Petang semalam, hubby ajak berbuka kat luar sebab wifey nya nie kurang sihat..not feeling well yesterday..sakit2 badan+ sakit perut..so, memang x de mood nak memasak...dia tanya aku nak makan kat mana..aku ckp aku ikut jer. Then si Tyea kanak2 yg berpuasa tu pun menyampuk cakap dia nak makan kat KFC….disokong pula oleh kanak2 yg tak berpuasa yg sorang lagi, Isyraff…;p
So, kami layankan sajer laa permintaan anak2..seboleh2nya bulan puasa nie ape yg anak berpuasa inginkan akan cuba sedaya upaya utk diadakan..hubby pun balik awal kelmarin..seawal 6.30 kami dah sampai di Avon Selayang Point sebab aku nak gi ambik barang2 yang member2 order + nak beli eyeliner untuk diri sendiri memandangkan stok eyeliner dah habis yilekkkk!! Aku nie baik x pakai bedak or lipgloss boleh consider lagi muka aku..tapi..kalo x de eyeliner mmg mcm orang sakit baru lepas beranak rupanya! Uhuhu..dah nasib laa sebab x natural beauty niehhh..;p
Okey, hentikan melalut cerita di Avon tu..bukan itu isi esei aku utk kali nie…tapi nak story pasal kejadian yg berlaku di KFC..KFC mana, biarlah aku dgn family jer yg tahu..bukan nak cakap aku nie baik sangat or org 2 yang terlibat tu jahat ke…sekadar perkongsian cerita untuk bertanyakan pendapat korang ajer..
Seawal 6.50 kami dah sampai ke KFC..nak order rasa mcm awal sangat lagi..lagipun memang org tak ramai kat KFC tu…so, kami pun pusing2 laa dlm supermarket yg ala2 hidup segan mati tak mahu tu dulu…nak dijadikan cerita, dlm kul 7.00 hubby pun pergi laa beratur nak order makanan..masa tu ada laa 2-3 meja yang ada customer yg semuanya berbangsa Cina yg sedang menikmati hidangan masing2…
Bila dah dapat order tu, anak2 terutamanya Isyraff kemain laa merengek nak makan sebab x tahan godaan melihatkan ayam goreng, cheezy wedges dgn air milo yg dah tersedia kat depan mata…si Tyea boleh sabar lagi sebab aku dh ingatkan dia, azan baru boleh makan…jenuh laa pujuk2 si Isyraff nie..
Tup2 masuk 4 orang budak PEREMPUAN MELAYU yang berpakaian bajet2 bukan MELAYU dgn seluar pendeknya kat dalam KFC tu…diorang masuk, beratur untuk order then duduk di meja yang ke belakang sikit tapi bertentangan dgn meja kami anak beranak…mula2 keadaan mcm biasa jer..Cuma kadangkala rasa tak selesa dgn cara mereka bercakap dan bergelak ketawa seolah2 tak reti nak bawak diri di khalayak ramai..tak manis plak tengok anak2 dara mengilai ketawa mcm tu..nak2 lagi sewaktu org sedang menunggu waktu azan untuk berbuka…
Rasanya dalam pukul 7.10 petang, tiba2 jer mata aku yang kebetulannya duduk bertentangan dgn meja budak2 tadi mcm terpaku kat kumpulan diorang tuh…bukan aku jer, malah anak2 aku pun sama! Mula2 seorang jer yg macam curi2 menyuap kentang goreng ke dalam mulutnya…Telahanku..ermm..biasa laa perempuan..maybe dia ‘uzur’ n nak rasa2 secara curi2 tanpa dilihat oleh orang lain..Tapi telahanku meleset setelah melihat dia semakin galak menyuapkan makanan dan kali nie bukan secara curi-curi dan tanpa segan silu lagi! Diikuti oleh 3 lagi rakan-rakannya yang lain tanpa menghiraukan mata2 yang memandang! Ishhh…selamba badakk jer diorang makan di khalayak ramai sebelum waktu azan dan tanpa rasa segan silu dan berdosa! Agak2 laa kalo keempat2nya period..mungkin satu kebetulan..but for me laa kan..ko puasa ke tak puasa ker..period ke x ke..takkan muka ko tu tebal sangat sampai hilang keMALUan nak bantai melantak depan2 orang ramai! Tak kesian ke kalo tetiba jer mak bapak ko lalu tengok kau tak puasa! Tak pun makcik pakcik sebelah rumah ko tengok..dh tak pasal2 nama mak bapak kau jugak yang busuk! Iskkk…
Then, aku bagi hint kat hubby..then hubby cakap..”Masya Allahh..budak2 nie tak malu ke depan2 orang ramai buat perangai mcm nie??”..Aku angkat bahu n geleng kepala sajer laa…tup2 anak2 aku yg tadinya menyepi seribu bahasa bersuara..mula2 si Isyraff “ Mama..nak makan yer! Orang tu dah makan!” katanya sambil menuding ke arah kumpulan tadi…then Tyea plak sambung “ A’ahh laa mama..orang dah berbuka laa..tengok kakak2 tu dah makan!”..then aku jegilkan mata bagitahu yang belum tiba masanya untuk berbuka puasa…begini pulak dialog anak daraku .. “ Abis tu, diorang makan …diorang tak puasa ke, mama??”..haihhh…jenuh aku nak menjawab..aku biarkan jer pertanyaan dia tanya sebarang jawapan…sambil terpandang muka salah seorang budak perempuan tadi masam mencuka seolah2 bengang dengan kenyataan anak daraku tadi…
Aku pun ape lagi…dah dia ushar aku dgn pandangan menyinga mcm tu..aku pun tenung laa balik! Nak cari pasal ke ape bulan2 puasa nie..dah laa tak reti nak hormat bulan puasa dan orang2 sekeliling yang berpuasa! Dia tak tau skill aku tenung budak2 kat dlm kelas sebenarnya! Sudahnya, dia mengalah! Hehe..
Tak sampai di situ, sambil makan, sambil diorang bercakap n gelak kuat2..nak2 lagi bila 2 orang pemuda melangkah masuk ke situ..terpinga2 budak2 lelaki tu tengok diorang selamba jer melantak! Sambil tertanya2 diorangg ushar jam kat tangan masing2…haihh…memang dunia dah terbalik agaknya!
Then bila azan berkumandang,masing2 pun menikmati hidangan. Then datang laa seorang pekerja KFC hantarkan buah kurma dan teh O panas untuk meja2 orang yang berpuasa…dari satu meja ke satu meja dia hantarkan..then kumpulan yang tak puasa tadi ushar jer budak KFC tadi yg berlalu tanpa berhenti di meja diorang utk berikan kurma & teh O panas percuma…ntah apa laa salah budak KFC tadi…tak semena2 budak yang lawan tenung dgn aku tadi bersuara dgn agak kuat…kuat hingga bisa membuatkan sesiapa yg ada kat dlm KFC tu menoleh ke arahnya..” Elehh..kami tak hadap laa dengan buah kurma, teh o panas free korang tuh!”…
Masya Allah,,menyirap sekali lagi darah aku..kulihat budak KFC tadi menoleh ke arah minah gempal yg bersuara tadi tapi meneruskan langkahnya masuk ke bahagian dapur…rakan2nya cuba menenangkannya termasuklah supervisor yang bertugas…
Kalau laa yang berkata2 tadi adalah anak dara aku..(Nauzubillah!!)..konpem memang makan penampor free jer laa wat juadah berbuka puasa depan hari tuh!…on the spot time tuu jugakkk!! Memang kurang hajor tahap x boleh nak ajar lagi kott spesies manusia mcm nie…tak reti hormat agama dan sensitiviti masyarakat..tak reti nak berbahasa…agaknya mcmane laa mak bapak diorg didik diorg…?? Aku pun x tau…
Renung2kanlah apa yang bakal terjadi pada generasi pelapis bangsa pada masa yg akan datang..hmm..gerun memikirkannya…Ya..Allah..peliharakanlah kami sekeluarga terutama anak2ku dari sebarang pengaruh negatif yang ada dlm masyarakat zaman ini..Aminn..
0 comments:
Post a Comment