CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

~ PREMIUM BEAUTIFUL CORSET FOR HEALTH & BEAUTY ~

Jika anda berminat untuk membeli korset Premium Beautiful ( satu-satunya korset untuk 70% kesihatan dan 30% untuk kecantikan ) serta berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut peluang biz Premium Beautiful dalam mengubah kehidupan anda, bolehlah menghubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini. Runding cara dan demo adalah PERCUMA.



0176776001

Wednesday, March 30, 2011

Pemergian yang tak disangka..



Assalamualaikum buat pengunjung yang sudi berkunjung ke blog Cikgu Ieda nie…macam dah agak lama jer x update citer2 kat sini..ermm..mood x berapa nak ada 2-3 hari nie…maybe sebab masih terkejut bila menerima berita tentang pemergian bapa saudara yang tersayang..yg lebih mesra dgn panggilan “Pak Lang” dalam kalangan kami anak2 saudaranya… Isnin yg lepas, aku menerima berita yg cukup merenggut rasa dan terpaksa menerima hakikat yg sangat memilukan bila Pak Lang yg cukup kami kasihi dan sayangi pergi buat selama-lamanya menyahut panggilan Ilahi…

Innalillahiwainnailaihiroji’unnn..hanya kalimah itu sahaja yg mampu terucap di bibir ini bercampur baur dengan rasa terkejut tatkala menerima berita tentang pemergian Pak Lang kami…dengan tak semena-mena ingatan terhadap seraut wajah yang sentiasa tersenyum mesra datang silih berganti..

Boleh dikatakan insan itulah bapa ‘kedua’ kami sewaktu kami meniti zaman kanak-kanak, bertukar ke zaman remaja..malah hingga meniti ke alam berumahtangga kini pun, Pak Lang tetap dgn keletahnya yg suka berjenaka dgn kami anak2 saudaranya… bagi aku sendiri yang dibesarkan di kampung oleh datuk dan nenekku, rumah Pak Lang turut menjadi rumah keduaku…di situlah juga aku belajar mengaji Muqaddam dan seterusnya Al-Quran pada waktu malam…dengan keluarga Pak Lang jugalah aku menumpang kasih tatkala tok dan tokwanku berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah Haji.

Mungkin tidak ramai yg memiliki hubungan anak-bapa saudara yang akrab seperti kami sepupu-sepapat semua…istimewanya insan ini kerana memiliki aura yang boleh ‘menjinakkan’ sesiapa sahaja kanak2 yang rapat dengannya…sikapnya yang suka berjenaka,mudah tersenyum dan tertawa turut membuatkan insan2 yang berada di sekelilingnya turut tertawa dan terhibur dengan setiap lawak jenaka dan tutur katanya yang bersahaja tetapi ada kemesraannya… Masih ku ingat dan tak mungkin akan luput dari ingatanku…kami sepupu-sepapat sentiasa tak sabar menunggu musim cuti sekolah kerana pada masa itulah kami semua dapat berkumpul sambil mendengar cerita-cerita dongeng rakyat dahulu kala yang pada masa itu kurasakan sudah cukup hebat dan bisa membuatkan kami semua kagum dengan cerita-cerita yang disampaikan oleh arwah…untung bagi kami semua kerana sudah biasa didedahkan dgn cerita-cerita hikayat,cerita2 rakyat dan cerita2 jenaka sedari usia yang muda! Bertuahlah kami kerana cerita-cerita itulah yang menghiasi malam2 kami semua.. takkan ku lupakan, kami beramai2 bersila di atas pelantar dengan berbumbungkan langit malam yg dihiasi bintang-bintang…sambil begitu teruja menunggu Pak Lang usai solat Isya’ kerana sudah dijanjikan cerita-cerita yang menarik dgn jenakanya yang bersahaja itu…masing2 nak chopp ambil tiket kelas 1 di hadapan sekali! Hehehe…indahnya malam2 kami bila berada di samping insan istimewa itu!.. Paling tak boleh dilupakan apabila Pak Lang sentiasa membuatkan kami bergaduh sesama sendiri akibat berebut giliran nak menjawab soalan-soalan teka-teki…ingat lagi kali pertama Pak Lang bertanya “ Ayam di Baling makan apa?”…masing2 berkerut dahi sambil memikirkan jawapan2 yg munasabah..;p . Bila dah mati akal, kami pun masing2 surrender! Dengan selamba Pak Lang menjawab..”dah kena baling, mana nak sempat makan apa2..lari berterabur laa ayam2 tuh!”..huhuhu…tertipu kami yg B ini…hehe..lepas tu dia tanya lagi..” Negeri manakah paling ramai penduduk?”..jenuh kami nak aplikasikan ilmu2 Geografi dan Kajian Tempatan kami masa tu..masing2 nak tunjuk terror nak2 lagi aku..haha..confident jer jawab Selangor laa, Kelantan laa…nak tau jawapannya apa??..”Perak laa…sebab terlalu ramai sangat penduduk, diorang terpaksa duduk kat mana-mana tempat yang ada…kat PARIT pun ada, kat LUMUT pun ada..hehehe..”…

Paling sentimental value…dia ada wat lagu khas pasal aku..siap bergendang segala! Semuanya gara2 bentuk hidung aku yang penyek nie…ada ke dia samakan hidung aku dengan pelepah kelapa kat atas pokok depan laman rumah dia tu?? Err…admit! Memang hidung aku penyek pun…hehehe..and kalau diamati betul2..memang pelepah kelapa tu ada iras-iras hidung aku pun! Pasrah! Tskkk!!!...Alhamdulillah, redha seadanya dengan segala kekurangan dan kelebihan diri yg dianugerahi Allah..;-)

Budi baik Pak Lang tak berakhir dengan berperanan sebagai penglipurlara terbaik untuk kami…malah, beliaulah insan yg menjadi tulang belakang dalam keluarga besar kami terutamanya apabila melibatkan hal-hal perkahwinan, kematian dan kenduri kendara..kemahiran dan kepetahan beliau berbicara telah menyebabkan beliau sentiasa menjadi ‘jurucakap’ bagi pihak keluarga kami….semua kerja2 telah dimudahkan dengan memiliki insan yang berbakat seperti arwah…( sedih pulak bila terpaksa gunakan perkataan ARWAH bagi menceritakan tentang diri beliau!)..

Pemergian insan ini bukan setakat dirasai oleh kami ahli keluarga terdekatnya, malah seluruh kampung dan kampung-kampung yang terdekat turut merasainya…untuk pengetahuan semua, arwah merupakan Ketua JKKK yang banyak membantu menyelesaikan masalah2 penduduk kampung..dari urusan bantuan sekolah, bantuan kewangan dan urusan kebajikan penduduk kampung, kudrat arwahlah yang akan dikerah demi membantu selagi terdaya!

Rumah arwah tak pernah sunyi dari kunjungan insan-insan yang memerlukan bantuan baik dari segi kewangan malah dari segi nasihat dan rundingan…arwah jugalah bertindak sebagai pendamai rumahtangga yang bergolak, turut sama ke Balai Polis bagi menjamin anak-anak muda yang terlibat dgn gejala sosial dan sebagainya…kenduri kendara juga pasti tak lengkap tanpa kehadiran arwah bagi memeriahkan suasana di samping arwah turt bertindak sebagai Ketua Chef di setiap rumah-rumah kenduri di kampung kami…

Belakangan nie, kami jarang2 balik kampung, maka jarang jugalah kami bersua muka..terakhir ku lihat wajahnya sewaktu arwah datang ke rumah kami untuk berbincang tentang hidangan kenduri kahwin Uya yang lalu… pada masa tu, arwah beria-ria nak bawa Tyea ke kebunnya…tapi arwah suruh Tyea minta izin dariku sebab katanya takut aku tak bagi Tyea main kotor-kotor kat kebun dia nanti…ke hulu-ke hilr dia angkut anak aku dengan motorsikal merah dia tu…kemain happy lagi Tyea ikut Tok Lang dia ke sana-sini…ku biarkan saja kerana setidak-tidaknya aku ingin membiarkan anak-anakku turut merasa betapa indahnya zaman kanak-kanak di desa…merasa pengalaman yang sama pada zaman kanak-kanakku dulu..

Itulah kali terakhir aku menatap wajahnya yang masih boleh tersenyum mesra dan mengusikku…timbul rasa ralat kerna tak sempat nak bersalam dan mengucup tangannya seperti biasa sebelum berangkat pulang ke sini dulu…mungkin dah ditakdirkan kami tak sempat bersua muka pd waktu itu…

Punca kematian arwah tidak pula dapat dipastikan…menurut ayahku, arwah sihat sahaja, Cuma sehari sebelum itu arwah jatuh pengsan di kebunnya dan terpaksa diusung pulang ke rumah oleh pekerja-pekerja kebunnya…keesokan harinya beliau dibawa oleh anaknya ke klinik dan mendapat rawatan biasa dan diberi ubat angin sahaja oleh doktor. Sempat lagi arwah ke bank untuk mengeluarkan wang dan membeli tembakau dalam jumlah yang banyak..memang arwah kuat merokok tapi rokok daun yang digulung dengan tembakau yg biasa disedut oleh kebanyakan org2 kampung..

Sebelah petangnya, kata ayahku berlaku ribut yang luar biasa kuatnya..sampaikan pokok-pokok sukun di hadapan rumah Pak Tehku tumbang ditiup ribut itu! Pada waktu senja itulah, arwah menjenguk ke luar pintu rumahnya sambil menagrahkan anak bujangnya yang agak istimewa untuk keluar mengutip pelepah-pelepah kelapa yang banyak berguguran di laman rumah! Terdetik di hati Mak Langku..kehairanan kerana tergamak menyuruh anaknya yang istimewa itu keluar dlm ribut2 semata-mata untuk mengutip pelepah kelapa yang gugur! Lantas Mak Langku melarang sambil mengatakan bahawa biarlah rebut reda barulah kutip pelepah2 kelapa tuh..akur dengan kata2 Mak Lang ku..dia masuk sambil berbaring di atas katilnya dan Mak Lang ke dapur,.

Tiba2 Mak Lang terdengar suara memanggilnya dengan suara yang agak ketat dan sedikit sesak nafasnya! Kelihatan Pak Lang sudah terbaring dgn keadaan terlungkup sambil di mulutnya keluar darah yang agak banyak! Menurut cerita, Pak Lang juga turut cirit-birit dan mengeluarkan darah..ternyata Pak Lang tidak mampun bertahan lama..terlalu pantas maut menjemputnya!

Berdasarkan cerita Mak Lang..terlalu cepat hal itu terjadi! Dan Pak Lang pergi buat selama-lamanya di pangkuan Mak Lang dan anak bujangnya yang kebasahan akibat taat menurut arahan ayahnya itu…sungguh memilukan rasa di hati tatkala Mak Lang bercerita kepadaku….dalam rebut yang menggila pada senja yang hening itu..lebih tepat lagi pada waktu Maghrib, Pak Lang pergi meninggalkan kami semua bersama kenangan2 indahnya buat kami semua…

Sesungguhnya, pemergian Pak Lang meninggalkan seribu kedukaan buat insan2 yang mengenali dirinya…tapi kami pasrah kerana sudah ditakdirkan Pak Lang pergi meninggalkan kami di usia 67 tahun dan masih bertenaga ke sana-sini..Takdir Ilahi mengatasi segala-galanya..biarpun jasad arwah lenyap ditelan bumi, kenangan dan pesanan sentiasa kami pegang buat selama-lamanya…bagi kami sepupu-sepapat yang rapat dengannya, peluang menyaksikan sendiri proses mengkafankan jenazah dan menatap wajah kesayangan kami itu ditutup buat selama-lamanya merupakan kenangan yang paling abadi buat kami..wajah arwah begitu tenang sekali tatkala dikafankan..paling tak mampu ku tahan rasa pilu ini tatkala melihat anak bujangnya yang istimewa itu begitu tabah sekali tanpa menitiskan air mata bersila di sisi kepala jenazah meyaksikan proses mengkafankan arwah…mungkin ada rasa seidh yang maha hebat terselit jauh di sudut hatinya tapi dia hanya diam membisu..air mataku semakin bercucuran jatuh dari pipi tatkala menyaksikan satu persatu insan2 yang rapat dengan arwah mengucup pipinya buat kali yang terakhir sebelum kain kafan ditutup…betapa kuatnya perasaanku meronta-ronta utk mengucup pipinya apakan daya, aku tak mampu melawan hukum2 agama yang tidak menghalalkan hal itu…

Jenazah disembahyangkan dan dalam gerimis kami mengiringi jenazah sebagai penghormatan terakhir buatnya sambil menyaksikan sendiri jenazah diturunkan ke dalam liang lahad..timbul keinsafan yang maha agung tatkala menyaksikan sendiri proses2 itu dan tatkala imam membaca talkin, terasa betapa insafnya kami semua dan ini menyedarkan kami semua bahawa maut itu adalah PASTI dan BENAR...betapa tingginya kebesaran Ilahi..Allahuakbar! Betapa kami ini hambaMu yang seringkali leka dan alpa..

Kini, tiada lagi gurau sendanya, tiada lagi kedengaran suara arwah menceritakan kisah-kisah jenaka kepada kami, tiada lagi soalan2 teka teki darinya…kami pasti merindukan PAK LANG..tapi kami redha kerana kami tahu apa yang berlaku ada hikmahnya…. Buat PAK LANG..kami hanya mampu menitipkan doa dari kejauhan buat Pak Lang agar Pak Lang tenang di sana..semoga roh Pak Lang ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang Soleh dan mendapat ganjaran pahala di atas segala budi dan jasa baik arwah akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah swt…Aminn.. Buat pengunjung2 blog yang terbaca kisah ini, sama2lah kita memanjatkan doa ke hadrat Ilahi buat arwah Pak Lang aku…

~ AL- FATIHAH ! ~ Kami semua sayang Pak Lang…;-)

2 comments:

Unknown said...

Cek pon sedeh gak.... Hari tu tengah dok drive dalam pukul 8 malam lebih dapat ayah call habaq kata Pak lang xdak dah... Bila tanya, dia kata xtau sebab apa, dia pon tekejut sebab xnampak pon macam sakit... Semoga arwah dicucuri rahmat....

Cikgu Ieda said...

Tu laa pasai dam,mmg tkejut n x sgka lgsg.tp dh ajal dia nk wat mcmane..redhaa jer la smga roh arwah dicucuro rhmt.aminn

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...