CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Thursday, February 23, 2012

PUDING ROTI MARBLE


Assalamualaikum n salam hari Jumaat..
Lately, dah jarang sangat aku update blog..selain penat, mood pun ke laut sebab line x berapa mengizinkan nak upload gmbr2 stok kombo mcm dulu.. nak x nak kene pilih2 jer laa gambar yg penting2 jer untuk publish kat sini..
Macam hari nie, nak kongsi gambar Puding Roti Marble yg 1st time aku try..resipi malas nak taip korang google laa sendiri taip "puding roti marble hanamemories"...aku ambik kat blog tu laa..
Alhamdulillah, sedapp n kene dgn selera kami anak beranak.. aku buat sebelum nak tidur 2 hari lepas then balik sekolah esoknya tu  dah sejuk n sangatlah sesuai makan time cuaca panas2 sekarang nie...sejuk jer lalu ikut anak tekak.. Alhamdulillah..bawak umah mak ..mak dgn Uya pun siap puji cakap sedap n mintak resipi..nanti mak nak suruh aku buat lagi untuk geng2 marhaban masa hari cukur jambul Safiyya nanti..;p


Rupa paras selepas semalaman dibiarkan di dalam fridge..
Tunggu untuk dipotong..

Nie pulak rupa paras lepas dipotong...siap berbelang2 gituu..walaupun x berapa cantik marblenya n agak comot tapi okey laa utk 1st trial kan..len kali nak try marble dgn kaler lain pulak..hihi..
Nak cuba gi laa google kat blog Cikgu Hana tu yer..sekian!

Friday, February 17, 2012

~ aPaM poLKa dOt ~


Lagi n3 terperam...kali nie nak tayang rupa apam polka dot yg dihasilkan buat kali pertama dari dapur Cikgu Ieda...kiranya 1st trial laa nie..
Sebelum nie dok tengok jer org buat sambil tayang gambar apam polka dot diorg yg kiut miut tu..dalam hati fikir mesti susah giler nak buat sebab kecik2 cinonet mcm rumit jer prosesnya...
Sampai laa pada suatu hari aku ditemukan dgn satu blog yg menunjukkan proses membuat apam nie step by step..aku tak reti nak letak link blog tu kat sini tapi kalau yg teringin nak tengok tu bolehlah google ' proses membuat apam polka dot' kot x silap aku..kat situ mmg dia tunjuk satu persatu stepnya..sangat mudah..;p
Memandangkan kat rumah aku xde banyak pewarna makanan..so belasah laa guna warna kuning,pink dgn putih sajer..lepas2 nie boleh laa tambah lagi koleksi pewarna makanan nie..;-)

Nie langkah pertama, susun cup dalam acuan kuih lompang nie...pastu letak dlm periuk kukus..

Lepas isi lapisan bawah tu, letakkan sikit inti..aku gunakan jem strawberi..boleh gak ganti dgn peanut butter ke..jem2 lain ke..tapi aku igt lain kali nak picit Choki2 tu jer laa..anak2 pun suka..yg jem nie depa x berapa gemor..;p
** Abaikan teknik aku yg selekeh dan comot itu..maklumlah aku nie dah laa 1st timer..xde cukup kelengkapan plak tu..sepatutnya guna piping bag, tapi sebab xde aku belasah jer guna sudu kecil..tu pasal yg terkelua2 acuan tuh..haha

Lepas dah letak inti..letak lagi lapisan kat atas inti tu..lepas tu buat laa dot2 nya..
Kukus selama 45 minit..selamat mencuba..
Kat bawah nie resipi yg aku follow..aku ambik dari blog Hanamemories..
Bahan-bahan

• 3 biji telur - dari peti sejuk

• 275 gm tepung gandum

• 220 gm gula halus - hana kurangkan

• 150gm susu segar

• 3 sudu teh baking powder

• 1 sudu kecil ovallete

• Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

• Pewarna

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan blueberry filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE dr Hana:

• Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).

• Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Thursday, February 16, 2012

sEhaRi di PanTai meRDeKa


Assalamualaikum. salam hari Jumaat penghulu segala hari...
Hari nie malas nak cakap banyak2 nak terus straight to the point nak update blog yg dah bersawang ni...
lantak gasak laa bende dah hampir sebulan berlalu pun baru aku nk terhegeh2 update..nk wt mcmane..kesibukan melanda diri...;p
Nak story psl sehari kami di Pantai Merdeka ritu...memang best laa sebab lama x datang sini..anak2 pun kemain teruja dpt tengok laut n naik bot..hihi
Kami parking kereta kat Tg Dawai then naik bot ke Pantai Merdeka...bayaran cuma RM2 utk dewasa n RM1 kanak2...


Muka 2 beranak yg teruja dapat naik bot! Agaga..


Sama laa jugak kisahnya dgn dua beranak yg perempuan nie..haha

Harussss snap gambar..ermmm,sebenarnya banyak kenangan dan sejarah kat Pantai Merdeka ni dalam kamus hidup aku..kat sini laa tempat dating2 zaman muda dgn ex boypren dulu..malah kat cni laa jugak tempat perkenalan org kata..hmm..tu kisah dolu2 laa..la nie masing2 dah ada life so life must go on..;p

Dah banyak berubah..kalau dulu x berapa nak cantik dan agak tidak terjaga..
Kini, dah agak maju dan bersih persekitarannya..


Dalam panas2 terik mcm nie pun ramai jugak yg gigih nak mandi laut! Anak2 aku kemain laa merengek nak join sekali tapi memang x cadang bawak baju mandi pun..malas laa nak kejar2 diorg  bajet2 jadi Pamela Anderson dlm Baywatch tu...x kuasa mak!


Okey, lain kali boleh datang terus parking kat sini plak..tempat pun banyak utk camping or picnic..
Pendek kata..Pantai Merdeka memanggg besttt!!;-)

Thursday, February 9, 2012

ABC JERAI @ PANTAI MERDEKA

Memandangkan buat masa nie aku x boleh nak upload gambar banyak2 macam dulu...jadi aku upload laa barang sekeping dua gambar per entry...janji dapat update blog kesayangan nie..sedih owhh dok keluar masuk jer xde story kisah2 seharian untuk dikenang di hari tua..ecece!!!
Kali nie nak letak sekeping gambar yang mungkin menggoda jiwa dan raga sesiapa sahaja...nak2 lagi bila berepan dgn cuaca yang panas membahang mcm kat bumi Pendang nie...alamatnya, kalau dapat pekena nie..semangkuk sorang pun kejap jer licinnnn...huhu
Perkenalkan..nama ABC or ais kacang nie ialah ABC Jerai...nama jer ABC Jerai tapi hanya terdapat di Pantai Merdeka sahaja! Tok sah dok meghoyan naik sampai ke puncak Gunung Jerai yer semata2 nak cari bende alah nie..gi jer naik bot dr Tg Dawai or terus tala ke Pantai Merdeka sendiri...cari kat food court di situ..ada banner besar gambar ABC nie...
Harganya sangatlah berbaloi sebab satu mangkuk besar n tinggi menggunung nie..siap pacak aiskrim kon mcm nia hanyalah RM5 sahaja! See..murah kan?? 
Kami order satu jer konon2 x boleh habiskan..sekali kami laki bini jer dah sampai x cukup pekena semangkuk nie..Tyea makan aiskrim jer..Isyraff?? Dia x layan ABC nie..haha..lain kali kena order 2 mangkuk baru afdhal untuk orang2 'berperut tempayan' dan 'bernafsu naga' seperti kami..LOL!
Bestt n highly recommended! Kena cuba kalau sesat ke Pantai Merdeka ye!..;-)

Wednesday, February 8, 2012

Quick Update!

Assalamualaikum alls!!
Yaa Allah rindunya nak update n3 baru kat blog nie..
Susah betul nak update blog guna Maxis Broadband yg ada kuota2 penggunaan nie..belum cukup sebulan dah terhad penggunaannya!
Cukup 6 bulan kontrak memang CONFIRM  tukar yang lain laa..;-)
Hari nie nak singgah cakap tu jer..
Insya Allah ada lebih masa nanti aku update story bergambar seperti biasa..
Macam x meriah jer hidup kalau dah biasa update blog tiba2 tak boleh update..
RINDUUUUUUUUUUUU....;p

Sunday, January 22, 2012

sKiN laPTop baRu seMpeNa CNY..;-)


Sempena CNY nie, terasa nak belikan skin baru untuk laptop aku nie..
Sebenarnya dah lama teringin nak belikan skin utk bende alah kat atas nie..cuma x jumpa kat mana nak beli ..hihi..
Dok ushar laptop kengkawan kemain laa melelehhhhh air liur tgk design skin laptop yg sungguh menawan hati..
Kebetulan kelmarin masa gi Tesco Mergong diorg ada buat PC Fair so ushar-ushar tengok ada jual bende nie..terus x pikir panjang belek-belek n beli 2..satu utk note book hubby n satu lagi utk laptop Toshiba Satellite aku yg dh berusia hampir 6 tahun nie..
Sebelum diletak skin mcm kat atas nie laa rupanya...^^^^
Boring jer aku rasa..huhu..


Pilih punya pilih berkenan dgn 2 design nie..
Utk note book aku pilih yg design kartun tema birthday kaler putih merah..so sweet harga RM10 satu set ada 3 pieces. Harga RM10..
Utk Toshiba Satellite mcm biasa laa peminat pink tegar pastinya akan memilih warna nie...hihi..ada motif flora simple jer..harga yg nie RM12..
Mintak diskaun pun budak tu x bagi so jumlah kesemuanya ialah RM22 laa..;-)
Balik umah, ukur elok2 ikut saiz lappy anda then lekatkanlah sticker tu elok2..pakai pembaris utk hasil yg sekata dan tidak memerangkap gelembung udara..chewahhh! Ayat x boleh blahhh..kui3x
Dah hasilnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tara...
Hehehe..kiut tak? Mesti laa kiut...
So, kalau sape2 nak laptop korang kiut mcm nie..pergilah serbu mana2 PC Fair ataupun kedai2 aksesori komputer..selain boleh jaga permukaan lappy dr basah,kotor atau tercalar..boleh bagi mood dan wajah baru yg lebihceria kpd lappy anda..selamat mencuba! Ngee..

Saturday, January 21, 2012

~ haPPy 7th birThdaY to mY adOraBLe dauGhter ~

Assalamualaikum..
Ini adalah n3 tertunggak..sepatutnya published on 6th January yg lalu...tapi disebabkan xde line internet, terpaksa laa simpan sampai hari nie baru boleh publishkan..
6 Januari hari tu merupakan birthday anak dara aku yg sorang tu > Nur Atilyea Umaira..
Alhamdulillah, macam pantas jer masa berlalu dah pun berumur 7 tahun anak dara aku nie..
Rasa mcm sekejap jer setiap kali sambut birthday dia..tiba2 dah nak sambut sekali lagi..huhu..
Buat makan sikit-sikit dgn family n saudara mara terdekat pastu belikan dia kek on the spot pd hari yg sama..tu pun jenuh laa sampai ke Tesco Mergong mencari kedai kek sebab birthday Tyea jatuh pd hari Jumaat so satu-satunya kedai kek kat Pendang ni pun tutup...
Alhamdulillah dapat beli Choc Bliss Cake ni kt King's Confectionary...siap apply wat member card lagi coz banyak benefits kalau jadi members.. lagipun memang setiap kali birthday kami akan beli kek..x rugi pun..kek nie pun sedap n x manis sangat!

Birthday girl dgn birthday cake nya..;p


Menu simple on that day..
Aku goreng bihun dgn nuggets jer..pastu mak plak bermurah hati nak masak nasi dagang lauk gulai ikan tongkol,keropok ikan semua..pastu ada gak buah tembikai..makan ramai-ramai happy laa..


























Alhamdulillah, masa dalam pantang jer susah membesarkan dia ni sebab suka menangis..dah besar pandai jer bawak diri..
Harapanku semoga puteriku NUR ATILYEA UMAIRA membesar dghn sihat sejahtera,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan menjadi insan yg berguna pada masa yang akan datang..
AMINNN...

Friday, January 20, 2012

huBBy's laSt daY @ PerOdua


Malam nie dok godek2 folder gambar tiba2 ternampak gambar masa last day hubby kat tempat kerja dia di Perodua Sg Choh Rawang...
Sayu plak nengoknya...maklumlah selama hampir 15 tahun hubby berkhidmat di sini..lebih lama daripada dia mengenali diriku..kat sini la tempat dia cari rezeki n kenal kawan2 semua..
Bagiku, keputusan dan pengorbanan hubby utk resign amatlah ku hargai...aku tahu dia nekad ambik keputusan resign demi masa depan kami sekeluarga...kalau x resign aku sendiri pun tak boleh bayangkan macamana kehidupan kami anak beranak bila hubby jauh dari kami...tak pernah kot berjauhan lama-lama sebelum nie..
Insya Allah..keputusan hasil perbincangan bersama nie takkan sia-sia..

Ni laa tempat kerja hubby aku..sekarang nie member dia ni la yg take over tempat dan kerja-kerja dia..


Bergambar kenangan dgn member2 sekerja..Insya Allah kalau balik ke Tg Malim boleh laa menjenguk member2nya di Sg Choh..

Nie laa 1st time aku tengok tempat kerja mr hubby..cengginih rupanya! Nampak gayanya lagi kemas dari meja aku kat staff room tuh..hihi..


Dengan boss dia > Nopp










Masa nie member-menber dia FB aku cakap dia baru lepas nanges..haha..sentap derr maklum laa dh lama cari rezeki kat cni..nie kiranya kenangan last punch out laa..huhu..sedeyyy plak aku tgk..-(



 Bye-bye accessories shop Perodua! Terima kasih dan jasamu dikenang!

Thursday, January 19, 2012

roTi jaLa + kaRi daGinG beRkeNTaNG


Assalamualaikum alls..
Salam hari Jumaat..penghulu segala hari..
Korang watpe jer? Bagi yg dok area KL tu specially member2 n anak2 murid Cikgu Ieda kat Selayang tuh ofkos baru jer balik dari sekolah..
Cikgu Ieda kat Kedah nie dah start bercuti hari nie..
Macam biasa time cuti nie laa nak mengemas rumah semua..bangun pagi2 dah basuh kain (handwash yer sebab mesin dok dlm stor gara2 bahagian dapur x siap lagi!), sidai kain then menyapu,mop satu rumah...
Lepas tu hubby balik dari pasar suruh masak kari daging campur kentang..
Cikgu Ieda okey jer sebab dari semalam dah plan nak MENJALA..
Err...membuat roti jalan yer..bukan gi menjala ikangGGGGG..hihi..
So, alang2 nak menjala tu kene masak lauk nak gengkan dgn roti jala so masak laa kari daging kentang tu..dah lepas makan nasi, leburkan jer roti jala makan jugak dgn kuah kari yg sama..sonang bah ituuuuuuuuuuuu...hihihi..


Wat setengah kilo jer..x gigih laa nak menjala sambil berdiri kat dapur tuh..huhu..
Resipi? Senang jer...aku leburkan setengah kilo tepung gandum dgn 2 biji telur dan serbuk kunyit. Pastu masukkan air ikut kesesuaian iaitu x terlalu cair or pekat...agak2 biar smooth jer turun masa nak menjala atas pan nanti..



Setengah kilo dapatlah banyak nie..
Ermm,bawak bekal sikit nak bawak balik umah mak ayah petang kang..maklumlah dh dekat dgn mak ayah nie suka sgt masak-masak sebab ada ramai org boleh makan..
Till then..cau cin cauuu..

LUAHAN HATI KECIL SEORANG INSAN BERGELAR GURU..

Senario kat sekolah pagi tadi : 
Lepas event dgn VVIP JPN tadi..ada Hari Titian Kasih a.k.a report card day..
Saya merupakan guru tingkatan 5E..kelas paling corot di SMoKBJ..pelajarnya terdiri drpd 17 org pelajar lelaki dan 5 org pelajar perempuan..
Jujur saya akui, seawal menggalas tanggungjawab sbg guru tingkatan mereka, saya agak kecewa dan rasa cuak memandangkan saya rasa agak tercabar dgn status saya sbg seorang guru baharu di sini dan diuji pula dgn cabaran utk menerajui sebuah kelas yg paling senior dan tercorot di sini! Macamlah sekolah yg kelihatannya lebih ramai guru lelaki berbanding guru perempuan nie kekurangan guru lelaki untuk mengawal pelajar-pelajar hard core dari kelas yg paling digeruni nie..ini telahan saya semata-mata kerna saya bercakap berdasarkan pengalaman mengajar di kelas-kelas hujung sebelum ini..
Hati berdebar2 hanya Allah swt sahaja yg tahu ketika kali pertama melangkahkan kaki masuk ke kelas mereka..terasa bagai orang asing tercampak di suatu tempat yg jauh di sudut dunia! Dengan mata2 mereka yg memandang saya dgn begitu dingin dan lebih mengecutkan perut ialah apabila mendapati sebilangan besarnya adalah pelajar lelaki yg berwajah ala2 tak puas hati dgn saya! Hanya Allah sahaja yg tahu betapa saya gugup semasa memperkenalkan diri dan mengadakan sesi suai kenal dgn mereka..
ALhamdulillahh…ternyata jangkaan saya tentang mereka meleset sama sekali! Betullah ada pepatah Inggeris mengatakan “don’t judge a book by it’s cover”. Rupa-rupanya, mereka nie kebanyakannya wajah sajer ketat tapi ‘dalam hati ada taman’…hihihi..macam biasa, saya percaya kaedah diplomasi  dan motivasi lebih sesuai utk pelajar2 sebegini.. saya gunakan pendekatan memuji+memujuk  dan bertanya ttg kehidupan seharian mereka..
Ternyata, mereka hanya anak2 desa yg begitu jauh sekali bezanya dgn anak2 kota..Rupa paras agak comot,maklumlah anak desa yg tak pandai bergaya..kebanyakan berkulit gelap..bila sembang2 ramai yg dah mula selesa dan mengakui yg mereka dtg dari latar belakang keluarga yang susah..rata-ratanya merupakan anak peladang,pesawah,penoreh dan penjaja…
Mendekati pula pelajar-pelajar yang seringkali  tidak hadir ke sekolah, saya akhirnya membongkar rahsia hidup mereka yg agak perit…ada yg mengakui terpaksa ponteng sekolah lantaran kesempitan hidup dan tuntutan untuk mencari sesuap nasi bagi membantu keluarga mereka..ada yang mengambil upah menanam dan menuai padi, menjadi penumpang lori getah seawal jam 5 pagi untuk menoreh getah di ladang tatkala ibu bapa tidak sihat dan ada juga yang terpaksa menjadi penjual ikan di pasar-pasar pagi di sekitar kawasan di sini..maka tak hairanlah kadang-kadang saya dapat lihat fizikal mereka agak keletihan dan comot serta boleh menghidu bau getah sekerap bila berada dlm kalangan mereka!
Sungguh pun mereka ditempatkan dalam kelas tercorot, tetapi saya kagum dengan semangat mereka untuk menceriakan kelas mereka..semuanya dilakukan sendiri daripada menampal papan kenyataan di hadapan dan belakang kelas,siap renda2 bunga2 semua! Yg perempuan hanya duduk goyang kaki bersama-sama menyiapkan bahan-bahan tampalan dan selebihnya hanya pelajar lelaki yg akan menguruskannya..
Hari Sabtu lepas, mereka bersusah payah datang ke sekolah seawal jam 8 pagi untuk mengecat kelas mereka, malahan saya sgt teruja melihatkan kegigihan dan inisiatif mereka mengecat meja yg kelihatan agak uzur sehingga menjadi cantik semula! Tahniah kpd pihak pntadbiran juga kerana menyediakan segala kelengkapan untuk menceriakan kelas mereka..
Pagi tadi, sekadar menjenguk ke kelas mereka, terdengar keluhan drpd beberapa org pelajar lelaki yg tidak berpuas hati kerana kelas mereka tidak berlangsir seperti kelas2 lain memandangkan kain langsir baharu sahaja dibeli oleh penyelaras tingkatan..
Paling syahdu..tepat jam 12.00 tgahri iaitu setengah jam sebelum waris dtg, mereka kelihatan gigih memasang langsir!
Sambil kehairanan+ kagum saya bertanya bagaimana langsir tersebut boleh siap dijelujur cantik..dgn selamba pelajar2 lelaki tersebut memberitahu itu adalah hasil kerja mereka yg tak seberapa di bilik jahitan setengah jam sebelum itu!!! Menurut mereka, menjahit bukan perkara yang asing bagi mereka kerana mereka sudah terbiasa menjahit pakaian dan kasut yang koyak di rumah! ;-(
Ya Allah..sekali lagi macam nak menitis air mata saya mendengar pengakuan mereka…air mata yg bergenang cepat-cepat saya tepis ke tepi..
PELAJAR LELAKI MENJAHIT LANGSIR? DALAM MASA TAK SAMPAI SETENGAH JAM?
It’s not a BIG issue  tapi saya mcm janggal sebab selama nie saya tak pernah terfikir utk bertemu dgn pelajar2 yg begitu bersemangat dan langsung tidak berkira untuk membantu guru! 
ISUNYA DI SINI IALAH…MEREKA LANGSUNG TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI..MALAHAN BEREBUT-REBUT UNTUK MENCANTIKKAN KELAS MEREKA TANPA PERLU SAYA TERJERIT-JERIT MERAYU PERTOLONGAN MEREKA..
Saya puji usaha mereka untuk menjahit langsir tersebut sehingga  berjaya dipasang di kelas mereka..tanpa berkira-kira saya belanja mereka makan dan minum di kantin sekolah…puas hati dgn usaha mereka..
YAA RABB                           
Saya begitu simpati dan tersentuh dgn kekurangan diri anak-anak didik saya yang baru ini..
Saya sedar, mereka  anak-anak yg daif dan tidak didedahkan dgn hidup serba kemewahan..
Anak-anak yg lemah lagi memerlukan bimbingan..
Anak-anak yg cetek ilmu pengetahuan namun saya cukup YAKIN DAN PASTI..
DI MANA  KEMAHUAN..DI SITU ADA JALAN..
Kau berikanlah aku kekuatan dan kesihatan tubuh badan untuk terus mendidik mereka..
Sekiranya mereka GAGAL untuk menjadi pelajar cemerlang..
Sekurang-kurangnya KAU berikanlah aku kekuatan untuk menjadikan mereka INSAN YANG BERGUNA di masa-masa yang akan datang..
Kerna saya begitu terpanggil untuk membantu mereka apabila mereka seringkali menyejukkan hati dan perasaan saya dgn perbuatan dan percakapan mereka yg kelihatannya sangat menghormati seorang insan yang bergelar GURU..
Insya Allahh..saya percaya ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BERKUASA KE ATAS SEGALA-GALANYA!
Semoga anak-anak didik saya ini diberkati dan diterangkan hati mereka untuk terus menimba ilmu..
Aminnnnnnnnnnn…

Tuesday, January 17, 2012

yeaYY!! i'm bacKKK...

Assalamualaikum wbt...
Hai alls! Rindunya dengan blog nie...rindu nak blogwalking ke blog kengkawan jugak..rindu nak upload gambar story psl kisah2 hidup kami sekeluarga..rindu segala2nya dgn blogger's world nie...
RINDUUUUUUUUUUUUU....
Alhamdulillah, selama hampir 2 minggu x update blog..kelmarin dapat jugak Cikgu Ieda bukak dan blogwalking sana sini..then baru hari nie berkesempatan nak wat n3 nie..
Semuanya gara-gara xde internet connection..
Selama nie Cikgu Ieda online, layan Fb n update blog guna p1 Wimax..tapi sejak dh transfer balik Kedah nie..terpaksa terminate line p1 WImax coz kat Pendang nie xde connection..
So selama tu laa Cikgu Ieda lepas rindu nak online melalui Samsung Galaxy Tab milik hubby dgn menggunakan Hot Ticket Internet sahaja...kalau pakai tu, x bolehlah nak bukak2 blog mcm biasa sebab takut cepat habis MB nya..terpaksa laa kemut2 online bukak fb jer..
Sampai laa petang kelmarin, balik2 dari sekolah husband kasi surprise bende alah kat atas tuhhh..
Yippiee!! Terus macam nak lompat bintang !!!
Betul2 memahami laki CI ni..dia paham bini dia nie x berapa nak ceria kalo xde internet so dia belikanlah pakej 1 set Maxis Broadband + Router nie..satu set permulaan tu RM228..then bulan2 bayar RM68 siap ada wi fi..so, bolehlah layan internet anak beranak mcm dulu..dan untung lagi kali nie sebab lebih menjimatkan..kalau dulu bayar RM99 sebulan..sekarang RM68 je sebulan! Hihihi..
Happy giler...
Anak2 pun sama..bolehlah layan games time boring2..
Ermm..banyak nak story kat sini memandangkan dah lama x story2 update gambar stok kombo..
Tapi tunggu laa bile2 dah free nanti baru nak buat story kat cni...
TQ buat kengkawan yg masih sudi berkunjung ke blog CI n kasi up traffic kat cni walaupun tuan umah dh lama x melawat..
Love uols!!

Monday, December 26, 2011

Buluh untuk hiasan,rebung sebagai ulam..


Kat kampung, mak dengan ayah Cikgu Ieda suka sangat bercucuk tanam..habis penuhlah keliling rumah dgn sayur-sayuran mahupun ulam-ulaman.
Teringat lagi masa duduk kat Kelantan dulu..kitorang duduk kat rumah teres 3 bilik...kat belakang dengan depan ada laa halaman sikit ala2 sekangkang kera orang kata...dengan halaman yg tak seberapa tu laa mak dengan ayah manfaatkan untuk bercucuk tanam...
Pendek kata, sayur mayur dgn ulam-ulaman tu memang sentiasa menghijau dan boleh dijadikan stok kalau-kalau ada tetamu berkunung secara mengejut..;p
Kat depan halaman rumah dulu mak dengan ayah tanam macam2 sayur..minat bebenor dgn gardening ni sampai sanggup gi kedai beli benih sayur mcm sawi, tomato, terung , kacang panjang n macam-macam lagi laa..
ulam pegaga plak tumbuh melata menghijau kat tanah memang xde tanah yg kosong...daun selom dengan kesum pun subur menghijau kat sudut paip air di halaman depan rumah kami....limau kasturi plak masak ranum ...sepokok jer tapi tanam dalam pasu besar dan cukup ranum buahnya...jenuh laa masa tu kami makan gn asam boi..sedappppp...ishh!!kecur air liur...
Kalau nak tau, sempat jugak la Cikgu Ieda tanam buah jambu air dgn buah 'katak puru' org Kelantan panggil..bahasa buku aku x tau plak apa...hihi..
Kat bahagian belakang dapur mak tanam nangka n sempat laa merasa buahnya wat masak lemak n bagi jiran2 merasa..ulam kacang botol dgn pucuk ubi kayu/keledek memang sentiasa tersedia..tinggal petik jer celur wat ulam cicah budu...nyummehhh..hihi..
Okey, itu panjang lebar ttg kisah kami sekeluarga yg bercucuk tanam masa kat Kelantan dulu laa..
Lepas pencen sekarang pun mak dgn ayah masih meneruskan aktiviti bercucuk tanam ..sekarang lagi best laa sebab halaman kat kampung kan lebih luas terbentang..mcm2 ditanam...
Kalau nak tau lagi...kami sekeluarga nie memang kaki ulam punye orang!
Makan nasik tak berlauk xper lagi jgn x bersayur or berulam...hihi..kiranya jenis herbivor bukan karnivor laa..hehe..
Cikgu Ieda sendiri kalau balik kampung mesti merayau2 sekitar umah nak cari ulam-ulaman..paling2 kurang pucuk ubi dgn pucuk gajus tu memang ada laa..pekena plak dgn sambal belacan makkk..aiyokkkk...tu yg buat berat badan naik tuhhh...
Okey..sebenarnya nak citer pasal rebung madu nie jer ..kemain panjang intro..;p
Yang nie pun berkat kerajinan mak dgn ayah aku jugak menanamnya...rebung madu nie kalau nak tau selain boleh dijadikan tanaman hiasan, boleh juga dijadikan ulam yg sangat sedap...
Memang rebung nie berbeza sgt daripada rebung yg biasa org buat ulam tu...tak pahit malah manis..sebab tu kot org panggil rebung madu...kalau buat masak lemak or pajeri pun sedappppp sgt..hihi..


Kelihatannnya ayah saya sedang gigih mengopek kulit rebung...comel2 jer rebungnya..;p




Sibuk laa si Isyraff nak kacau daun..ehehe..



Inilah rupa rebung madu yer kengkawan...
Memang sedap n sekarang nie dah dikomersialkan..
Bagi penggemar ulam tegar dan anak kampung mcm Cikgu Ieda nie...memang nikmat laa kalau dapat makan berulam macam nie..sampai suami sendiri geleng kepala n cakap macam KAMBING! Fedulikkkssss...
TQ for reading! ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...