CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Sunday, April 24, 2011

teMpe goRenG ciCaH saMBaL kiCaP

Aku nie kan,asal petang jer mesti lapar..asal lapar jer mesti lapar nak cari something untuk mengisi perut...alkisahnya, sebelum balik dari sekolah tu memang laa dah isi cukup2 makan nasi or something heavy kat sekolah tu..bukan ape..konon2 wat alas perut nak dapatkan tenaga berdepan dengan dua orang 'askar' kat rumah nie...

Tapi nampak gayanya, melayankan 2 org budak2 nie memang mengerah tenaga mental dan fizikal! Nak tak nak dlm kul 4 petang tu dah meghoyan pikir2 nak masak sesuatu yg bisa dijadikan kudapan wat ditemankan dgn minum petang...

Okey laa..Salah satu menu mudah,cepat dan ringkas tapi sedap dan berkhasiat ialah menu kat bawah nie..

.

.

.

.

.

.

.

.

Tempe Goreng Celup Tepung Cicah Sambal Kicap !

Sodappp wehhh..

Makan panas2 memang mabelesss laa...

Aku pun tak tau nape aku nie pantang jer nampak tempe aatau makanan2 yg berasaskan soya nie..nak kata putih gebu tak jugak putih melantak makanan2 berasaskan soya nie..ah! feduliks..!! Yang penting khasiatnya...

Seingat aku, aku mula2 berjinak dengan tempe dan taufu fa tu sejak 'tercampak' jauh dari family masa study kat UPSI dulu..

Masa tu, asal turun makan kat kafe jer ada sambal ikan bilis tempe dan aku pun cubalah...ternyata melekat n sampais ekarang aku pantang nampak kalau ada menu tempe mesti kene ambik..sampai meratah2..hehe..

Kat atas tu rupa tempe goreng versi aku..

Main campak2 jer ape bahan2 yang ada kat dapur tu...

Pekena plak dengan sambal kicap yg pedas2 manis tu..haihhh...setakat dua peket tu aku belasah sorang2 jer sebab anak2 dgn hubby x berapa layan tempe nie..;-)

Nie rupa tempe yg dah dipotong2..

Dua peket aku 'kerjakan' sorang2 okehhh!!

Bancuhan tepung..
Aku main bancuh jer ape jenis tepung yang ada..selalunya aku guna tepung gandum or tepung beras..
Tapi kali nie ada tepung pulut jer kat dapur aku tu..ah!Belasah jer laa asalkan tepung..tu pun nasib ada..sikit lagi aku dok jeling2 kat tepung kastard kalau dah stok tepung lain takder..hahaha..
Masa bancuh tepung pulut nie cuak gilak gak..dlm hati terfikir..buatnya tempe aku tu liat mcm tepung gomak atau onde2..sanggup ke aku nak telan nanti?? Pasrah!! SOb3x...
Bancuhan tepung nie aku campur sekali dgn garam, serbuk kari, lada hitam, jintan manis n jintan putih..
Agak2 laa jgn cair sgt kang tak leh nak salut plak tempe korang tu...

Dan inilah hasilnya sekali lagi..
Makan paas2 cicah sambal kicap dlm cuaca hujan plak..memang asyik laa...
Sambal kicap tu mcm biasa laa tumbuk cili api banyak mana korang suka dengan bawang putih then letak gula+garam sket then tuang jer kicap manis+ perahan limau kasturi...
Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...