CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Saturday, January 8, 2011

daH daPat kunCi uMah..weeHoOO!!

Lagi n3 basi yg baru sempat nak publishkan kat sini..story pasal teratak kecil kami kat Pendang nun..
Dah boleh ambik kunci semenjak lepas Raya Haji rupanya! Tapi memandangkan kami tak balik Kedah pada masa tu, so tertangguhlah agenda nak mengambil kunci umah kami tu..
Perasaan kami masa call pemaju nak confirmkan status pengambilan kunci tu sangat laaa suspens giler!! Then bila dah confirm boleh ambik kunci umah kami tu, terus laa happy bangat perasaan kami nie!! Yer laa, dah berumur 30 tahun baru merasa nak pegang kunci umah sendiri! Alhamdulillah..walaupun x besar dan x segah umah2 orang lain, tapi kami tetap bersyukur sebab berpeluang jugak memiliki harta kami sendiri..harta yg diperoleh dari hasil titik peluh kami sendiri..syukur sangat2 sebab dah ada aset dan tempat utk kami berteduh di hari tua kelak..;p
Muka teruja dapat kunci! Terus pose cenggini dgn gugusan kunci umah kami tuh!
Dari Tg Malim bertolak ke Kedah then terus gi jumpa pemaju utk settleka urusan pengambilan kunci..then bergegas plak ke TNB n SADA utk settlekan urusan pendaftaran elektrik n air..Alhamdulillah! Settle!!;-)))



Inilah kunci teratak kecil kami ..
No 45 Taman Murni, Pendang..;-)


Kembang berbunga2 tengok signboard Taman Murni nie..

Owh ! Kengkawan semua..
Saksikanlah kerja manusia yg tak bertanggungjawab ini!
Sehari selepas Raya Haji, wakil pemaju dtg check kawasan perumahan kami nie..
Mengejutkan, kesemua meter air di 50 unit rumah baru yg masih belum berpenghuni kat sini dah kene rembat!!
Cinabeng betul laa ko manusia!!
Senang2 jer nak kaut kesenangan atas kesusahan org lain!!
Mujur kami x sign agreement ambik kunci lagi masa hilang tu..kalo x tetntu2 pemaju xnak ganti meter nie..Haizzz..;-(
Kat atas tu kami bertiga ..
Pakai baju lain sebab lepas ambik kunci tu, terus balik kampung dulu..mandi,makan n tukar baju segala then datang semula ke Pendang utk check semua benda kat dalam umah tu..
Nie kira gambar kenangan 1st time bukak n melangkah masuk ke pintu umah sendiri..
Masa nak bukak pintu nie,hati aku punya laa kembang berbunga2...sukar digambarkan dgn kata2..huhuhu..(tetiba tangkap syahdu!)
Hahaha..reaksi yg terlebih sudaaaa...

Beginilah rupa parasnya teratak kecil kami tu..
paling best sebab kat belakang tu kawasan sawah padi!
Bukak jer pintu belakang, sejuk jer mata menengokkan daun2 padi meliuk lentok ditiup angin sepoi2 bahasa Melayu! Kui3x..
Pemandangan ruang tamu yg disnap dari laluan ke dapur..
Alhamdulillah, so far so good..
Walaupun still tak pasti bile kami akan berpindah masuk ke sini, kami tetap happy sebab dah ada jaminan tempat tinggal sekiranya kami berpindah ke Kedah kelak..
Buat masa nie, mungkin bagi mak dgn ayah aku tengok2kan dulu..
Masa2 akan datang tengok laa macam mana plak..kalo mcm lama lagi kat Selayang, kene bagi org sewa dulu laa nampaknya..pengsan jugak kalo nak bayar dua2 buah rumah sekaligus sebulan! Kalau sewakan, boleh gak wat top up2 ..hehehe..
Happy!!

Friday, January 7, 2011

kaMi puN naK tuMpaNG gLamOuR gaks...hihihi

Masa hari akad nikah Uya ritu, kami pun tumpang gak laa 'berkaki2' ikut bontot pengantin baru ke lokasi outdoor yg dipilih..x lain x bukan,tempat yg paling dekat dgn umah n tanpa dikenakan sebarang bayaran iaitu kat kawasan sawah padi! Memang hijau chantek jer suasananya..
Sementara tunggu pengantin dok possing2 sakan, kami pun tak lepaskan laa peluang joint 'bergediks santai' sekali! Mujur hangkut kamera banyak2..boleh pose bajet2 mcm artis Bollywood!Ekekeke..
Layan jer laa gambar2 kitorg ta[i risiko utk muntah ijou korang tanggung laa sendiri! ;-)
Dari kiri :
Munirah, Aishah, Wieyda, Umie, Aku, Nor
Yg lain2 semua sepupu2 aku except Umie jer anak sedara Nor..kira pangkat anak sedara sepupu laa kot!

Cungg jer bila dah besar jadi anak dara si Umie nie..dah laa putih melepak!


Kesian mak buyung tersepit kat tengah2 tu..time nie angin punyalah kuat! Bukan sepoi2 bahasa lagi dah...dah sepoi2 Bahasa Sanskrit gittew! Ahahaha..
Buktinya, tengoklah baju aku tu..huhu


Dalam gambar nie, aku yg paling 'kertu' tapi kalo tengok dr segi posenya,aku laa yg bajet2 kanak2 Ribena!Kwang3x..

Anak dara cun!

Bajet2 jelingan menggoda laa tuh!




..dan tetiba jer ada 'entiti' misteri berbaju merah sedang tersengih di belakang kami!
>,<




Konon2 jerrrr...



Time nie aku yg kasi idea pose cengginih..bdk2 tu ala2 malu2 meoww gitu..haha







Gambar nie macam nak ajak gaduh jer!Geng laki vs geng pompuan!

Sambut jgn x sambut jambangan bunga tuh!
Sebijik macam tgh main netball masa nie..hehehe

Thursday, January 6, 2011

haPPy 6th biRThDaY mY liL pRinCeSS!!

Allah selamatkan kamuuuuu..
Allah selamatkan kamuuu...
Allah selamatkan Nur Atilyea Umairaaaa...
Allah selamatkan kamuuuuuu..
Fuhhhhhhhh...!!!! Tiup lilin beramai2...hehehe
Alhamdulillah..hari nie genaplah 6 tahun usia puteri sulungku yg sorang nie..
Pejam celik2x..dah 6 tahun aku beranakkan dia rupanya..
Macam kejap jer..dah nak masuk darjah 1 tahun depan..;-)
Macam tahun lepas, belikan kek utk dia celebrate kat tadika dia..beli goodie bags utk kengkawan dia then passed kamera kat cikgu dia suruh snapkan gambar2 dia tadi..

Semalam gi kedai kek..
Suruh dia masuk pilih sendiri nak yg mana satu..
Of course laa bila nampak yg atas tu dia dah tak pandang yg lain..;-)
Mujr murah jer..hehe..

Fanatik kat Barbie punyer pasal sampai goodie bags pun nak yg ada muka si Barbie nie jugak!
Gigih aku dgn hubby mengerjakan 40 goodie bags nie tengah2 malam semalam!


Celebrate dgn kengkawan..
Dalam ramai2 tu dia yg paling 'gelap'!! Maklumlah kat kampung ritu mengalahkan pesawah moden lagaknya ke hulu ke hilir tengah2 panas..haizz..

Jom nyanyi ramai2..

Harapan mama..
"Semoga Tyea membesar dgn sihat dan sejahtera, sentiasa dilindungi oleh Allah swt..
Menjadi anak yg solehah serta berguna kpd family, agama dan bangsa di dunia dan juga di akhirat..Aminnn..

Wednesday, January 5, 2011

1.1.11 : oUTDooR phOtos..

Kali nie nak letak gambar2 outdoor plak...last episode of 1.1.11 n3..kang banyak2 episod org boring plak!hehehe..
Actually, memang kami dah plan awal2 nak buat outdoor kat area sawah bendang kampung kami nie..maklumlah anak jati negeri Jelapang Padi..of course laa bangga dgn keindahan saujana terbentang yang menghijau dan mendamaikan mata memandang tu kan??
Alhamdulillah..hasilnya sungguh mabeless n superb! Credit utk sepupu aku Ameen yg gigih jadi photographer on that day..budak nie muda2 lagi dah ambik upah snap photo2 orang kawen..sape2 nak booking dia utk snap gambar kawen boleh pi terjah FB dia dgn nama Ameen Deen...harga boleh dirundingkan! Siap promote sepupu sendiri lagik nie..hahaha..
Kami laki bini sponsor pinjamkan kamera DSLR kami jer laa..kalo kami sendiri yg snap belum tentu cun cenggini hasilnya..hehehe..
Jom tgk gambar2 ala2 kat majalah pengantin nie..kui3x..

































Nak tengok gambar2 yg lain lagi? Silalah masuk tengok kat FB aku..hehehe...

1.1.11 : indOOr phoToS

Episod kedua n3 orang kawen suda mariiii..;p
Kalo yg previous aku ada wat n3 bergambar banyak nak pengsan pasal majlis akad nikah kat masjid cK yang tercinta..kali nie nak letak plak gambar2 indoor lepas Uya n Padel selamat diijabkabulkan..
Masuk2 umah jer terus paksa diorang dok kat pelamin then bermulalah agenda paparazzi...
Snap gambar diorang sarung cincin n acara membatalkan air sembahyang
Wahhh..tersenyum lebar nampak??
Mentang2 laa dah selamat bergelar bini orang!
Kontrol3x..
Cium jangan x cium tangan suami tuh!

Auwww!!














Tahniah sekali lagiii..;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...