CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Thursday, December 22, 2011

Pendaftaran Tahun 1 (2012) di SK Pendang


Assalamualaikum wbt semuaaa...
Nama saya Ustazah Nur Atilyea Umaira..hihi ^;^
Amacam semua?
Comel tak anak dara saya bertudung?? Hihi
Nie laa gambar seawal jam 7 pagi hari Isnin yang lepas..
Masa nie otw nak gi mendaftar Tyea masuk Tahun 1 di SK Pendang..sekolah pilihan kami untuk Tyea menuntut ilmu..sehala sajer dgn jalan nak menuju ke sekolah baru Cikgu Ieda ( SMoKBJ) nanti..



Kes Tyea nie kira mcm sepcial sikit bagi CI sebab kalau diikutkan, ini adalah kali kedua dia mendaftar sebagai pelajar tahun 1 tetapi di sekolah yang berbeza..;-)
Pertama sekali kami daftarkan dia di SK Selayang Utama..sekolah berhampiran tenpat tinggal kami di Selayang..masa tu surat kelulusan pertukaranku belum dikeluarkan..kebetulan sekolah lama dia buat sesi pendaftaran dan orientasi terlalu awal berbanding sekolah2 lain..
So, kiranya dia dah terdedah dengan senario masa hari pendaftaran, beratur dan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sekolah di tapak perhimpunan dan menjalani Ujian Diagnostik bagi menentukan kedudukan kelas tahun 1 nya tahun depan..
So, bila terpaksa mendaftar sekali lagi di sekolah baru dia mcm x heran sangat dahhh..
Cuma yg berbezanya, kalau di Selayang dulu, majoriti pelajar tahun 1 tidak bertudung termasuklah Tyea..kali nie dia sendiri akur dan meminta untuk dibelikan tudung memandangkan semua pelajar perempuannya bertudung! Alhamdulillahh..kira satu hijrah yang besar laa buat anak dara CI..at least kalau dia pakai kat sekolah jer pun..lambat laun dia akan terbiasa dgn bertudung..makin mudahlah nak train dia nanti..Insya Allah, slow2 ajar..
Nak di jadikan cerita, sepanjang 3 hari jugaklah kami berkampung di SK Pendang untuk urusan pembayaran yuran dan taklimat waris ( 19 Disember), pendaftaran dan sesi penyerahan anak kepada guru-guru dan ujian diagnostik ( 20 Disember) dan penyusunan kelas utk darjah 1 2012 berdasarkan ujian diagnostik sehari sebelumnya dan pemberian buku teks dan tanda nama (21 Disember)..


Beratur dalam kelas sementara..masa nie semua malu2 kucing lagi sebab baru kenal..;-)



Senang jer nak cari anak dara CI nie..dalam ramai2 tu..dia laa yg paling tinggi! Dah laa sanggul pun tinggi..wakakaka..nak tak nak terpaksa laa lepas tu beratur kat belakang sekali...mimpi ngerinya jadi kenyataan..nak buat mcmana nakkk..dah rezeki awak tinggi...sampai cikgu2 cakap dia mcm budak darjah 2! Hahaha..



HARI KE -3 ( 21 DISEMBER 2012)


Sesi senamrobik dan Sukan Ria...
Kemain happy laa budak2 nie dpt bersenamrobik dgn iringan muzik..skali dgn cikgu n parents pun naik shehhhh sekali! Hahaha..


Tudung labuh sampai ke pusat! Itu pun last minutes sebab xde tudung budak terpaksa beli tudung saiz dewasa saiz S..kena alter balik lepas nie..nampak tudung jer melayang2..haha




Letak seketui gambaq CI di pagi hari yg hening masa dok tunggu anak bersenamrobik!
Then lepas senamrobik diorang masuk dlm kelas sementara parents balik..
Datang semula pada pukul 10.45 pagi utk bagi anak2 makanan..
Then saat yg ditunggu2..
Pengumuman kelas utk tahun 2012..
Daripada 4 buah kelas Tahun 1..
Tyea terpilih masuk ke kelas nie..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Alhamdulillah, hasil Ujian Diagnostik sehari sebelumnya, Tyea dapat masuk ke kelas 1 Bestari nie..kiranya kelas pertama diikuti oleh kelas 1 Harapan, 1 Jaya dan 1 Kreatif...
Alhamdulillahh..harap di sinilah bermulanya langkah pertama untuk puteriku dalam perjalanan menuntut ilmu menjadi insan  berguna..
Aminnn..semoga berterusan begini nikmat kejayaan dari Mu utk anak2 ku ya Allahh..


Super duper xcited sampai snap gambar meja+kerusi Tyea..hehe
Beg tu biasa laa gegirl mmg xleh lari dr kaler purple+pink..botol air pun begitu juga..;-)
Sekian n3 pasal hari pendaftaran anak dara CI..
TQ for reading!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...