CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Sunday, July 17, 2011

noSTaLgia : aisKrim maLaYsia peRisa miLo


Petang kelmarin, si kecik Isyraff ada merengek nak aiskrim...uiks! Depa dua beradik nie..pantang jumpa aiskrim...mesti suka jer laa...pikir2 malas nak turun gi kedai..then datang laa idea nak wat aiskrim Malaysia perisa milo seperti tertera di gambar kat atas tu ..kemain excited laa kami anak2 beranak! Yang anak2 excited sebab nanti dapat makan aiskrim milo nie..n aku selaku mama plak excited sebab dah lama rasanya tak makan n buat aiskrim Malaysia nie...hampir2 20 tahun kot tak buat aiskrim nie...
Okey, aku letak tajuk "nostalgia" kat atas tu sebab bila aku mulakan proses buat aiskrim nie, secara tiba2 jer datang balik kenangan2 masa zaman kanak2 dulu...teringat sangat2 terutamanya kat tok ( nenek ) aku...
Masa aku sekolah rendah dulu..aiskrim Malaysia nie sangatlah sinonim dengan hidup aku...sebab tok aku sangat rajin buat aiskrim nie utk dijualkan kepada budak2 kat kampung aku tu...dari satu petik sejuk sampailah mampu membeli dua buah peti sejuk...dua2 buah jugaklah penuh dgn aiskrim Malaysia yang pelbagai perisa yang sangatlah mendapat sambutan dari budak2 kampung yang rata2nya member2 aku...
Aku jugak lah tukang promote selalu jalan2 n masa pi berkubang dlm sawah pun sempat lagi gonggong aiskrim nie..org kata...promosi pengiklanan laa...strategi pemasaran gak tuh,kan?? Hehehehe...
Teringat lagi,dlm kul 6 petang tok dah siap2kan pelbagai air berperisa mcm asam boi, milo, cendol, bubur kacang, sirap,jagung n anggur...buat pakai air panas yg mendidih bukan air paip okey! Then lepas balik solat Isyak kat masjid sebelah umah tu, biasanya aku akan tolong tok isikan air berperisa tu dlm plastik aiskrim...hehehe..memang happy jer sambil wat keje sambil sembang2...;-)
Eh! Tetiba plak jadi panjang lebor aku punya muqaddimah! Wakakaka...
So, sambil buat aiskrim nie..sambil2 laa mengimbau nostalgia sambil mulut aku laju jer cerita pengalaman zaman kanak2 aku dgn aiskrim nie kat anak2 aku...
Buat pun satu bekas steel yang sederhana tu..satu bekas tu dapatlah 10 batang...kalau zaman2 dulu...sebatang jual 10sen jer..zaman sekarang rasanya dah 20sen atau 30 sen kot..ada gak yg jual 50sen depends laa pd bahan2 yg digunakan...

Bangga giler jer bila dapat susun2 aiskrim kat dalam fridge macam nie...
Pendek kata memang nostalgia laa...;-)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...