CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Saturday, January 8, 2011

daH daPat kunCi uMah..weeHoOO!!

Lagi n3 basi yg baru sempat nak publishkan kat sini..story pasal teratak kecil kami kat Pendang nun..
Dah boleh ambik kunci semenjak lepas Raya Haji rupanya! Tapi memandangkan kami tak balik Kedah pada masa tu, so tertangguhlah agenda nak mengambil kunci umah kami tu..
Perasaan kami masa call pemaju nak confirmkan status pengambilan kunci tu sangat laaa suspens giler!! Then bila dah confirm boleh ambik kunci umah kami tu, terus laa happy bangat perasaan kami nie!! Yer laa, dah berumur 30 tahun baru merasa nak pegang kunci umah sendiri! Alhamdulillah..walaupun x besar dan x segah umah2 orang lain, tapi kami tetap bersyukur sebab berpeluang jugak memiliki harta kami sendiri..harta yg diperoleh dari hasil titik peluh kami sendiri..syukur sangat2 sebab dah ada aset dan tempat utk kami berteduh di hari tua kelak..;p
Muka teruja dapat kunci! Terus pose cenggini dgn gugusan kunci umah kami tuh!
Dari Tg Malim bertolak ke Kedah then terus gi jumpa pemaju utk settleka urusan pengambilan kunci..then bergegas plak ke TNB n SADA utk settlekan urusan pendaftaran elektrik n air..Alhamdulillah! Settle!!;-)))



Inilah kunci teratak kecil kami ..
No 45 Taman Murni, Pendang..;-)


Kembang berbunga2 tengok signboard Taman Murni nie..

Owh ! Kengkawan semua..
Saksikanlah kerja manusia yg tak bertanggungjawab ini!
Sehari selepas Raya Haji, wakil pemaju dtg check kawasan perumahan kami nie..
Mengejutkan, kesemua meter air di 50 unit rumah baru yg masih belum berpenghuni kat sini dah kene rembat!!
Cinabeng betul laa ko manusia!!
Senang2 jer nak kaut kesenangan atas kesusahan org lain!!
Mujur kami x sign agreement ambik kunci lagi masa hilang tu..kalo x tetntu2 pemaju xnak ganti meter nie..Haizzz..;-(
Kat atas tu kami bertiga ..
Pakai baju lain sebab lepas ambik kunci tu, terus balik kampung dulu..mandi,makan n tukar baju segala then datang semula ke Pendang utk check semua benda kat dalam umah tu..
Nie kira gambar kenangan 1st time bukak n melangkah masuk ke pintu umah sendiri..
Masa nak bukak pintu nie,hati aku punya laa kembang berbunga2...sukar digambarkan dgn kata2..huhuhu..(tetiba tangkap syahdu!)
Hahaha..reaksi yg terlebih sudaaaa...

Beginilah rupa parasnya teratak kecil kami tu..
paling best sebab kat belakang tu kawasan sawah padi!
Bukak jer pintu belakang, sejuk jer mata menengokkan daun2 padi meliuk lentok ditiup angin sepoi2 bahasa Melayu! Kui3x..
Pemandangan ruang tamu yg disnap dari laluan ke dapur..
Alhamdulillah, so far so good..
Walaupun still tak pasti bile kami akan berpindah masuk ke sini, kami tetap happy sebab dah ada jaminan tempat tinggal sekiranya kami berpindah ke Kedah kelak..
Buat masa nie, mungkin bagi mak dgn ayah aku tengok2kan dulu..
Masa2 akan datang tengok laa macam mana plak..kalo mcm lama lagi kat Selayang, kene bagi org sewa dulu laa nampaknya..pengsan jugak kalo nak bayar dua2 buah rumah sekaligus sebulan! Kalau sewakan, boleh gak wat top up2 ..hehehe..
Happy!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...