku masukkan gambar dia kat sini!) Hehehe..

Leng chai2 SC3 SC4..;-)

Last but not least..sesi bergambar beramai2..;p
Sayang uols semua my students!

Wednesday, March 23, 2011

taHniaH dan jaNgan puTus aSa buaT seMua x SPM 2010

Nak buat quick update untuk hari nie...memandangkan hari nie merupakan hari pengumuman keputusan SPM 2010, maka Cikgu Ieda nak ambik peluang kat blog nie untuk mengucapkan jutaan TAHNIAH kepada semua students especially x 5SC3 dan x 5SC4 2010 (anak2 kesayangan nihh!!)...terutama kepada 17 org yg 'hadiahkan' A kat cikgu dengan prestasi cemerlang korang! Paling menggembirakan ialah kedua2 kelas anak2 didik kesayangan nie berjaya mencapai sasaran dan target 100% LULUS! Yippie!!! Happy!!! ;-)
Last but not least, kepada yang tak berapa berjaya, jangan putus asa dan terimalah keputusan yang anda perolehi dengan redha..
Esok2 baru Cikgu Ieda update gambar2 masa sesi penyerahan slip keputusan SPM tadi yer??
Hari nie totally exhausted mentally+ physically! Esok nak kene sediakan stamina nak tadah telinga ikut sesi bengkel plak dari kul 8 pagi sampai 4.30 petang..huhuhu..

Monday, March 21, 2011

taSik PutRajaYa menJadi saKsi...

Hari nie dah start sekolah,so masa gak terhad untuk blog kesayangan nie...tapi nak jugak curi2 masa utk postkan n3 kat sini..layan jer laa gambar2 suam2 kuku dr folder Putrajaya aku nie...ada banyak episod sebenarnya sbb kat banyak lokasi..walaupun watak2 dalam episod nie semuanya watak yg sama! Hahaha..
Layan jer laa aksi 2 couple laki bini bajet2 berfotogediks kat tepi Tasik kat Putrajaya nie..anak2 aku pun bagi chance baekk punyer! Line clear laa..haha..
Mulakan n3 dgn gambar pengantin yg suam2 kuku nie...
Uya & Padel...
Dah 3 bulan lebih bergelar hubby n wifey..
So romantic!
Ololo..manje nyerr...auiwww!!
Then..
Presenting!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Gambar 'pengantin' sejuk-beku!
Fresh from the freezer!
Muahahahaha..
Dan lagi...huhu..
Okey..dah3x..
takleh letak banyak2 kang takut korang berisiko untuk muntah hijau plak!
Nak tengok lebih2 pi laa korek2 kat FB aku nun!..huhuhu..
Nantikan lagi gambar2 gedix kami di episod2 yg akan datang..ehehe..

Sunday, March 20, 2011

hOt aiR baLLoON feSTivaL 2011 puTRajaYa

Lagi gambar2 fresh from the camera..ngeee..semenjak 2-3 menjak nie cepat bebenor nak meng'update' n3-n3 baru kat blog nie..mentang2 laa cuti sekolah..haha..tapi esok dah start sekolah semula, mesti bz dgn keje2 sekolah semula laa lepas2 nie..sigh!
Okey, kali nie nak bawak korang tengok belon..bukan belon biasa2 mcm kat birthday party tu yer kengkawan sekalian..tapi hot air balloon atau dlm bahasa Melayunya belon udara panas...destinasinya mestilah kat Putrajaya,kat Presint 2...
Dapat tau pasal festival nie via iklan kat TV..then terus google cari info pasal nie..dah jadi acara tahunan sebenarnya festival nie kat Putrajaya...start dari 17 Mac- 20 Mac 2011..hari nie last day laa...plan nak pergi semalam tapi hubby OT then balik umah dah sampai kul 5...kebetulanlah pulak petang2 sekarang musim hujan,so tertangguhlah niat kami nie...so, pagi tadi awal2 kejutkan anak2 bersiap2 ke sini...kami konvoi 2 buah kereta dgn Uya n Padel sekali..jumpa kat Presint 2 terus..;p
Kami bertolak kul 9 pagi dari rumah+ sesat barat segala then sampai laa kat sini dalam kul 10.30 pagi...dari atas jambatan dah nampak belon2 nie..sangat teruja! Anak2 teruja, mama dgn abahnya pun tumpang gembira! Hehehe..
Yang nie snap dari dalam cermin kereta sahaja...masa nie tengah jammed giler sebab umat manusia berpusu2 nak datang tengok bende alah nie(termasuklah kami!)

Comel!

Mujur senang nak dapat parking kereta..turun jer terus pesan kat hubby snap gambar semaksimum mungkin! Wakakaka...penat2 aku charge bateri kamera digital sebelum keluar tadi..yg hubby plak wat lawak angkut DSLR kemain lagik...mana tau bateri tinggal satu bar sajer! Tu pun terkelip2 hidup segan mati tak mahu! Adoiyaiiiiii!!!
Nak nangesss jer tengok sana-sini org angkut DSLR kat leher masing2..-(


Masing2 muka teruja + gembira sebab dapat bergambar dari kejauhan dgn belon biru ittew!

Nah! Ambik sekeping lagiii...;p

Khusyuk gilerr!!

Owhh!!Yang ini lagi bangga giler dowhh...
Aku junjung belon besar itu! Gagah perkasa giler aku..hehehe
Sebelah tangan plak tu! Gimme a claps!!!

Tapi kegembiraan kami tak lama..tak sampai 15 minit sampai, diorang dah turunkan dan 'kempiskkan' belon2 tu..rupa2nya seawal kul 8 pagi diorang dah naikkan belon2 nie bertukar2 ganti! So, setibanya kami masa tu, dah time diorg turunkan belon2 nie..nak tunggu boleh..tunggulah sesi kedua..kul 4.30 petang kang sampai 9 malam! Hoihhhh..tak kuasa aihh aku nak tunggu..dah laa budak2 start meragam..panas+lapar+dahaga+ngantuk! Aku pun tak kuasa sebab memikirkan esok dah start bekerja semula...so, kul 2 petang hujan turun lebat giler..terus decide utk balik....

Pendek kata, festival nie memang best nak2 lagi utk bagi peluang org ramai mendekati acara nie..penganjurannya setahun sekali amatlah dialu2kan...
Chewahhh!! Tetiba plak aku aplikasikan ayat2 cikgu BM kat sini..siap buat konklusi lagi...wakakaka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...