CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Saturday, October 9, 2010

maKan..maKan..maKan..dan maKan laGi...


Maka dgn rasminya saya mengumumkan bahawa...
Tarikh 09 hb Oktober 2010 yakni kelmarin bersamaan hari Sabtu adalah Hari Makan2 dan Makan2 Lagi buat diri saya, family dan rakan2 yg terlibat dgn aktiviti makan2 dr pagi sampai malam sampai kembung+kembang semalam!!

Mentang2 laa kelmarin merupakan hari minggu pertama selepas bulan Syawal berlalu..maka penuh laa agenda hari minggu kami dgn memenuhi undangan ke majlis rumah terbuka sempena mengakhiri bulan Syawal yg penuh dgn kemeriahan hidangan2 lazat di sana-sini!

Undangan pertama yg dipenuhi ialah kat bawah flat tempat tinggal saya nie jer..undangan Jamuan Aidilfitri KRT Merak Apartment..

Macam2 hidangan : Bihun soto, lemang,rendang ayam, rojak buah,nasi impit, kuah kacang, bubur kacang n bla2 lagi laa...

Disebabkan kerusi-meja kat bawah kanopi tu penuh...maka saya pun ajak laa 2 org member sekerja iaitu Syu dan Atie angkut makanan naik ke rumah saya...hehehe..kira open house kali kedua laa nie..;-P

Then dlm kul 3 ptg tu,kami ke rumah seorang lagi member sekerja iaitu Kak Raeshah a.k.a Kak Chah di BBS (Fasa 2)...

Sampai2 jer nampak -students saya tahun 2008 dulu...

Diorg nie pun kaki possing n kaki FB..so bile geng sawan kamera bertemu muka begitulah jadinya..!!;-)

Menu Utama kat umah Kak Chah :

Nasi Hujan Panas + Ayam Masak Merah + Dalca Daging Berkentang + Acar Timun + Papadom!

Sangat sedap sehingga menjilat jari!!!
Lupa diri seketika bahawa sudah menghabiskan sepinggan nasi putih dgn ayam masak kicap di rumah sendiri! Haihhh...


Then..kat meja dessert memang meriah habis!

Macam2 kaler ada....semuanya rasa mcm nak try tapi apakan daya 'tank' x berapa mengizinkan!

Sangat suker tgk puding , agar2 dan kuih muih yg colourful ittew!!

Tuan rumah + assistantnya! ;-)


Bergambar dgn member2 sekerja + tuan umah Kak Chah (berdiri kat belakang cun dlm baju purplenya!)

PS: Kelihatan saya sungguh debab di antara mereka ! Sob3x...

Saya dgn Syu Comel Lote dr Kelate

Kak Fedya n family
Menepati tema tuan umah : satu family berbaju purple!!

Kak Aida HArliza n family + Malisa n daughter


Owhh...mujur ada beskal exercise nie kat tepi meja makan kami..bolehlah kami makan dgn lebih aman berbanding sediakala!

Atie + Arni

2 org yg debab dan kuat makan !

Saya, Syu + Dhya + Wahida

Itu story makan2 + gambar2 kat umah Kak Chah..

Sebelah malamnya kami memenuhi undangan di rumah jiran kat Merak nie..

Wah...rumah dia sgt cantik n x rasa mcm dok kat flat sbb dah renovated 100%!! Sgt superb umahnya...nama pun umah kontraktor,kan??

Ohhh...menu2 nasi campur di rumahnya juga sgt menggiurkan!

Sajian nasi campur dgn hidangan lauk-pauk kampung yg terdiri dr :

Ikan Siakap Tiga Rasa, Udang Galah Masak Lemak Cili Api, Ayam Panggang, Ulam2an, Sambal Belacan, Sup Tulang Berempah, Kuih Koci, Pulut Panggang n bla3 yg sungguh sedappp sekali smpai x termakan walaupun rasa semuanya nak ditelan! Pendek kata...kelmarin 09 hb Oktober 2010 adalah Hari Makan-Makan-Makan ..;-)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...