CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Thursday, January 19, 2012

roTi jaLa + kaRi daGinG beRkeNTaNG


Assalamualaikum alls..
Salam hari Jumaat..penghulu segala hari..
Korang watpe jer? Bagi yg dok area KL tu specially member2 n anak2 murid Cikgu Ieda kat Selayang tuh ofkos baru jer balik dari sekolah..
Cikgu Ieda kat Kedah nie dah start bercuti hari nie..
Macam biasa time cuti nie laa nak mengemas rumah semua..bangun pagi2 dah basuh kain (handwash yer sebab mesin dok dlm stor gara2 bahagian dapur x siap lagi!), sidai kain then menyapu,mop satu rumah...
Lepas tu hubby balik dari pasar suruh masak kari daging campur kentang..
Cikgu Ieda okey jer sebab dari semalam dah plan nak MENJALA..
Err...membuat roti jalan yer..bukan gi menjala ikangGGGGG..hihi..
So, alang2 nak menjala tu kene masak lauk nak gengkan dgn roti jala so masak laa kari daging kentang tu..dah lepas makan nasi, leburkan jer roti jala makan jugak dgn kuah kari yg sama..sonang bah ituuuuuuuuuuuu...hihihi..


Wat setengah kilo jer..x gigih laa nak menjala sambil berdiri kat dapur tuh..huhu..
Resipi? Senang jer...aku leburkan setengah kilo tepung gandum dgn 2 biji telur dan serbuk kunyit. Pastu masukkan air ikut kesesuaian iaitu x terlalu cair or pekat...agak2 biar smooth jer turun masa nak menjala atas pan nanti..



Setengah kilo dapatlah banyak nie..
Ermm,bawak bekal sikit nak bawak balik umah mak ayah petang kang..maklumlah dh dekat dgn mak ayah nie suka sgt masak-masak sebab ada ramai org boleh makan..
Till then..cau cin cauuu..

LUAHAN HATI KECIL SEORANG INSAN BERGELAR GURU..

Senario kat sekolah pagi tadi : 
Lepas event dgn VVIP JPN tadi..ada Hari Titian Kasih a.k.a report card day..
Saya merupakan guru tingkatan 5E..kelas paling corot di SMoKBJ..pelajarnya terdiri drpd 17 org pelajar lelaki dan 5 org pelajar perempuan..
Jujur saya akui, seawal menggalas tanggungjawab sbg guru tingkatan mereka, saya agak kecewa dan rasa cuak memandangkan saya rasa agak tercabar dgn status saya sbg seorang guru baharu di sini dan diuji pula dgn cabaran utk menerajui sebuah kelas yg paling senior dan tercorot di sini! Macamlah sekolah yg kelihatannya lebih ramai guru lelaki berbanding guru perempuan nie kekurangan guru lelaki untuk mengawal pelajar-pelajar hard core dari kelas yg paling digeruni nie..ini telahan saya semata-mata kerna saya bercakap berdasarkan pengalaman mengajar di kelas-kelas hujung sebelum ini..
Hati berdebar2 hanya Allah swt sahaja yg tahu ketika kali pertama melangkahkan kaki masuk ke kelas mereka..terasa bagai orang asing tercampak di suatu tempat yg jauh di sudut dunia! Dengan mata2 mereka yg memandang saya dgn begitu dingin dan lebih mengecutkan perut ialah apabila mendapati sebilangan besarnya adalah pelajar lelaki yg berwajah ala2 tak puas hati dgn saya! Hanya Allah sahaja yg tahu betapa saya gugup semasa memperkenalkan diri dan mengadakan sesi suai kenal dgn mereka..
ALhamdulillahh…ternyata jangkaan saya tentang mereka meleset sama sekali! Betullah ada pepatah Inggeris mengatakan “don’t judge a book by it’s cover”. Rupa-rupanya, mereka nie kebanyakannya wajah sajer ketat tapi ‘dalam hati ada taman’…hihihi..macam biasa, saya percaya kaedah diplomasi  dan motivasi lebih sesuai utk pelajar2 sebegini.. saya gunakan pendekatan memuji+memujuk  dan bertanya ttg kehidupan seharian mereka..
Ternyata, mereka hanya anak2 desa yg begitu jauh sekali bezanya dgn anak2 kota..Rupa paras agak comot,maklumlah anak desa yg tak pandai bergaya..kebanyakan berkulit gelap..bila sembang2 ramai yg dah mula selesa dan mengakui yg mereka dtg dari latar belakang keluarga yang susah..rata-ratanya merupakan anak peladang,pesawah,penoreh dan penjaja…
Mendekati pula pelajar-pelajar yang seringkali  tidak hadir ke sekolah, saya akhirnya membongkar rahsia hidup mereka yg agak perit…ada yg mengakui terpaksa ponteng sekolah lantaran kesempitan hidup dan tuntutan untuk mencari sesuap nasi bagi membantu keluarga mereka..ada yang mengambil upah menanam dan menuai padi, menjadi penumpang lori getah seawal jam 5 pagi untuk menoreh getah di ladang tatkala ibu bapa tidak sihat dan ada juga yang terpaksa menjadi penjual ikan di pasar-pasar pagi di sekitar kawasan di sini..maka tak hairanlah kadang-kadang saya dapat lihat fizikal mereka agak keletihan dan comot serta boleh menghidu bau getah sekerap bila berada dlm kalangan mereka!
Sungguh pun mereka ditempatkan dalam kelas tercorot, tetapi saya kagum dengan semangat mereka untuk menceriakan kelas mereka..semuanya dilakukan sendiri daripada menampal papan kenyataan di hadapan dan belakang kelas,siap renda2 bunga2 semua! Yg perempuan hanya duduk goyang kaki bersama-sama menyiapkan bahan-bahan tampalan dan selebihnya hanya pelajar lelaki yg akan menguruskannya..
Hari Sabtu lepas, mereka bersusah payah datang ke sekolah seawal jam 8 pagi untuk mengecat kelas mereka, malahan saya sgt teruja melihatkan kegigihan dan inisiatif mereka mengecat meja yg kelihatan agak uzur sehingga menjadi cantik semula! Tahniah kpd pihak pntadbiran juga kerana menyediakan segala kelengkapan untuk menceriakan kelas mereka..
Pagi tadi, sekadar menjenguk ke kelas mereka, terdengar keluhan drpd beberapa org pelajar lelaki yg tidak berpuas hati kerana kelas mereka tidak berlangsir seperti kelas2 lain memandangkan kain langsir baharu sahaja dibeli oleh penyelaras tingkatan..
Paling syahdu..tepat jam 12.00 tgahri iaitu setengah jam sebelum waris dtg, mereka kelihatan gigih memasang langsir!
Sambil kehairanan+ kagum saya bertanya bagaimana langsir tersebut boleh siap dijelujur cantik..dgn selamba pelajar2 lelaki tersebut memberitahu itu adalah hasil kerja mereka yg tak seberapa di bilik jahitan setengah jam sebelum itu!!! Menurut mereka, menjahit bukan perkara yang asing bagi mereka kerana mereka sudah terbiasa menjahit pakaian dan kasut yang koyak di rumah! ;-(
Ya Allah..sekali lagi macam nak menitis air mata saya mendengar pengakuan mereka…air mata yg bergenang cepat-cepat saya tepis ke tepi..
PELAJAR LELAKI MENJAHIT LANGSIR? DALAM MASA TAK SAMPAI SETENGAH JAM?
It’s not a BIG issue  tapi saya mcm janggal sebab selama nie saya tak pernah terfikir utk bertemu dgn pelajar2 yg begitu bersemangat dan langsung tidak berkira untuk membantu guru! 
ISUNYA DI SINI IALAH…MEREKA LANGSUNG TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI..MALAHAN BEREBUT-REBUT UNTUK MENCANTIKKAN KELAS MEREKA TANPA PERLU SAYA TERJERIT-JERIT MERAYU PERTOLONGAN MEREKA..
Saya puji usaha mereka untuk menjahit langsir tersebut sehingga  berjaya dipasang di kelas mereka..tanpa berkira-kira saya belanja mereka makan dan minum di kantin sekolah…puas hati dgn usaha mereka..
YAA RABB                           
Saya begitu simpati dan tersentuh dgn kekurangan diri anak-anak didik saya yang baru ini..
Saya sedar, mereka  anak-anak yg daif dan tidak didedahkan dgn hidup serba kemewahan..
Anak-anak yg lemah lagi memerlukan bimbingan..
Anak-anak yg cetek ilmu pengetahuan namun saya cukup YAKIN DAN PASTI..
DI MANA  KEMAHUAN..DI SITU ADA JALAN..
Kau berikanlah aku kekuatan dan kesihatan tubuh badan untuk terus mendidik mereka..
Sekiranya mereka GAGAL untuk menjadi pelajar cemerlang..
Sekurang-kurangnya KAU berikanlah aku kekuatan untuk menjadikan mereka INSAN YANG BERGUNA di masa-masa yang akan datang..
Kerna saya begitu terpanggil untuk membantu mereka apabila mereka seringkali menyejukkan hati dan perasaan saya dgn perbuatan dan percakapan mereka yg kelihatannya sangat menghormati seorang insan yang bergelar GURU..
Insya Allahh..saya percaya ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MAHA BERKUASA KE ATAS SEGALA-GALANYA!
Semoga anak-anak didik saya ini diberkati dan diterangkan hati mereka untuk terus menimba ilmu..
Aminnnnnnnnnnn…

Tuesday, January 17, 2012

yeaYY!! i'm bacKKK...

Assalamualaikum wbt...
Hai alls! Rindunya dengan blog nie...rindu nak blogwalking ke blog kengkawan jugak..rindu nak upload gambar story psl kisah2 hidup kami sekeluarga..rindu segala2nya dgn blogger's world nie...
RINDUUUUUUUUUUUUU....
Alhamdulillah, selama hampir 2 minggu x update blog..kelmarin dapat jugak Cikgu Ieda bukak dan blogwalking sana sini..then baru hari nie berkesempatan nak wat n3 nie..
Semuanya gara-gara xde internet connection..
Selama nie Cikgu Ieda online, layan Fb n update blog guna p1 Wimax..tapi sejak dh transfer balik Kedah nie..terpaksa terminate line p1 WImax coz kat Pendang nie xde connection..
So selama tu laa Cikgu Ieda lepas rindu nak online melalui Samsung Galaxy Tab milik hubby dgn menggunakan Hot Ticket Internet sahaja...kalau pakai tu, x bolehlah nak bukak2 blog mcm biasa sebab takut cepat habis MB nya..terpaksa laa kemut2 online bukak fb jer..
Sampai laa petang kelmarin, balik2 dari sekolah husband kasi surprise bende alah kat atas tuhhh..
Yippiee!! Terus macam nak lompat bintang !!!
Betul2 memahami laki CI ni..dia paham bini dia nie x berapa nak ceria kalo xde internet so dia belikanlah pakej 1 set Maxis Broadband + Router nie..satu set permulaan tu RM228..then bulan2 bayar RM68 siap ada wi fi..so, bolehlah layan internet anak beranak mcm dulu..dan untung lagi kali nie sebab lebih menjimatkan..kalau dulu bayar RM99 sebulan..sekarang RM68 je sebulan! Hihihi..
Happy giler...
Anak2 pun sama..bolehlah layan games time boring2..
Ermm..banyak nak story kat sini memandangkan dah lama x story2 update gambar stok kombo..
Tapi tunggu laa bile2 dah free nanti baru nak buat story kat cni...
TQ buat kengkawan yg masih sudi berkunjung ke blog CI n kasi up traffic kat cni walaupun tuan umah dh lama x melawat..
Love uols!!

Monday, December 26, 2011

Buluh untuk hiasan,rebung sebagai ulam..


Kat kampung, mak dengan ayah Cikgu Ieda suka sangat bercucuk tanam..habis penuhlah keliling rumah dgn sayur-sayuran mahupun ulam-ulaman.
Teringat lagi masa duduk kat Kelantan dulu..kitorang duduk kat rumah teres 3 bilik...kat belakang dengan depan ada laa halaman sikit ala2 sekangkang kera orang kata...dengan halaman yg tak seberapa tu laa mak dengan ayah manfaatkan untuk bercucuk tanam...
Pendek kata, sayur mayur dgn ulam-ulaman tu memang sentiasa menghijau dan boleh dijadikan stok kalau-kalau ada tetamu berkunung secara mengejut..;p
Kat depan halaman rumah dulu mak dengan ayah tanam macam2 sayur..minat bebenor dgn gardening ni sampai sanggup gi kedai beli benih sayur mcm sawi, tomato, terung , kacang panjang n macam-macam lagi laa..
ulam pegaga plak tumbuh melata menghijau kat tanah memang xde tanah yg kosong...daun selom dengan kesum pun subur menghijau kat sudut paip air di halaman depan rumah kami....limau kasturi plak masak ranum ...sepokok jer tapi tanam dalam pasu besar dan cukup ranum buahnya...jenuh laa masa tu kami makan gn asam boi..sedappppp...ishh!!kecur air liur...
Kalau nak tau, sempat jugak la Cikgu Ieda tanam buah jambu air dgn buah 'katak puru' org Kelantan panggil..bahasa buku aku x tau plak apa...hihi..
Kat bahagian belakang dapur mak tanam nangka n sempat laa merasa buahnya wat masak lemak n bagi jiran2 merasa..ulam kacang botol dgn pucuk ubi kayu/keledek memang sentiasa tersedia..tinggal petik jer celur wat ulam cicah budu...nyummehhh..hihi..
Okey, itu panjang lebar ttg kisah kami sekeluarga yg bercucuk tanam masa kat Kelantan dulu laa..
Lepas pencen sekarang pun mak dgn ayah masih meneruskan aktiviti bercucuk tanam ..sekarang lagi best laa sebab halaman kat kampung kan lebih luas terbentang..mcm2 ditanam...
Kalau nak tau lagi...kami sekeluarga nie memang kaki ulam punye orang!
Makan nasik tak berlauk xper lagi jgn x bersayur or berulam...hihi..kiranya jenis herbivor bukan karnivor laa..hehe..
Cikgu Ieda sendiri kalau balik kampung mesti merayau2 sekitar umah nak cari ulam-ulaman..paling2 kurang pucuk ubi dgn pucuk gajus tu memang ada laa..pekena plak dgn sambal belacan makkk..aiyokkkk...tu yg buat berat badan naik tuhhh...
Okey..sebenarnya nak citer pasal rebung madu nie jer ..kemain panjang intro..;p
Yang nie pun berkat kerajinan mak dgn ayah aku jugak menanamnya...rebung madu nie kalau nak tau selain boleh dijadikan tanaman hiasan, boleh juga dijadikan ulam yg sangat sedap...
Memang rebung nie berbeza sgt daripada rebung yg biasa org buat ulam tu...tak pahit malah manis..sebab tu kot org panggil rebung madu...kalau buat masak lemak or pajeri pun sedappppp sgt..hihi..


Kelihatannnya ayah saya sedang gigih mengopek kulit rebung...comel2 jer rebungnya..;p




Sibuk laa si Isyraff nak kacau daun..ehehe..



Inilah rupa rebung madu yer kengkawan...
Memang sedap n sekarang nie dah dikomersialkan..
Bagi penggemar ulam tegar dan anak kampung mcm Cikgu Ieda nie...memang nikmat laa kalau dapat makan berulam macam nie..sampai suami sendiri geleng kepala n cakap macam KAMBING! Fedulikkkssss...
TQ for reading! ;-)

maGnuM aLmOnD & maGnUm cHoCoLaTe tRuFFLe iCe cReaM ..^,^


On the way nak balik Tg Malim kelmarin..hubby singgah g toilet Petronas kat Batangkali...
Sambil dok tunggu tu tiba2 terlintas nak pekena aiskrim...ingat aiskrim tetiba ingat nie >> Magnum Ice Cream from Walls..
 Okey..nak buat pengakuan JAKUN di sini...memang kitorg x pernah pekena aiskrim nie sebelum nie...
Kalau nak tau Cikgu Ieda nie jenis yg x berapa gemor makanan2 manis mcm kek or aiskrim...tapi kalau dh teringin sekali sekala tu harus laa nak merasa,kan?
So, beli laa 2 batang aiskrim seperti kat atas tuh...satu Magnum Almond satu lagi Almond Choc Truffle...
Sebatang RM3.90 (mahal owhh!!) tapi memang berbaloi2 sebab sedaappppppppppp banget!
Cikgu Ieda makan yg almond while hubby makan Choc Truffle share dgn Isyraff..Tyea tdo so x payah laa nak berebut dgn dia..hak3x..


Nie laa rupa paras Magnum Almond ..sedapnya nak2 lagi ada hirisan badam yg chunky2 tu..krupp krappp2x masa makan..best!!! Tak muak langsung sbb aiskrim dalam dia vanilla...

Yang nie plak Magnum Choc Truffle..hubby share dgn Isyraff..sedap jgk  tapi x dpt atasi kesedapan almond lagi..bagi yg belum try tu..x rugi kalau try..mmg harga agak ehem3x tapi dh merasa tu mmg puas hati laa..try jgn tak try yer...makan tengahari panas terik nie..laaaaagiiiii laa asyikkkk..hehe
Tq for reading!

Saturday, December 24, 2011

iKea meaTBaLLs, saLmoN, cHicKeN winGs, muFFiNs, daiM caKe...


Hari nie hari Sabtu semua org pun tahu..
Macam biasa, bila mr hubby cuti mulalah kepala otak nie ligat pikir nak cari tempat untuk JJCM bagi mengisi weekend kami..
Kebetulanlah pulak memang tekak nie teringin bebenor nak makan Ikea Meatballs tuhhh...
Kebetulanlah jugakkkk...mr hubby ajak gi cari barang2 untuk rumah baru kami nanti...so, sambil menyelam minum air laa...bak org mengantuk disorongkan bantal dan pucuk dicita ulam mendatang! Hahaha...
Sampai2 dgn perut kosong around 11 am terus menonong tala ke Ikea food court dgn misi utama nak makan Ikea Meatballs...
Manusia usah citer laa memang x pernahnya xde kat situ..beratur sikit punya panjang sementara mr hubby cari tempat duduk...
Order makanan kat atas tuh...nampak mcm tamak jer semua nak ambik tapi Alhamdulillahhh licin kitorg kerjakan 4 beranak!


Pelakon utama hari nie > Ikea Meatballs
Ambik yg 15 pieces RM14.00
Memang sodapp x pernah jemu makan dgn sos n jem lingoberry tu..
Wat sesiapa yg tak pernah try mmg higly recommended laa makan yg nie..;-)



Salmon with broccoli & baby potatoes in chives sauce
RM12.90


Chicken wings
5 pieces RM9.00


Blueberry & Almond Muffins
RM 1.50 per piece


Daim cake
RM5.90


Snap gambar dulu b4 makan...




Ushar - ushar berkenan bebenor dgn tema red modern living nie...yummyyy!!




 Macam nak tercabut kaki, nak patah pinggang ronda2 ushar n beli barang kat Ikea tu ..berhenti rehat kat sofa empuk nie jap...hehe..ape2 pun memang best laa dpt jalan2 cuci mata sambil shopping utk barang rumah sikit2..dah x sabar nak memulakan operasi deko mendeko rumah baru kami nanti...
TQ for reading! ;-)

Thursday, December 22, 2011

hObi baRu kaMi laKi biNi..


Berbalik pada topik kali nie..pasal HOBI..
Semua orang ada hobi..x logik laa ada org xde hobi...kalau xde hobi pun at least bahasa senang cakap...kegiatan kegemaran yg gemar dilakukan...hihi
Sebelum nie kalau tanya ape hobi CI of course CI akan ckp suka JJCM, window shopping n gi jalan2 cuci mata..itu jer laa krojer hakuu..hehe
Tapi semenjak-2-3 menjak nak jadi org kampung nie..CI dan mr hubby dah mula berjinak dgn hobi baru iaitu memancing...ala, org kampung CI cakap "mengail" ...
Dulu2 CI heran sgt kenapa laa mak dgn ayah CI pantang lepas Asar jer mesti berdesup siap2 bawak batang kail a.k.a joran masing2 nak gi mancing..dlm hati terfikir apa laa yg best sgt dgn aktiviti nie..
Tapi jgn underestimate xtvt nie yer tuan2 dan puan2..
Belum cuba belum tahu..dah cuba nak selaluuu,..mueheheheh..
Gambar nie bukti penglibatan kali pertama CI dgn dunia mengail nie...
Tu kiranya detik pertama dpt pancing ikan sepanjang umur hidup di  muka bumi nie...
Dapat seekor ikan lampam then x lama lepas tu dapat plak seekor ikan puyu..
Ok laa tu 1st experience boleh dpt 2 ekor,kan? Hehe..


Muka teruja tak boleyy blahhh daa..
Macam nak cium2 jer wish TQ kat ikan tu coz sudi 'menjamah' umpan yg dihulurkan..
Keh3x..adat laa jadi ikan kan? 


Berkilat2 sisik ikan lampam nie..
Dah selamat siang x tau jadi ikan kering ke jadi ikan pekasam ..huhu


Yg nie plak...bajet2 jd penasihat a.k.a perunding peribadi dlm bab2 mengail nie..
Sekali...yg amatur nie jugak dpt ikan..yg bajet2 nie hampehhh habukkk pon tarakkk!! Kwang3x..
Takpe bang..:GAYA,MUTU,KEUNGGULAN!


Of course laa angkut budak2 berdua niee..
CI nak bagi diorang merasa sendiri pengalaman zman kanak2 CI dulu..
Masa dulu2 mana nak cari playground, computer games, internet segala..
So, CI nak diorg tau kat sinilah playground mama diorg masa dolu2..
Bendang, sungai,lumpur, lintah dan pacat kat sinilah jadi peneman setia CI dulu...
Indahnya zaman kanak2ku duluuuuuuuuuu...


Sambil tunggu kail disambar ikan..sempat lagi..
Motif? Sajer nak fokus kat individu berwajah kelat sbb x dapat2 ikan kat belakang tuhhh..hahaha


Nak mancing kene sabar yer...


Boring camwhoring sorang2..ajak geng sekali!
Sangat happy dgn angin sepoi2 bahasa melayu dok dgn insan2 yg tersayang...


Yang nie plak masa boring..dah nak balik tapi hubby sibukk sgt nak tunggu selagi x dpt ikan dia xnak balik..hehe..



Pemandangan sewaktu sunset...
Indah kan kampungku??
Bertuah dilahirkan sebagai anak desa...^,^
TQ for reading !

Pendaftaran Tahun 1 (2012) di SK Pendang


Assalamualaikum wbt semuaaa...
Nama saya Ustazah Nur Atilyea Umaira..hihi ^;^
Amacam semua?
Comel tak anak dara saya bertudung?? Hihi
Nie laa gambar seawal jam 7 pagi hari Isnin yang lepas..
Masa nie otw nak gi mendaftar Tyea masuk Tahun 1 di SK Pendang..sekolah pilihan kami untuk Tyea menuntut ilmu..sehala sajer dgn jalan nak menuju ke sekolah baru Cikgu Ieda ( SMoKBJ) nanti..



Kes Tyea nie kira mcm sepcial sikit bagi CI sebab kalau diikutkan, ini adalah kali kedua dia mendaftar sebagai pelajar tahun 1 tetapi di sekolah yang berbeza..;-)
Pertama sekali kami daftarkan dia di SK Selayang Utama..sekolah berhampiran tenpat tinggal kami di Selayang..masa tu surat kelulusan pertukaranku belum dikeluarkan..kebetulan sekolah lama dia buat sesi pendaftaran dan orientasi terlalu awal berbanding sekolah2 lain..
So, kiranya dia dah terdedah dengan senario masa hari pendaftaran, beratur dan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sekolah di tapak perhimpunan dan menjalani Ujian Diagnostik bagi menentukan kedudukan kelas tahun 1 nya tahun depan..
So, bila terpaksa mendaftar sekali lagi di sekolah baru dia mcm x heran sangat dahhh..
Cuma yg berbezanya, kalau di Selayang dulu, majoriti pelajar tahun 1 tidak bertudung termasuklah Tyea..kali nie dia sendiri akur dan meminta untuk dibelikan tudung memandangkan semua pelajar perempuannya bertudung! Alhamdulillahh..kira satu hijrah yang besar laa buat anak dara CI..at least kalau dia pakai kat sekolah jer pun..lambat laun dia akan terbiasa dgn bertudung..makin mudahlah nak train dia nanti..Insya Allah, slow2 ajar..
Nak di jadikan cerita, sepanjang 3 hari jugaklah kami berkampung di SK Pendang untuk urusan pembayaran yuran dan taklimat waris ( 19 Disember), pendaftaran dan sesi penyerahan anak kepada guru-guru dan ujian diagnostik ( 20 Disember) dan penyusunan kelas utk darjah 1 2012 berdasarkan ujian diagnostik sehari sebelumnya dan pemberian buku teks dan tanda nama (21 Disember)..


Beratur dalam kelas sementara..masa nie semua malu2 kucing lagi sebab baru kenal..;-)



Senang jer nak cari anak dara CI nie..dalam ramai2 tu..dia laa yg paling tinggi! Dah laa sanggul pun tinggi..wakakaka..nak tak nak terpaksa laa lepas tu beratur kat belakang sekali...mimpi ngerinya jadi kenyataan..nak buat mcmana nakkk..dah rezeki awak tinggi...sampai cikgu2 cakap dia mcm budak darjah 2! Hahaha..



HARI KE -3 ( 21 DISEMBER 2012)


Sesi senamrobik dan Sukan Ria...
Kemain happy laa budak2 nie dpt bersenamrobik dgn iringan muzik..skali dgn cikgu n parents pun naik shehhhh sekali! Hahaha..


Tudung labuh sampai ke pusat! Itu pun last minutes sebab xde tudung budak terpaksa beli tudung saiz dewasa saiz S..kena alter balik lepas nie..nampak tudung jer melayang2..haha




Letak seketui gambaq CI di pagi hari yg hening masa dok tunggu anak bersenamrobik!
Then lepas senamrobik diorang masuk dlm kelas sementara parents balik..
Datang semula pada pukul 10.45 pagi utk bagi anak2 makanan..
Then saat yg ditunggu2..
Pengumuman kelas utk tahun 2012..
Daripada 4 buah kelas Tahun 1..
Tyea terpilih masuk ke kelas nie..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Alhamdulillah, hasil Ujian Diagnostik sehari sebelumnya, Tyea dapat masuk ke kelas 1 Bestari nie..kiranya kelas pertama diikuti oleh kelas 1 Harapan, 1 Jaya dan 1 Kreatif...
Alhamdulillahh..harap di sinilah bermulanya langkah pertama untuk puteriku dalam perjalanan menuntut ilmu menjadi insan  berguna..
Aminnn..semoga berterusan begini nikmat kejayaan dari Mu utk anak2 ku ya Allahh..


Super duper xcited sampai snap gambar meja+kerusi Tyea..hehe
Beg tu biasa laa gegirl mmg xleh lari dr kaler purple+pink..botol air pun begitu juga..;-)
Sekian n3 pasal hari pendaftaran anak dara CI..
TQ for reading!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...