CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Friday, November 5, 2010

reViEw pRodUk : siLKyGirL geNTLe eYe maKe uP reMoVeR

N3 kali nie berkisarkan make up product yg saya pernah dan sedang gunakan..
Kali nie nak review pasal bende kat bawah nie

Silky Girl Gentle Eye Make Up Remover
Saya dah gunakan bende alah nie sbg pencuci mekap di bahagian mata saya selama sebulan..
'Ter'beli kat Watsons dengan harga RM16.90 kalau x silap saya..
'Ter' beli juga lantaran ada terbaca pasal keburukan mencuci mekap di bahagian mata dgn menggunakan baby oil..bagi yang tak tau,ingin saya kongsi sedikit info (yg saya dapat dr sebuah blog) tentang penggunaan baby oil utk mencuci mekap di bahagian mata boleh menyebabkan kulit di sektar bahagian mata akan cepat BERKEDUT!
Aiyakk!! Mesti semua tak nak mata yg berkedut sebelum usia yang sepatutnya kan?
So, disebabkan faktor tu laa saya nekad ke farmasi utk mencari sebarang eye make up remover yg berpatutan dan berkualiti produknya...
Masa saya pi survey2 tu..saya tengok brand nie jer ada then harganya pun affordable so saya pun belilah sebotol..
Bende alah nie kalau tengok betul2 ada 2 layer..lapisan atas berwarna biru jernih tu sejenis bahan seperti minyak manakala lapisan putih jernih di bawahnya pula terdiri daripada air..
So,kalau nak pakai kena goncang2 bagi sebati kedua2 bahan tu then bolehlah ditekap2kan kat kapas then cucilah bahagian mata yg bermekap tu..
Hasilnya, saya dapati produk nie sesuai dgn mata dan kulit sekitar mata saya...
Yang paling penting...semua sisa2 mekap berjaya ditanggalkan dgn sebersih2nya...tiada lagi lingkaran hitam sisa eyeliner dan maskara..
Kalau saya cuci pakai baby oil dulu, konpem lepas mandi n cuci muka sekali pun pasti terlihat kesan hitam kat kelopak mata n bulu mata seperti mata BERUANG PANDA!! Sigh!
Kenapalah sekarang baru saya sedar tentang kewujudan produk nie yg amat membantu org2 seperti saya yg setiap hari mengenakan eyeliner hatta pada hari minggu utk ke pasar malam sekalipun!
So, buat adik2 n kakak2 yg masih mencuci mekap mata dgn menggunakan baby oil, silalah berhenti menonyoh mata anda dgn bahan tersebut kerana dikhuatiri akan menyebabkan kedutan muncul sebelum usia..
Owh! Saya bukan buat n3 nie utk tujuan promote product nie tapi nak kongsi tentang benefit guna eye make up remover utk mencuci make up mata! Of course laa ada org cakap wudhuk tu boleh menaikkan seri muka..saya tak nafikan..kita berwudhuk jugak tapi kalau anda seorang yg mengenakan mekap, of course laa kene cuci mekap kat muka tu sebersih2nya baru boleh berwudhuk n bersolat kan? So, tepuk dada tanya selera..
Bagi yg tak mekap tu, lagi laa beruntung sebab x payah susah2 nak pikir psl nak beli eye make up remover segala..
Renung2kan dan selamat berpraktikal!
;-)

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...