CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Tuesday, November 23, 2010

jaLaN2 cUci maTa..

Masih lagi update kisah2 lemau...n3 sequel masa kitorg jalan2 kat KL n spend time kat hotel ritu..malas nak pusing jauh2..then berbalik kpd niat utama nak gi Sogo n Jalan TAR sahaja utk mencari kain utk disedondonkan utk akad nikah Uya nanti..
Dimulakan dgn muqaddimah gambar kami anak beranak..tengok si Isyraff tu sikit pun x heran aksi gediks mama dgn akaknya..;p



Owh! Yg pompuan nie mmg laa anak aku yg sejati..manakala yg kat belakang tu mungkin mewarisi gen abahnya yang x berapa nak sawan kamera! Huhuhu..

Hihihi..

Penat dok pusing2 kat Sogo Warehouse Sale tu, naik foodcourt terus makan lauk bernasi!
Bukan nasi berlauk yer! Huuhuuu..meriah pinggan aku!

Anak aku yg kelaparan!


Owhh!!Penang Famous Cendol nie sangat superb!
Tak boleh nak comparekan dgn cendol yg famous kat Penang tu sbb yg tu aku x pernah try..tapi yang nie memang sedappppppp!!
Sejuk jer masuk ikut anak tekak! Huh!Nyaman...
Snap laa sekeping gambar 2 org lelaki nie..huhu
Okey,dah! Nak citer tu jer..babai!

Monday, November 22, 2010

Aku dan buku-buku itu...

Ceitt!!Tajuk skema apakah ini?
Macam tajuk cerpen pun adaaa..hahaha..
Owh ya! Buku2 apa sebenarnya?
Okey,meh nak story-the morning glory kat korang!..
Masa cuti2 panjang nie laa aku nak berjinak2 dgn buku...
Nak2 pulak tahun depan 2011 merupakan silibus baru untuk novel dan antologi KOMSAS BM Tingkatan 5 ..
Nak kena habiskan khatam dlm tempoh cuti nie..
Alhamdulillah,setakat nie dah habis sekali khatam novel nie..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yeah...presenting!!
Novel baru Tingkatan 5 menggantikan novel Konserto Terakhir..
Berjudul "Interlok" dan masih mengekalkan hasil tulisan pengarang yang sama iaitu Abdullah Hussain..
Dah 95% baca n jalan ceritanya sangat menarik..terbahagi kepada 4 bab dan setiap bab digarap dengan menarik dan ada kesinambungan dengan bab-bab yang seterusnya..
Yang menariknya, karya ini menggarapkan elemen 1 Malaysia yang padat dengan unsur-unsur perpaduan..
* (Tsk!!! Tetiba jer ayat aku bertukar jadi skema giler!Hahahaha...)

Nie plak antologi Komsas yang baru bagi menggantikan antologi Kerusi..
Bertajuk "Dirgahayu Bahasaku"..
Tapi takleh nak review lebih2 yer sebab Cikgu Ieda sendiri pun belum habis khatam lagi..hehehe
Then tadi lepas balik dari tiup2,hembus2 serba sikit kat budak2 yang nak ambik paper BM SPM kat sekolah...melencong jap ke tempat paling popular atas muka bumi nie...
Kat mana? Ala agak2 laa korang nie..
Tempat famous mcm nie pun tak tau ker? Huh!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tara...
Hihihi...kat Popular Bookstore laa..mane lagik? Hehehehe..
Pergi dgn niat nak cari buku2 rujukan antologi Komsas dan novel Interlok tadi tu laa...
Malangnya takde satu pun lagi buku2 tersebut di pasaran..maybe masih terlalu baru keluar buku2 teksnya...
So, bila dah masuk kedai buku tu tak sahlah kalo tak spendkan duit yg tak berapa nak banyak nie untuk beli buku2 kan? Lagipun pelaburan demi masa depan!
Beli laa 3 buah buku nie..
.
.
.
.
.
.


Buku Aktiviti Komsas Tingkatan 4 : Harga Remaja
Beli sebab banyak aktiviti menarik + nak jadikan bahan rujukan utk buat modul musim cuti nie..

Beli yang nie juga sebab berkenan dgn nota sisipan dia yang ringkas + padat!
Paham2 jer budak2 zaman sekarang nie tau nak yang fotostat jer! Yang salin mula laa sakit tangan laa..lenguh laa..huh!Budak2 zaman sekarang!
Aku dulu..lantak laa cikgu nak bagi salin nota berapa muka surat pun! Sikit pun tkde nak merungut, nak tarik muka what so ever!

Pastu beli jugak buku nota berilustrasi Sejarah Tingkatan 4 nie...
Tahun depan aku kena ngajar Sejarah semula,nyah!!
Haihhh..ikutkan lagi rela ngajar 4 kelas BM dari 1 kelas Sejarah!
Bukan x suka nape..
Of course laa kena banyak wat revision sbb nak ngajar..itu sudah bagus sbb boleh improvekan pengetahuan sedia ada aku....tapi...
Part paling payah ialah macamana nak attract perhatian budak2 nie terhadap subject Sejarah yang sudah dianggap sbg subjek kaku+beku+kejung!! Huhuhu..sadis betul pendapat korang terhadap subject nie,kan??'-(

Last but not least beli bende alah nie jugak sbb nak kena print out SKT ke sekolah by tomorrow!
By hook or by crook! Wakakaka..
dah lama taip tapi dok kejung jer dlm folder gara2 takde ink kat printer..
Disebabkan dah kena sound tadi,maka gigih laa aku beli benda nie walaupun ianya tidaklah semurah yang disangkakan! Huhuhu..
Terpaksalah kan..kang tak hantar SKT tak dpt APC plak tahun depan!! Muakakakakaka...
(Macam laa selama nie dah berkali2 dapat pun! Hampeh jer..hahaha)

lePaK2 KL : niGHT @ maMaK pLacE

Ini adalah sequel part 2 n3 "Lepak2 KL" kami hari tu..
Sebelah paginya kami pusing2+ronda2 area Sogo, Jalan TAR n etc sampai petang..
Check in masuk hotel pun dah kul 3 lebih...so, lepas check in tu lepak kat bili jer berguling2 kat katil then kasi chance kat anak2 recharged themselves...Isyraff bantai tido dr petang sampai Maghrib! Penat sangat gamaknya ikut aku naik turun pusing kiri-kanan kat Warehouse Sale Sogo! Hahaha..cian anak mama!
BAngun2 jer terus cakap lapar mintak nak makan nasik!
Huh! Sayu plak dengar dia mintak nasik! Kalau kat umah kemain payah nak bagi dia makan...;p
Okeh!Bagi yg tau area Dynasty Hotel tu memang tak banyak sangat choice utk eateries..
Yang ada pun 3 buah kedai which is :
1) Kedai Mamak di sebelah kiri hotel
2) Kedai Bak Kut Teh di sebelah kanan hotel ;-)
3) Kedai mamak di beberapa buah kedai berselang dgn kedai Bak Kut Teh tadi..;p
So,pilih punya pilih...kami lepak kat kedai mamak yg bernama Ahsiah Corner...yg selang beberapa buah kedai dari kedai Bak Kut Teh tadi...
Harus laa boh sebijik muka tuan punya blog..
Lepas snap baru aku perasan banyak betul kaler kuning striking kat dlm gambar nie...
Dari t-shirt aku, kerusi, fresh orange, tin laici kat belakang tu,buah oren then cahaya lampu kat kaunter belakang tu..hahaha..
Hari Kuning Sedunia!
Bapak budak wat mata stim sebab ngantuk sangat gamaknya!
berbeza dgn mata anaknya yg booolat tu sebab dh recharged tido dr petang sampai Maghrib!

Sesi geram+gomol kat dalam kedai mamak!

Ini mr hubby punya : Maggie Goreng
Banyak giler penuh pinggan..share dgn Isyraff pun banyak lagi!
Nie utk perut Melayu a.k.a aku punya..
Nasi Goreng Ayam..share dgn Tyea pun tak leh habiskan..
Semuanya sedap just terlalu banyak tu yg takleh perabiskan!

Sunday, November 21, 2010

LePak2 KL : dYnaSty hoTEL..tQ pROtOn!

Selamat bermalam minggu yang esoknya merupakan hari Isnin! Ramai yg dah start keje esok termasuk laa mr hubby..ermm..boring laa aku kat umah nie sorang2 melayan karenah 2 org budak nie..sigh!
Cuti2 nie dok lepak umah sambil layan tenet jer..pastu ada la jugak wat homework baca teks novel baru utk form 5 tahun depan yang berjudul "Interlok"..nanti2 laa aku review pasal novel tu yer? Malam nie nak story pasal lepak2 kami kat Dynasty Hotel pada 13/14/15 November ritu...
Err..maybe ramai yg tertanya2(ada ke yg kisah?) nape KL yg menjadi pilihan kami...Orait,meh nak story...
Alkisahnya, penginapan 3D2N kami tu ditaja oleh Proton Automobile Sdn Bhd setahun yang lalu apabila kami purchased our beloved EXORA tu..tempoh boleh claim voucher tu pulak adalah dalam tempoh setahun..memandangkan sudah genap setahun Exora yg tersayang berkhidmat dgn kami, maka kami rasa eloklah kami cepat2 claim voucher tu sebelum ianya expired!
Ikutkan ada banyak destinasi percutian yg boleh dipilih dgn pelbagai rangkaian hotel2 terkemuka kat Malaysia nie..
Mula2 plan nak ke Langkawi, then tukar konon2 nak ke Pangkor...konon2 boleh jumpa dgn coursemate masa kat UPSI dulu..pastu tak jadi..tukar plan nak pi dekat sikit iaitu ke PD..pun x jadi jugak sebab banyak kekangan..sudahnya pilih dkt2 area KL nie jer...lagipun kalo tempat lain ada caj tambahan akan dikenakan per night stay tapi kat area KL adalah FOC include 2 days breakfast for 2 persons!
Pilihlah Dynasty Hotel,KL...lagipun memang plan nak gi KL survey2 kain pasang utk sedondonkan masa majlis akad nikah Uya nanti..;p
Punyalah gigih pakai GPS nak cari hotel nie sebab x familiar..dh google address segala set laa bende alah nie...
Rupa2nya dekat jer x sampai 30 minit pun dr umah sendiri kalo x jammed! OTW nak ke KL jer sebenarnya...belum sampai Sogo pun hotel nie..hahaha
Nie laa entrance hotel Dynasty tempat kitorg menginap selama 3 hari 2 malam..

Bawak bekal popia sedap yang ditapau kat foodcourt Sogo
Aku suggest saper2 yg pi Sogo sila beli popia ini sebab sedap..tengok rupa jer aku terus order 4 gulung (2 peket)..mujur berbaloi sebab sedap..tapi terpaksa laa beratur panjang sikit demi popia nie..hihi


Gelagat budak2 masa tunggu abah depa pi check in hotel

Muka Isyraff teruja !

Seperti biasa, tugas aku sebagai blogger tegar pun bermulalah...
Snap gambar toilet sink, bath tub malah toilet bowl pun aku snap!

Puas laa anak2 aku jadi itik dok berendam kat dalam nie..

Puas berendam, depa main hujan kat sini plak!

King size bed..
Macamana kami berempat tido atas katil nie ha??
Jawapannya, tarik sofa tu rapatkan ke katil then kat situ laa si Isyraff tido..hihihi

Gigih anak2 aku menyemai amalan membaca hatta di bilik hotel sekalipun!
Walaupun yg dibaca bukan berupa tulisan!



Ruang bilik yg luas berbanding bilik2 hotel yg pernah dikunjungi sebelum2 nie..



Muahahahakss!!
Suker3x sebab ada cermin besar gedabak cengginih!
Terus bermulalah aktiviti di luar jangkaan nie tanpa mempedulikan 3 orang lagi makhluk kat dlm bilik tu..huhuhu
Panorama senja di KL dari tingkap kaca bilik kami

Aksi anak dara saya..sikit pun x gayat dok tinjau2 kat cermin nie..aku yg kaki gayat nie langsung tak berani berdiri..menyulur jer nak dtg dekat cermin nie..huhuhu
Kemain happy budak nie dpt tukar angin lepak kat hotel sekali sekala..
Eh! Mana pulak anak teruna saya nan sorang tu?
Let's cekidout!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Lorhhh!!
Battery low sudaaahhh...
Recharged2 please!
Olololo..nyenyaknya tido dlm aircond berselimut gebar tebal + penat+ nagntuk nie...
PS : SAYA SUKA PI CUTI2 MALAYSIA TAK KISAH LAA KAT MANA PUN..
ADA SAPER2 NAK SPONSOR ? SILAKANLAH..** BESAR TAPAK TANGAN,NYIRU KAMI TADAHKAN** ! KAMI RELA! HEHEHEHE..

Friday, November 19, 2010

mY baBy giRL daH beSar rupaNya.....

Kelmarin merupakan last day persekolahan utk anak dara saya tahun nie...
Teacher dia suruh pakaikan baju biasa jer sebab diorang nak adakan party then ada penyerahan report card, gambar kelas dan jugak gambar konsert hari tu..
Ermm,tak sangka bah besar rupanya baby girl saya yg sorang nie..sedar2 dah 5 tahun..dah habis setahun pun sesi persekolahan dia kat sekolah tadika!
Then, hari tu dia ada tunjuk then merengek2 suruh saya order gambar yg diorg shoot masa sebelum konsert hari tu...order laa 2 keping saiz 5R dan 4 keping saiz 3R..
Jom tengok gambar2 budak cinonet nih..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hehehehe...gambar dia dalam pose yg diajar oleh photographer pd malam tu...siap ada bulu2 gitu!
Mekap tu cikgu2 nya yg mekapkan...ya ampuunnn!! Meghelip!!


2 keping gambar yang sama dalam saiz 3R


Gambar kedua..
Dalam pakaian tarian kumpulan utk konsert dia malam tu..
Malam tu aku pun x paham ape kisah lagu yg dia nyanyi tu..
Tapi tajuknya "Bu Dao Weng"..aku tanya member Cina aku dia cakap maksudnya lebih kurang macam "Humpty Dumpty" laa..
Meghah menyala meghelipp!!

Nie gambar Tyea dgn classmatesnya..
Ikutkan dalam kelas nie ada 25 orang..
Try cari mana satu anak aku??
Hehehe..ya betul! Yg berdiri kat tengah2 tu..yg rambut ala2 anak rusa Nani tu..wakakaka..
Rambut tu keje teacher dia laa..hihihih..tenkiu teacher!
Close up skettt..
Say cheeseeee!!;-)

Then dia tunjukkan report card nie plak kat saya..
Perasaan saya masa terima benda alah nie??
Wahhh!! Teruja tak terkata!
Selama nie dok pass report card budak2 kat parents, isi markah, sign n komen2 bagi jer kat mak bapak!
Tup2 hari ni aku sendiri plak yg terima, baca n sign kat ruangan tanda tangan parents!
Haihhh..bangga+teruja+kembang segala2 terasa!
Kejap jer dah besar anak aku..dah sign report card anak sendiri plak sekarang! Hehehehe..
Nie plak results anak dara aku nie..
Sungguhpun baru exam peringkat sekolah tadika..tapi rasa happy+proud tu tetap ada sebab dia jawab soalan nie dgn daya usaha dia sendiri..then aku tengok semua subjek ada peningkatan except Science jer turun 5 markah..at least total percentage dia meningkat! Hapyyy!!!
Kalo dulu dpt no.11 dari 25 orang..tapi kali kedua nie dia dapat no.5 dari 25 orang!
happy sebab masih top 5!! Chaiyok my girls!!
I'm proud of youuu...;-)
Owhh..maybe peningkatan markah disebabkan kehadiran ke sekolah yg lebih better than semester 1 dulu agaknya!
Aku nampak gak sejak semester 2 nie dia dah rajin pi sekolah,dah x liat nak bangun n dah x merengek2 nak ke sekolah mcm tahun lepas! Alhamdulillahh..senang laa bila nak masuk alam persekolahan yg sebenar nanti..

Paper BM : 96 %
Haih!! Mane aci..sepatutnya kene dapat 100% laa sebab mamanya Cikgu BM!
Kena kerja keras lagi lepas nie,..huhu

BI : 88%

Maths : 84%

Science : 92%

Jawi : 100%
Dah 2 kali dia dapat full marks..
haihh..ada bakat nak jadi ustazah ke nie?? Insya Allahh..;p
Ini pula hasil kerja seni anak dara saya..

Tanglung

Tapak tangan berwajah sedih!
PS : ANAK DARA SAYA DAH BESAR RUPANYA! ( BOLEHLAH TAMBAH ANAK LAGI LEPAS NIE..HAHAHA)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...