Hari nie nak wat quick update without picca..hehe..macam x relevan jer n3 kat blog nie tanpa sekeping gambar..selalunya upload gambar stok kombo selagi larat nak upload..tup2 hari nie declare nak wat n3 tanpa picca!! Hahaha..syabas utk diri sendiri! At least..ada gak update..kalo nak tggu update bergambar,alamatnya berjanggut laa blog nie..nak2 lagi kalo line x brape nak clear..;-)
Wokehh...berbalik kpd tajuk n3 hari nie..nak story sikit psl pengalaman mengawas PMR tahun nie...sepanjang 7 tahun bergelar pendidik..dah 4 kali saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan awam ( 2x SPM n 2x PMR termasuk tahun nie)
Bagi saya, saya lebih rela mengawas PMR berbanding SPM...rasionalnya kerana PMR dijalankan sewaktu hari persekolahan manakala SPM plak dijalankan di penghujung sesi persekolahan dan akan mengambil masa cuti yg begitu ditunggu2 oleh semua warga pendidik..time tu laa nak bersantai2 dgn family, bajet2 jd surirumah cemerlang lagi terbilang! Time tu jugaklah boleh memanjangkan langkah nie nak ke sana ke mari tanpa memikirkan penat utk ke sekolah pd hari berikutnya..
Tahun lepas saya terkecuali dr menjadi pengawas PMR mahupun SPM...maka tahun nie saya pun kembali menjawat jawatan sbg pengawas PMR..kui3x..
Hari pertama semuanya terkawal walaupun pd mulanya agak risau sbb biasalah..1st day kat tempat baru kita pun x menjangka apa jenis budak yg bakal kita jaga nanti..
Alhamdulillah, pembahagian tugas telah dibuat dan saya ditugaskan mengawas Bilik 6 yg terdiri dr 12 org pelajar ( 9 perempuan Cina, 1 perempuan India dan 2 lelaki Melayu)..senang jer keje2 menjaga budak2 nie..disebabkan hari pertama exam, maka belum ada yg berani nak mintak keluar awal..tunggu sampai habis waktu tu...hahaha..hari2 lain?? Haremmm...wakaka..
Hari kedua saya ditugaskan menjadi Peronda...bukan peronda lebuhraya yer, tapi lebih kpd meronda dari bilik ke bilik bagi membantu mengiringi pelajar2 yg nak ke tandas! Tapi idok ler saye yg temankan kalo pelajar lelaki yg nak pegi...saya temankn gegirls ajer...tu pun kat luar pintu toilet..idok ler gigih nak temankan diorg masuk ke dlm toilet tuh...huhu
Then sesi petang hari kedua tu saya terpaksa mengawas seorang calon yg demam tapi nak meneruskan examnya...exam dijalankan di Bilik Jahitan ..woo..syiok ooo mengawas mcm nie...rileks jer..hehehe..
Hari ketiga, saya bertugas pula di Bilik 1 iaitu Bilik Ketua Pengawas...kat sini rileks jer sbb ada 2 org lagi mata dan telinga kat dlm bilik yg sama...tapi pengalaman yg tak boleh dilupa ialah sewaktu melangkah keluar dr surau selepas menunaikan solat Zohor, saya terpandangkan sekumpulan pelajar lelaki Cina yg sedang asyik bermain basket ball..haihh!! Main beria2 sambil terkinja2 berebut bola yg satu tu..dlm hati terfikir tak penar ke diorg lepas nie nak sambung exam semula?? Tak risau ker kalau jari terseliuh ke..kali terpeleot ker..kepala terhantuk ker?? Huh!! Saya pulak yg terlebih berimaginasi ttg tu..hahaha
Then masa nak start exam tu...masuk laa kumpulan 'basket ball' tadi dgn keadaan yg sudah dijangka iaitu berpeluh2 sampai lencun baju dek peluh! Bau hamis+hapak usah dicerita laa...tak berani den nak lalu dekat2 takut termuntah hijau kat situ...dh laa masing2 duduk kat bawah kipas yg speednya full no 5 tu...huhuhu..nak nangis pun ada time tu sambil terkembang-kempis lobang idung menahan nafas!Mujur tak kene semput time tu...hihihi
Hari nie merupakan last day kami mengawas PMR utk tahun nie...so far sangat enjoy sbb dpt member2 yg sekepala..then time lunch jer masing2 macam kelkatu berterbangan mencari makanan! Hahaha..so enjoy!! Budak2 kat sekolah tu pun okey jer..takde masalah yg ditimbulkan..Alhamdulillah..harap2 tahun depan berpeluang mengawas PMR mcm tahun nie lagi...;-)
0 comments:
Post a Comment